kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, June 30, 2009

sepetang di jakel

|
sebenarnya takde plan pun nak ke Jakel. pagi ahad tu, mak aku ajak sembang² depan rumah sambil makan buah rambutan. aku, wawa, kak cha n mak aku tukang makan. tukang petik rambutan & panjat² tangga nk petik buah rambutan adelah mr e.. MY HERO..hikss

borak², sembang² lah kitorang anak beranak dari satu topik ke topik lain. dari pasal nk beli umah n etc lah. errr..borak² jek, bukan aku nk beli pun; wawa yang nk beli. pastu boleh pulak termasuk topik nak p beli baju raya. aku tak kisah lah kan, kan aku dah beli sepasang yang kaler sedondon dgn mr e ari tu.. bile kak cha cakap gitu, wawa pun setuju jek nk g, sebab dia pun belum ade baju raya lagi. kak cha tanye abang zaki, nk pegi ke Jakel ke tak..abang zaki ok, so decide g lepas zohor..

mulanya aku memang malas nk pegi, tapi bila abang zaki cakap nk sponsor baju raya, aku apelagi, terus ubah fikiran..kehkehkehkehkeh..mak aku tak tau plan kitorang nk g nih, sebab masa kitorang ckp² tu, dia dah g umah pakcik aku kat sebelah. bile dia balik baru kitorang beritahu..

aku pun ckp lah dgn mr e, nk g ke Jakel. boleh tak dia taknak pegi. dia nk lepak² kat umah jek katanya. tak kisahlah kan, maybe dia malas agaknye nk mengikut org² fomfuan neh shopping², biasalah kan pompuannnnnnnnnnn.. kalau tak membelek lama² tak sah rasanye..ahakssss..

ohhh..selain mr e yang tak ikut, fifi pun tak ikut jugak. sebab dia kena pegi camping bebudak sekolah dia kat Tebing Tinggi sebelum tu. cuma dia pesan jek, pilihkan kaler feveret dia yang lawo² tuk dia.

pegi 2 kereta, abang zaki follow aku kat belakang. sempat aku singgah umah mak mertua jap, bagi tempoyak ngan jem durian.. then, terus menuju Jakel..

sampai Jakel, uissshhhhhhhh..ghamai gak orang menyopping baju raya neh. sampai pusing² kepala aku tgk orang reramai ditambah lak dengan kain yang mcm² corak n warne.



aku suh posing molek², gini pulak dibuatnya
ape² jelah baby oiii..



tengah pilih² kain



aiyakkk..nampak gumukss..-tak shukeee-


lama gak kitorang spent time kat Jakel. memilih bukan kemain lama ditambah dengan peristiwa yang kitorang bengang² dengan sorang promoter. nyampah tul dengan promoter tu, kerek nk mamfusss..mcm lah Jakel tu dia yg punya, padahal kitorang dah dapat kaw-tim baik punye ngan anak tokei tuh.



walaupun nampak bambam, aku letak jugak gambar neh..huhu~


ikut perkiraan, mula² aku, wawa & fifi dapat baju sorang sepasang. last² tah mcmana tbe² terjadi dua pasang lak. eceh, konon mcm tak tau lak, tbe² katanya..meluat jek akak baca ni kan kak..HAHAHA.

diringkaskan;

  • mak aku = 2 pasang baju (yang harga dedua pasang tu almost rm 4++)
  • abang zaki + apis [anak bujangnyer] = 2 pasang baju
  • hani & baby = 2 pasang baju
  • mr e = 1 pasang
  • aku, wawa & fifi = 2 pasang baju
  • mak mertua aku = 1 pasang baju

total, habis beribu abang zaki spent kat situ. paling kelassss mak aku lah, mak hajah rabaniah tahun ni pakai baju kelassss² youuu.. ;)



aku n baby..aku suh pandang cermin, dipandangnye aku
kat sini lagi nampak pipi tembam aku tu kan?


