kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Sunday, May 17, 2009

Alahai suamiku SAYANG

|
ini cerita hari jumaat.

sebelum tu aku nk beritau, sebenarnya aku mmg nk wat entry ni dari ari jumaat. tapi disebabkan mr e yg x berapa sihat dan aku pulak mencari kesempatan nk tukar template lah bagai, tu yg nk post entry ni pun dah ter skip.

BACK to the story,

pagi jumaat tu bangun dari tido, mr e ckp ade sesuatu masuk dalam mata sebelah kanan dia. rasa mcm x selesa & mengganggu penglihatan. aku ingat masuk habuk mcm gitu² aje, nnt lama sket dah ok lah kan. then, terus g keje. tp mr e ckp mata dia masih x ok. penglihatan dia dah mcm kabur² gitu..
sampai tempat keje, mata dia makin teruk..berair² dah sampai x boleh bukak mata..aku g amik surat ke klinik panel n anta dia ke klinik. sampai klinik bile doktor check, xde ape² cam habuk @ bendasing dalam mata dia. n doktor uji vision dia guna huruf² yg ditunjuk tu..LANGSUNG dia x nampak huruf barisan yg ke-2. doktor bagi ubat bius  & wat surat rujukan ke hospital Pakar Muar [bahagian pakar mata].

terus masuk ke tempat keje, beritahu boss aku, n gerak ke hospital. sampai hospital, jumpe pakar mata n dia tengok kalau² ade habuk dalam mata. TAK ADA. dia tgk guna alatan apetah, beh kurang yg kat kedai cermin mata tu, pastu doktor pakar tu cakap rupa² nya mata mr e tu luka. banyak tempat yg terluka tu. maybe masa ade benda masuk mata tu, mr e tak sengaja tergosok² mata nk kuarkan benda tu, tp dah melukakan matanye pulak.

doktor bagi MC kat mr e. b4 masuk keje semula, aku hantar mr e balik umah suh dia berehat n sempat masakkan lauk makan tengahari untuk dia [sempat makan sekali] HEHEHE

bila mr e sakit mata ni, sian sangat tgk dia :( . ari tu mata dia bengkak, berair jek dan x boleh dibuka apalagi disentuh bahagian mata tu. nk letak ubat titis pun payah. x boleh duduk dalam cahaya terang sebab cahaya tu walaupun sikit dah menyilaukan mata dia membuatkan matanya pedih. x boleh tgk tv, x boleh ngadap lappy. but now, alhamdulillah, dia dah boleh bukak mata sikit walaupun bengkak nye belum surut.

ari isnin ni kena g hospital semula, dah ade appointment dengan doktor pakar mata tu nk tgk semula mata mr e. hopefully sumenye ok.

korang sume tolong doakan lah ye semuanya selamat. amin.

p/s : time mr e berehat sebab matanya sakit n lebih banyak masanya berbaring jek nilah aku sempat nk tukar layout dan wat sumenye edit² sendiri guna photoshop. lepas uruskan keperluan mr e, terus jek aku mengadap lappy. kalau x, mmg x sempat lah sbb kalau mr e sihat, selalunya ade jek aktiviti yg dia ajak aku wat sama²...


mrs e

3 comments:

E said...

minta ampon x gosok ag

mama | sarah | syimir said...

alahai syiannya..blh nmpk tak bininya? :p

NoRT said...

ermmm...moga cik abang cpat sembuh... harap smua ok... pepun,hg mmg best pasal rajin jaga E... bagus2....