kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Sunday, November 15, 2009

Malam Ini Kita Berpisah

|
"...Malam ini kita berpisah,
Tinggal dinda ke-saorangan.."


Huhuhu.. Malam ni I tido takde partner youuu.. Mr e ke Singapore ade urusan sikit. Tinggallah aku sensorang dalam bilik atas katil ni. Selalu kalo mr e ada, siap gaduh² rebut space atas katil. Ko tolak ko, ko tolak ko.. ;p Tapi bila dia takde ni terasa lah pulak katil ni besau bebeno. Banyak nau space ni haaaaaaaaaaaa.. hik hik hik

Tapi takpe, kekadang tido conquer satu katil ni pun best ape. Boleh golek sana, golek sini.. Tido gaya bebas, kuak lentang, telangkup sume boleh.. hehehehe

Mr e pegi pun tak lama, bermalam kat sana satu malam, malam ni aje. Esok dah balik dah

Maknanya, malam esok aku dah ade teman. Dah boleh together² lawan dengkur sapa paling kuat  eh tak tak aku tipu je. Sebenarnya esok malam dah ade kawan nak lawan sape paling banyak rebut space atas katil lagi.. yahooooooooo :D


p/s : aku tido dulu k.. gud nite.. salam..




mrs e
Wednesday, November 11, 2009

Tidur Lena

|
Tadi lepas makan malam, aku terasa mulut nak mengunyah² makanan lagik. Tibe² teringat lah pulak beger kat depan 7-11 BG tuh.. Dapat seketul best jugak kannn..Bagus betul dapat memakan makanan yang begitu sihat(?) di malam² hari begini

Dengan penuh harapan di dada, maka aku pun meluahkan hasrat kepada suami tercinta. Dipersembahkan hajat untuk memakan beger ayam diiringi sekeping cheese bersoskan lada hitam. Maka sebagai seorang suami yang begitu prihatin dan sporting lagi bertanggungjawab memenuhi keperluan isteri kemanjaannya, dituruti kehendaknya lalu bergerak lah suami itu ke BG dengan sendirinya. Eceh. Ayat bukan main bunga² lagi ko ye. Kemain, macam karangan budak tingkatan lima yang menyusun ayat nak mengorat awek² jek..hahahahahaha

Abang, hati² yer.
Ok.

[Malas dah nak karang ayat bunga², ayat daun² ajelah yer.. hiks]

Sampai jek mr e kat rumah, aku makan beger tu sambil menikmati teh O panas.. Perghhhh.. memang layannn.. Tak lama lepas mr e duduk² tengok tv sambil temankan aku makan beger, kira² pukul 9.30 dia masuk ke bilik. Aku ingatkan dia nak check line internet sambil ngadap lappy.. Sekali bila aku naik, dah tidur rupanya..Aku keluar masuk bilik pun dia dah tak sedar.

Alololololo..siannyerrr hasben I nih. Penat agaknye, sebab dari tadi pagi macam² kerja yang dah dibuatnya. Hurmm.. Lena betul dia tidur. Dah le mata kanan belah dalam nye tu tibe² jek merah.. Sian betul I tengok tau.. Sayangku, chumel pulak I tengok you ni masa tidur. Macam baby-baby aje :) - Yang lain, sila skip ayat ini. Skip aku kata. Kalau taknak skip, tu korang punya suke. Kalu korang rasa loya² baca ayat tu, aku tak nak bertanggungjawab yer

Err.

*Yang kau ni tetiba ber I You ni kenapa? Kejap pulak ber aku. Krisis identiti ke ape? Blah sekarang.. HAHAHAHAHAAKUNIMENGARUTAJE


dia tidur dulu tinggalkan I.. sob sob sob


Oklah, sebab dah kena blah, I blah sekarang.. agagagagagagagaga
=P


p/s : selamat malam semua, I nak join my husband tido dah.. hehehehe




mrs e
Tuesday, November 10, 2009

Sekali Tersalah

|
Dalam aku mencari kawan² aku semula menggunakan fesbuk, sekali tersalah. AIK? Macamana boleh salah lak kan? Ahahahahahahaha.. Aku kan main agak² aje sebenarnya, aku taip nama kawan aku tu, then klik search. Berjujut lah nama yang sama berapa punya banyak yang keluar. Dah tu, ade yang takde gambar n kalau yang ade pun, letak kat profile pictures nya tu gambar lain² (bukan gambar diri sendiri).

Ade yang letak gambar anak², gambar lambang pasukan bolasepak yang dia minat pun ade! So, camne lah aku nk cam kan? Aku try² aje sent fren request tu, mana tau betul² kawan aku yang aku cari tu.

Bila dah di approve, barulah aku tau yang orang tu bukan kawan aku. Takkan lah aku nk reject balik ye tak. Dah tentu² aku yang mula² request, pastu nak reject lah pulak. Tak manislah bukan.

Untuk memujuk hati aku yang sedikit termalu² kucing tu, aku cakap "tak apelah, sekurang² nya bertambah kawan aku.." hihihihihihihi



mrs e
Monday, November 9, 2009

Menjejak Teman Lama

|
Baru² ni, aku dapat menjejak kasih-an kawan² lama aku. Aku gunakan fesbuk untuk mencari mereka² yang berada di serata tempat yang aku pun tak berapa pasti di mana lokasi mereka yang sebenar. Ramai juga yang aku jumpa.