siap boleh dapat diskaun lagik dengan anak bujang tokey Jakel tu. dah le ensemmmm ko....auwmmmm.. *tbe² nak auwmmm? motif?* hik hik hik..[apepun, my hero tetap dihatiku.. HAHHA]

kuar dari Jakel kul 5.30, abang zaki terus balik umah. aku lak singgah umah mak mertua jap, bagi baju & mak n wawa tumpang solat asar jap. ohh, aku cuti ye, jangan nk kata aku mengelat lak ek.

thanks bebanyak pada abang zaki & kak cha yg membelanja kitorang. siap belanja mak mertua i lagi youuu..mudah²an bertambah murah lagi rezeki abang zaki sekeluarga.. aminnnnnnn


p/s : oh ya, tema tahun ni abang zaki pilih kaler hijau..kitorang ok je..




mrs e
Monday, June 29, 2009

ke sana lagi..

|
hik hik hik.. kitorang ke sana lagi semalam.. inilah hasil borongan..

 
  

untuk cite selanjutnya, nanti aku baru cite la ye..
daaa



mrs e
Friday, June 26, 2009

untuk dikongsi bersama

|
aku dapat info ni thru emel..so aku rasa x salah aku kongsi pengetahuan yang aku dapat dengan korang semua..

*image credit to Google*


DURIAN BELANDA BOLEH MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT

RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong.
Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.

Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.
Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.
Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyanadigalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.


p/s : sharing is caring =)



mrs e
Thursday, June 25, 2009

bermain dengan CODING

|
sejak pagi aku dah try & error untuk buat background post atas permintaan seorang rakan..

BINGO..!!!

aku dah tau nk letak kat mana..tapi bile aku buat, tak keluar lah pulak..kenapa yer? ish..ishh..ishhh.. mencabar keIMANan betullah.. aku pulak jenis yg tak mudah mengalah..mmg kalau boleh nk dapatkan juga jawapannye kenapa image tu tak boleh keluar..rasa satu kepuasan dalam diri kalau aku dapat membuatnyer

tapi sekarang ni aku mcm dah pening² lalat..hik hik hik =D


p/s : pantang menyerah sebelum kalah



mrs e
Wednesday, June 24, 2009

seronokkkkk...i tell uuu..

|
sebelum ni masa sekolah²..

"ah, aku taknak lah couple dengan membe satu kelas"

walaupun sebenarnya mmg ade kawan yang usha gile² dekat aku. mana taknye, sebab membe sebelah aku siap cakap dak laki kawan aku tu tak sudah² jek pandang kat aku. sepanjang hari okeh! [errr...zi, aku tak tau ko tau ke tak pasal cite ni, tapi iza tau, sebab dia lah yg beritau kat aku..ntah dia ingat lagi ke tak pun cite neh]

mmg gabra habis aku masa tu.. yela, ade orang asyik pandang ngan tenung kat kite aje. mestilah rasa tak selesa kan. tapi budak laki ni tak tau lak jenis camne, sbb dia suka tgk & tenung jek, tapi sepatah haram pun takde kuar ape² dari mulut dia cakap nk couple ke ape kan. so, aku pun buat² bodo mcm tak ade ape² jek lah.HAHA

lagipun, aku mmg jenis yg tak suka bercouple/bercinta dalam kelas. tahlah, it makes me uncomfortable at all. mmg aku tak tau sangat² nk wat cenggitu. tapi, ade gak yg tak kisah. boleh aje 'berkawan' dengan kawan sekelas. [zi, dulu ko ngan anjenan tu ade affair ke gossip semata? HEHE..tetibe lak teringat pasal ko]

masuk IPTA..

ade gak yang usha² aku. kebanyakan nye kawan sekelas gak...

