kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, May 27, 2009

tak sengaja atau disengajakan?

|
tak sengaja atau disengajakan adalah dua perkara yg berbeza. aku akan berbicara dua topik ini secara berasingan.

tak sengaja
selama dua hari ini aku menyepikan diri. secara tak sengaja, mood aku agak tidak baik. oleh itu, aku memilih untuk berdiam diri sahaja dan berfikir² sendirian. ada jugak aku membicarakan perkara² yg aku fikirkan dengan dua orang rakan aku yg ku kira rapat untuk meluahkan bebanan perasaan. alhamdulillah..usai bertukar² kata, aku rasa lega sikit. kenapa ya mood aku tidak baik? aku pun tak tau. ia datang secara tiba². datang tanpa diduga & datang tak sengaja. HAHA

disengajakan
I. selama dua hari ini mmg aku sengaja tak buat entry baru @ post ape² entry di dalam draft folder aku. oohh, aku lupa. aku mmg ade nk buat entry baru, tp setelah menimbangkan baik buruk untuk meng'post' entry itu, aku buat keputusan untuk peram jadi pekasam sahaja dalam draft folder. itupun sebenarnya setelah mendapat pandangan daripada mr e supaya jangan mem'publish' entry itu. kalau tak, mmg dah hampir² aje nk tekan butang publish..jadinya, kamu kamu kamu dan kamu tak dapatlah membaca entry aku yg lebih kurang luahan perasaan tu..muehehehehe

II. selama dua hari ini jugak, aku tidak meninggalkan sebarang komen di dalam blog kawan². (err..seingat akulah, mmg takde). ini juga mmg aku sengajakan. bukan tak nak tinggalkan komen, tapi dengan mood aku yg agak weng-weng tu aku jadi BLUR tak tau nk komen ape. kang kalau aku tinggalkan komen, komen yg lari pulak dari topik. topik cite lain, aku komen tang lain. sebab itulah aku tak komen. harap korang jangan kecik hati ye? walaupun macam tu, harus diingat, aku tataaaaaaaaaaaaap jengah blog korang tau. aku pun tolong naikkan unique visitors korang tu..HEHEHE

kepada sesiapa yg rasa mcm dah bosan tengok blog aku tak ber'update', yg rasa mcm "ah, nk delete lah dia dari bloglist"..jangan lah gitu yerrr..kite kawan kan? kan? kan? aku pun dah back to normal dah ni.. :)

nnt aku try update banyak² lagi okeh!



mrs e

2 comments:

NoRT said...

moga cepat sembuh dr kegawatan prasaan tuh... ajak je Mr.E p jalan2.. ilangkan tensen

mrs e said...

nort;
hehehe..skrg dah pulih dahh..
tp rasa mcm kengkawan blog lak yg sunyi sepiiiiiii jek nih..

huhu~