Bila dah jumpa tu, tangan memang naaaakkkk sangat klik 'sent request'..Tapi bila mengenangkan, diorang ni ingat ke tak ngan aku.. Kang aku sent request ni kang, buat nye di reject, tak ke haru? Time tu nanti, hati aku jugak yang sedih sendiri kang..Rupenya diorang tak ingat kat aku laaaa T___________T Nangis berbaldi-baldi. Fikir postif, +ve, +ve, +ve. aku cekalkan jugak klik kat sent request tuh..

So far, diorang accept request aku. Wuiii.. rupa² nya, memang banyak yang aku ketinggalan dengan cerita dorang² nih. Kebanyakan nya ramai yang dah kahwin, dan paling aku tak sangka, ramai gak yang kahwin dengan classmate/coursemate aku dulu [itm].. Dah jodoh kan. Kalau dah jodoh, tak kemana. Ikan di laut, asam di darat, dalam kuali bertemu juga. Eceh. Tetiba terkeluar lak bidalan orang tua². Motif? Hik hik hik hik

Ade jugak dikalangan kawan² aku tu dulu bercinta, tapi tak sampai ke jinjang pelamin rupenya.. Terkejut aku.. Memang 100% aku ingat diorang ni dah kahwin. Alih² bila tengok muka pengantin pompuannye kenapa lain? Kenapa bukan si 'anu' tu.. Hurmmm.. itulah yang dikatakan jodoh.  Kalau dah jodoh, tak kemana. Ikan di laut, asam di darat, dalam kuali bertemu juga. Oitttt..dah dah dah.. Tak sudah² nak mengulang bidalan nih. Buat kamu yang baca geram jek asyik mengulang ayat yang sama, betul tak?

Errr. Tetiba mati idea. Oklah. Tamat.




mrs e

'Sijil Lahir' Yang Baru..

|
Uhuk uhuk uhuk.. somput den ni haaa.. bukan dada aku yang semput..tapi poket kitorang yang semputttt.. Alkisah, keta aku tu dah sampai dah besday dia.. Nak mintak 'sijil lahir' [roadtax] yang baru le tu.. Aduiiiiyaiiiii.. memang takleh ampun punya nih.. Nak skip² pun takleh dah..

Ape taknye, tetiap hari memang le nak guna keta tu p balik keje. Bahaya kalau ade ape² berlaku takde roadtax+insurans ni kan? Ade membe cadangkan naik moto jek g keje. Bernas jugak cadangan tuh tuk mengurangkan perbelanjaan. Boleh beromantika di tampoi.. ekekekekeke

Tapi kan, naik moto waktu² cuaca tak menentu nih, sekali balik keje, hujan, dah basah kuyup.. Demam tak kebah² le jawabnye =p



mrs e
Friday, November 6, 2009

Bye² Penang, Till We Meet Again

|
Lepas makan n singgah kedai beli cenderamata sikit sebagai kenang²an, kitorang merentasi jambatan pulau pinang untuk meneruskan perjalanan pulang..

Hati ade sikit sayu.. tah bila lagi tah dapat jejak ke sana.. sob sob sob =(



Diiringi dengan titis²an air hujan yang membasahi bumi

 
Hampir sampai ke tengah jambatan

 


 
Good bye penang, till we meet again.. InsyaAllah, kalau panjang umur murah rezeki
pasti kita akan bersua lagi

 
Dah masuk terowong perak dah masa ni

Sampai umah abang zaki kat semenyih dekat pukul 9.. Duduk kejap minum air panas n makan piza yang abang zaki tapau, dalam pukul 10pm kitorang gerak balik ke muar. Aku bertiga [aku, mr e n fifi] je yang balik malam tu, sebab esoknya dah nak keja kannn.. Mak aku n wawa balik esok harinya sebab wawa letih drive nak rest dulu. Lagipun wawa dah start cuti panjang sampai krismas baru start keja balik..



mrs e

Check Out

|
Fuhhhh..punyelah syok aku tido, siap mimipi² bagai.. adelah lebih kurang 2 jam aku tido.. Memang lena ah. Mr e lak sporting, langsung tak kacau aku tido pun. 'Baby besar' aku tu wat hal dia sendiri aje.. hik hik hik hik


Bila terjaga, tengok jam dah pukul 11.30. Haiyohh.. seingat aku diorang kata nak check out pukul 12. Sempat ke nih?

Terus capai henpon, call wawa. Takut diorang sume dah siap, aku jek yang tak siap lagi. Dah le barang sume langsung belum packing semula..

Sib baik wawa cakap diorang pun tengah bersiap. Terus bangkit dari katil, kemas² semua. Bila semua dah siap, terus keluar bilik tunggu yang lain²..

Dah cukup korum semua, baru turun ke lobi. Berbondong² lah kitorang membawak beg memasing. Kat lobi, abang zaki n kak cha setelkan urusan pembayaran. Sesambil tu sempat jugakkkk kitorang snap sana sini..


 
amacam?

 
"ohh lihatlahhhh.. pinggangku yang rampinggg.. dan dadaku yang bidanggg.." eceh

 
mr e n my mom

Setel urusan check out n billing sume, kitorang p makan nasi kandar kat restoran yang sama sekali lagi. Ape² hal pun isi perut lah dulu, ye tak? Kali ni aku amik nasi beriani, ayam madu n telur ikan.. sodapppp..

Lepas tu, singgah jap kedai yang jual buah pala n jeruk buat buah tangan bawak balik johorrrrrr...



mrs e