"oh no, no, no, noooo..not my type falling in love with my classmate.."

ceh. ayat nk berlagak aje. tapi betul, aku mmg tak reti. tak tau sangat² nak menggayakan hubungan itu kalau aku teruskan. sebab aku ni lebih banyak malu. so, kalau ade presentation ke hapa, kalau aku ade pakwe sekelas, aku akan jadi lebih gabra kat depan. tu yang aku tak suke. sebab tu aku lebih suke lone-ranger jek..HIHI

teringat aku dengan membe aku yang usha² aku nk jadikan aku lebih drpd kawan. ade yang siap bagi surat (ohhhh..terkejut mak nenek aku masa tu..sebab dapat surat yang aku tak jangka...-angah, ko ingat tak pasal haf*z kawan si zul? kehkehkeh).. siap bagi aku pakai jaket dia untuk berlindung daripada ape tah masa tu (aku tak ingat) konon nak menunjukkan betapa prihatinnya dia kat aku lah tu..

pastu ade lak lagi sorang yang aku tolak mentah²..asn*l kalau tak silap namanya.. sanggup nih temankan aku n escort geng aku p jalan memana; konon jadi mcm 'bodyguard' lah.. perasan DIVA-DIVA lah kejap masa tu sebab ade bodyguard kan..hiksss..last² sebab keciwaaaa, dia couple ngan membe sekelas aku jugak..

ade lagi, yang ni siap pass bagi surat cinta secara terbuka masa dalam DKU [dewan kuliah utama]. dah le masa tu combine 2 kelas jadi 1, boleh pulak dia duduk kat belakang sekali suh membe² aku passing kan kat aku yg duduk kat depan. membe² aku pulak nye terlebih 'pandai', bukan terus pass ke depan dari belakang tu. tapi passing dari kiri ke kanan pastu habis satu kelas baca baru lah sampai suratnye pada aku kat depan. BENGANG gilerrr aku masa tu..dah le sume membe aku sekelas tu dah baca n pakat² senyum kambing bile tengok aku baca surat tu. terus aku selit jek celah² nota aku & tak hiraukan langsung. alamat memang makan hati le membe yg anta surat cinta tu nengok aku wat gitu..hik hik hik

yg perasan control hensem pulak jangan cakap lah, siap punye nk tunjuk macho tu, cakap control² jadik lembut. pastu siap panggil nama aku ade 'cik' lagi kat depannya.. asyik jelah cik naja, cik naja..sampai geng² aku pun duk selalu ejek² panggil nama aku ade 'cik' kat depan.. huh, nyampah..

adelagi cite pasal kawan sekelas nih, tapi malas pulak aku nk cite banyak²..

hiksss..ade gak nk jadi affair ngan lecturer aku tapi tak berapa nk jadi.HAHA. sebab masa tu aku tak fikir ape dah. fikir nk belajar aje. ceh, poyo. tapi memang sebenarnya aku tak tau, tapi membe satu kelas ade perasan & tau, aku jek yang lurus bendul ni tak perasan. mana taknye, kalau dalam kelas asyik² panggil nama aku, take-five sekejap² pun g kat tempat aku, suh kitorang wat kuiz; sementara kitorang buat kuiz pun datang tgk aku.. ape² jelah kat aku.. sampaikan last² dia dah kahwin, n kitorg dtg g meja dia nk tgk gambar kahwin dia, wife dia jeling tajam semacam dekat aku...!!! wahahahahahaha...

tapi itu dulu, sekarang dah lain..

bila masuk alam pekerjaan, aku mmg niat nk kerja. tapi tah mcamana boleh lak 'tersangkut' dengan orang 1 tempat kerja. bukan 1 tempat kerja jek, 1 department lagik..hihihihi.. tapi kitorang very the professional kat tempat keje, sampaikan boss aku puji cara aku n mr e. sebab dia tgk kitorang mmg tak pernah ade masalah as rakan sekerja walaupun ade hubungan suami isteri.

kalau dulu mmg aku elakkan tuk ade hubungan sekelas masa sekolah & masa kat IPTA, tapi sekarang tidakkkkk lagi.. hihi..sekarang totally change...!!

kalau ade orang kata, tak bestlah keje sama tempat, takde kebebasan, tak boleh nk wat lelebih @ gurau lebih² ngan membe lain, tidak pada aku..LAGI BESSSSSTTTT adelah.. :)

sebabnya, aku dapat g keje sama², lunch sama², balik keje sama².. so most of my time are with him. sepanjang masa aku nampak dia depan mata. aku tau ape yang dia buat, dia tau ape yang aku buat. TRANSPARENT. takde selindung². bergurau dengan kawan² lain jantina pun mcm biasa, boleh aje, takde halangan, asalkan tak melampaui batas. kami bersifat terbuka.

nak lagi best..

yang paling aku suke, selalu kalau aku tengah tekun buat keje, kalau mr e datang @ lalu kat tempat aku dan aku tak sedar dia ade sebab tgh khusyuk buat keje, tibe² dia pegang n genggam tangan aku. OMG. suka betul mr e wat kejutan mcm ni kat aku. dah le membe sekerja kat tetepi n depan tu ramai, wat malu aku jek. tapi sebenarnya dalam hati SHUUUUUKEEEEEEEEE..hiahiahiah..tersipu² malu i nyahhhh.. pastu kadang², dia datang kat aku semata² nk cuit hidung aku. kadang² tu pulak dia usap pipi aku..selamba jek muka dia..aku lak merah muka sebab blushing :D

kalau dia ade jauh sket dari aku tapi aku tak perasan kehadiran dia, tbe² aku dapat sms. bile aku baca
"haaa....watpe tu..." pastu mula lah aku panggung kepala cari dia kat mana, berpusing 360° darjah kepala ngan badan aku neh. pastu bile mata kitorang bertembung, terus tersenyum sama².. ohhhhhh soooooo sweeeeettttt.. bahagia jek rasa dalam hati.. berbunga-bunga mekar berkembangan, rama² lak bebas berterbangan.. ewahhh ewaahhhh..

sampaikan akak satu tempat kerja aku ni sgt jeles tgk aku n mr e; sebab dia kata dia tak mcm tu dgn suami. nk bermesra² an kat umah mmg takde, jauh sekali nk wat camtu kat public area.

sebab tu aku kata, sangattttt seronokkkkk keje satu tempat dengan suami. tak tau nak cakap camne dah. sampaikan bile terfikir kalau salah seorang dari kitorang ni dapat job kat tempat lain, mcmana lah agaknye ye? nk menghadapi hari² g keje sendirian, lunch dah separate, masa bersama pun dah kurang.. tak dapat aku bayangkan..huhu

apepun, mmg seronok keje satu tempat nih.. I TELL UUUUUU...



mrs e
Monday, June 22, 2009

bukan jeles tapi terkilan..

|
pagi² lagi bile bukak Ym dah ade offline message untuk aku

"tolong BUZZ bile dah online.."

so, aku pun buzz le org tu.. then dia ckap nk mintak tolong somethin' kat aku. aku tanye nk wat pe? dia kata ade nk wat research sket. aku pun ok lah tolong mana yg termampu.. siap bagi contact person yang mahir dalam hal ni lagi kat dia. dia kata segan nk contct org tu, siap aku bagi jalan lagi nk contact macamana

lepas lunch, tbe² aku dapat call dari contact person tu. cakap dia ade call tadi. n cakap nk mintak tolong something kat contact person tu sebab blablablablabla.. tapi boleh tak dia bagi reason yg berlainan kat org tu dengan yg dia bagi kat aku? pulak tu reason sebenarnya mmg yg dia beritau kat contact person tu..

kenapa nk selindung²? ape salahnya dia ckp terus terang? takut aku jeles ke? aku tak jeles okeh, tapi aku terkilan sangat² sebab dia tak terus terang ngan aku.. bukan nk mintak ape pun, sekurang² nya jujur lah dengan aku bila nk mintak pertolongan aku..

pastu bila ckp dgn mr e lak, dia tak berapa nk menyokong aku.. laaaaaaaaagi lah aku sedih..sebak rasa dada..


takpelah, ini hari, hari dia...
:(




mrs e

deghoyan

|

sekarang kan musim durian.. mmg banyak jugak lah buah durian kat kebun akak aku. kalau dulu, kat kebun mak aku pun banyak gak durian. ape taknya, mmg dusun..!! mcm² buah ade, manggis, duku, rambai, cempedak, durian, duku dan banyak lagi lah sampaikan aku tak ingat. sume tu arwah abah aku n mak aku yang tanam. untuk anak cucu merasa, kata abah aku dulu. memang betul pun...

tapi sejak arwah abah aku meninggal, dusun tu mcm tak berapa nk terjaga. yelah, sebab dusun tu jauh daripada rumah, sekali sekala jek kitorang datang jenguk. itu pun masa musim buah. kalau tak, takdenyalah.. dan disebabkan itulah, mak aku amik keputusan tebang sume pokok n tanam kelapa sawit. tinggal beberapa batang jek pokok buah..huhu~

bile dah masuk musim durian neh, rutin aku n mr e pun ade perubahan. tapi yang palin banyak berubah mr e lah.. ape taknye, bangun pagi² dah g kebun sama² ngan mak aku kutip buah durian. e ehhh.. isterinya mana? kenapa tak amik port? sebab isterinya masih sedap lagi diulit mimpi..HAHAHA

balik dari keje pun mr e terus siap² g kebun kutip durian. mcm wiken yg lepas ni pulak, siap dia g jual buah durian tu kat kedai pemborong. jauhhh lak tuh. tapi sebab dia HERO kan, jauh pun okeh aje..hikss

ape perubahan aku? asyik mr e jek dari tadi? rutin aku yang berubah adelah balik jek dari keje sementara mr e g kebun kutip durian aku lak kat umah mandi siap². dah get ready sume, barulah aku jalankan aktiviti aku. kalau sebelum ni mmg takde dalam rutin harian nih, iaitu MAKAN DURIAN..wakakakaka.. kutip durian taknak, tp makan lak lelebih. tapi mmg aku makan banyak pun durian nih, 2 biji sekali makan tak cukup. sampaikan fifi n mak aku tengok pun gerun.

bukan itu saja, aku ni memilih lak tuh. kalau ciri² durian yang aku nk makan tu xde dalam piawaian aku, aku taknak makan.

ciri² piawaian aku;

  • isi kuning
  • tak pahit
  • isi tak terlalu tebal, tak terlalu nipis
  • rasa manis lemak berkrim, disukai ramai ;D


kalau takde ciri² piawaian yg aku suke, mmg aku tak nak makan. merajuk dah. perasan comel lak nak merajuk². sape peduli ko merajuk..HEHE

cakap pasal durian neh teringat pulak arwah abah aku. kalau dulu, dia mmg tahu aku suka makan durian yang mcamana. siap dia rizabkan pokok yang mana aku suka, n ble ade buah nye gugur, mmg dia akan asingkan untuk aku.. (mak aku sekarang pun wat camtu untuk aku..TQ mak!!) pastu arwah abah aku siap belahkan lagi durian tu. yang aku tau, tinggal ngap masuk dalam mulut jek.. ohhh syahdu nyerrr..dah lah semalam Father's Day..sedih aku.. =(


stop sini lah.. bile² aku update lagi..




mrs e

Sunday, June 21, 2009

rehat jap..!!

|
aku tengah ralit dengan sesuatu wat masa neh..
tu yg mcm malas nk wat entry baru..

nk tau kenape?

.


.


aku tgh ralit baca novel..ihikssss.. x sabar rasanye nk habiskan. biasalah, kalau baca novel ni bukan boleh berenti², rasa nk terusss jek baca sampai habis. sebab tu ade jek masa terluang aku mesti sambung baca novel.

so, aku rehat sekejap dari post new entry lah yer!!!

p/s : bergantung jugak pada keadaan, kalau aku nk wat entry baru, aku terus publish jek


mrs e
Saturday, June 20, 2009

potong riben..

|

*clap clap clap* 




dengan ini secara rasminya aku merasmikan


semua link kawan² aku dah pindahkan ke sana.. so jenguk² lah kalau ade masa.. =)



p/s : ade aku letak gambar untuk ke link blog aku kat belah kanan tu. just klik to the image k!




mrs e

naja's link

|
nantilah, kalau aku ade masa aku buat. tapi wat sementara waktu ni, mmg aku malas nk buat..HAHAHA

tgk dyla dah wat satu blog untuk link² dia, membangkitkan semangat aku semula. dari dulu lagi aku dah ade blog nya, tapi tulah, malehhhhhhhh nak mekap² blog link nih.. tu yg pending aje..ade 3+ 1(yg kena disabled) blog aku manage setakat ni. tapi aku belum bersedia potong riben wat pembukaan blog lain tu. cuma aku je yg kuar masuk sesuka hati..ihiks..

biarlah dulu..




mrs e
Thursday, June 18, 2009

berjuraian air mata..

|
2-3 hari kebelaknagn neh aku berjuraian air mata.. sedih sangat². tak boleh ditahan². sebak aje dada. ia berlaku bukan secara automatik..

wowwowwoww..jangan salah sangka.. takde kaitan pun dengan entry aku semalam ye.. aku dah ok..biasalah kan, sebagai manusia kita tetap akan ada rasa 'down' kadang².. itu normal

tapi yang aku sedih tu sebab aku baca buku ni..

 
*diambil dari Goooooooogle*


mmg syahduuuuuuuu gilerr.. menitik² air mata aku turun laju membasahi pipi. sampaikan tersengguk² aku menahan tangis (sebab mr e dah tido, kang dia dengar aku nangis pelik lah pulak dia apesal wife dia neh?  tak pasal² nangis memalam).

jalan ceritanya mmg sedap. senang sungguh nk menjiwai dan menghayati setiap watak² dalam buku tuh. mmg sedih sekali jalan cerita yang digarap sampaikan kita tak sedar yang kita tibe² dah mengalirkan air mata!

sesiapa yang hantu novel, mmg tak sia² kalau beli novel ni & jadikan koleksi. cepat² cari kat kedai buku berhampiran.. [tapi aku pinjam aje.HAHAHAHA]


mrs e
Wednesday, June 17, 2009

mutiara kata

|
kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari..
kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..


p/s : kalau aku sedih, mesti aku ingat kata² ni untuk kuatkan hati aku..




mrs e

kalaulah..

|
kalaulah.....

.


.


.


hrmmmm...


p/s : aku luahkan daripada hati jek. asalkan dah tak terbuku lagi dihati aku, so it's gonna be fine with me =)



mrs e
Tuesday, June 16, 2009

YB Handri

|

amacam? ade rupe YB tak? hehehe. sebenarnya gambar ni aku amik masa mr e tengah try baju batik ni yg dapat masa mesyuarat UMNO tahunan kat kg aku. baju ni sebenarnya baju peruntukan tuk baju seragam orang rewang.

mr e mmg tak pernah ade baju batik sebelum ni, keje pun sektor swasta kan, takde batik² neh. tu yang bila sekali pakai mcm ade nmpk 'lain' lah sket..hikssss.. :D


p/s : cam rindu lak kat mr e ni coz ari ni dia half-day. balik segamat sebab ade urusan..huhu~




mrs e
Monday, June 15, 2009

sorang sini, sorang sana..dua² mengadap lappy..

|
mr e belah sini..berblog..


wawa belah sana...ber YM


dengan aircond lak terpasang..



mmg layannnzzzzzz...




mrs e

the store muar

|

konon² tgk luar..HEHHE


fifi jd drebar cik puan naja..HAHA


petang jumaat ari tu sempat g the store muar jap ngan fifi. hajat asal aku nk cari towel baru untuk aku n mr e. mmg dah lama dah nk beli, tp asyik tertangguh ajelah..

pegi pun kejap aje, sebab mr e pun dah nk balik keje masa tu. kejap² pun, kuar pukul 6, 8.30 baru sampai umah. ape taknye, dah keluar dengan fifi, mmg ade aje lah benda yang nk ditengoknye.. kejap tengok jam, kejap tengok kasut, kejap tengok baju.. beli nya tidakkkkkkkk.. melayankan fifi ke sana sini tu aku snap² lah gambar. HEHEHHE

kat kedai jam

jenuh gak lah aku memilih towel tu, itu tak kenan, ini x shukeee.. payah nau.. nipis sangat pun iye jugak. nak cari yang betul² tebal tak banyak pilihan lah pulak. end up, aku amik kaler ijo sedondon dengan mr e.. wahhhh terlebih sudahhh.. towel pun nak sedondon bagai..ihiks

kiri mr e; kanan aku

ooohh..lupe lak. ini 1st time aku try pakai tudung kayak gini. saje² je nk pelbagaikan. konon² nk tiru mcm rini AF tuh.. (eh rini ke rina? aiyokk, sudah lupalah) hehe, ade serupa tak?

muka jadi bulat


cakkkkk ;p

p/s : dalam pada pusing² tgk barang tu, dah survey sekali handbag.. ohh geram aku dibuatnya sebab dah nampak yg berkenan di hati.. akan ku rembat untuk pakai masa raya nnti :D


mrs e
Sunday, June 14, 2009

ke kedai kain

|
ari khamis pas balik keje aku n mr e ke kedai kain.. ehhhhh..bukan.. bukaannnnnn..bukan beli kain.. tak semestinya ke kedai kain ko nk beli langsir kan. ate, banyak lagi mende² yang dijual kat kedai kain tuh.

sebenarnya kitorang ke sana sebab nk beli curtain rod. tak pernah beli sebelum ni, sebab sebelum ni pakai curtain railing jek kat sume² pintu/tingkap umah aku tuh. ni nk menambah letak langsir kat pintu antara ruang tamu ke dapur, tu yang nk beli benda alah tu.


tangkak waktu malam

curtain rod yang dibeli. kalau beli yang panjang sedepa tu
mmg tak muat masuk keta. kena bawak lori. abess, dah nk beli yang panjang
8 kaki. mmg xleh masuk keta. ni aku beli yang ade skru kat tetengah (kena sambung)

mr e duduk relaks², lepas tu kena mengusung rod curtain tu pulak

sebenarnya sebelum nih dah 2-3 kedai kain lah yang aku riki². yelah, kena lah compare harga kan. bijak membeli menang memakai gitu. so, last sekali kat kedai nilah yang aku beli selepas compare² ngan kedai lain.

balik tu, terus edisi mengacu² n sambung-menyambung curtain rod tu. aduhh, dah kata first time kan, pening jugak lah memikior kan cara nk pasang nye ke dinding. nk dril letak skru tu camne nk menggayakannya.. tergelak² le aku ngan fifi dengan cadangan yang tahapehapetah. mr e lak stress jek..HAHAHAHA


mrs e
Saturday, June 13, 2009

ke pasar lambak lagi

|
semalam aku MC kan.. lepas amik MC tu, terus g pasarlambak..HEHEHE.. jalan² cuci mata. takde beli apa² pun, saja melayankan fifi n kak yati. beli asam jek. e eh, lupa pulak, aku dapat baju kelawar 1, mak aku belanja..*suke* :D

aku malas nk cite bebanyak.. tgk gambar jelah ek

ramai gak orang time² cuti sekolah ni

fifi tgh tengok ape tah ngan mak aku

ohh.. diorang tengok ayam ni agaknye.. mmg besar betul
ayam jaguh kutttt

pas pusing² pasarlambak, dah habis 'tawaf' kitorang pun balik..



mrs e
Friday, June 12, 2009

HEhehehe

|
hai uols..

aku kat umah sekarang.. tak keja
saje amik MC.. fifi hasut² aku tak g keje dari mlm td..

ohhhh..bukan termakan hasutan dia pun.. tapi mmg aku dah niat nk amik MC dari semalam lagik. tapi sebab aku punye keje belum setel semalam, so aku postpone MC ke ari ni. lagipun aku mmg nk rehat² kan badan kat umah. penat lah...

plus, semalam bos aku ada sikit argument dengan aku. aku dah terangkan benda tu sume betul², tapi dia tak puas hati jugak. ari ni aku tak datang tau pulak dia menggelupur.. wakakakakaka

suke BETUL aku..HAHAHA

k lah, nnt² aku update lagi. nk kuar bilik sat.

daaaaaaaaaaaaaa...



mrs e
Wednesday, June 10, 2009

celaru..

|
&^@!~%&^*#@^**(":%$%#@


p/s : aku sangat tak tenteram sekarang ini



mrs e

aku dah..korang dah ke belum?

|
ape yang dah? ape yang belum?


ceh ceh ceh, ayat poyo disitu. takdelah, sebenarnya aku nk tanye korang dah beli baju raya ke belum? aku dah beli dah.. :D legaaaaaa... dah setel satu hal. tak yah fikir lagi dah. tinggal nk p tempah jek. tp ni pun baru beli sepasang jek yang sedondon kaler ngan mr e. tak cukup, tak cukup..!! biasalah fomfuannnnn kaannnn, harus berpasang².. tak sah kalau sepasang baju raya jek..ngeh ngeh ngeh.. :)


teka, tema baju raya aku & mr e tahun ni kaler ape? tetttttttttttttttttttttttt... salah, jawapannye adelah..RAHSIA..hahahaha jangan marah arrr... tunggu lah entry aku masa raya sok..kehkehkehkeh.. jahat ek aku? konon² nk berahsia bagai..


lama gak dah aku beli baju ni. sekali masa beli baju raya mak & MIL aku ari tu. mula² tu mmg tak plan langsung nk beli, tp memandangkan masa tu Jakel tgh ade offer & fikir² kalo tak beli sekrang bila masa lak nk tempah kan...tukang jahit dah dekat² nk raya sure dah tak amik tempahan. lagipun, aku kira mcm terpengaruh jugak lah dengan kak yati n kak wana yang memborong baju raya sampai beratus² ringgit kat situ. tu yang aku pun tak tahannnn.. terus melabur jugak duit kat Jakel. beratus jugak lah habis..huhuhu


so pada sape² yg belum beli baju raya, cepat² lah g beli.. contohilah aku neh.. hikssss.. tapi kalo korang lebih suka beli baju yang dah siap, tak beli awal² pun takde hal kan... nnt dah dekat² raya mesti berlambak² orang jual baju raya dah siap.

oh ya, untuk yang duduk dekat² area segamat tu, cepat² le serbu Jakel sekarang. ade promosi harga runtuh lagi sampai 14hb neh. sume murah². sape² yang nk cari karpet, tikar kayu yang corak² tu, tudung mcm² jenis, cepat² lah ke Jakel. mmg rambang mata! tinggal tgk poket jelah masih tebal ke belum masa nk membeli tu nnt. kalo ikutkan, mmg sume je rasa nak beli..uhukkkssss..

cepat², selagi stok masih ade - wahhhhhh promote baik punye (org² Jakel, taknak amik aku jadi duta ke? HAHA)



mrs e
Tuesday, June 9, 2009

I'm Loving It

|
pernah aku terbaca pasal elianto ni kat blog seorang blogger masa bloghopping.. mmg interested sangat², tp sebabkan tak tau dia punye branch terdekat kat mana, mmg lah aku tak beli. plus, mmg malas nk cari info² dia. padahal kalau nk boleh jek google kalau nk tau katne branch dia ;)


kebetulan ari tu aku punye blusher dah kopak. bukan blusher powder tu yang pecah, tp dia punye casing daaa... susah gak lah nk bawak sebab dia selalu jek lah terbukak². bile dah terbukak tu faham² jela, tergesel sana sini abis merah beg mekap aku


fifi ade beritau yang elianto punye booth ade kat muar dah. beria² dia nk beli. aku pun yang mmg dah xde blusher, terus jek g beli masa balik dari HPSF temankan mr e check-up mata ari tu.


sangat seronok n besttttttttt sangat. mudah sangat memakainye. just *pop-pap* kat pipi... dahhhhh jadik dah.. sangat menjimatkan masa. aku mmg sayang sangat² dah blusher ni. murah pun murah. mmg affordable lah. lenkali boleh gak aku try produk² nye yg lain... ;p


I'M LOVING IT


ihikssss




mrs e

sesi meng'KOPAK'kan duit..huahuahua..

|
ari ahad ari tu aku balik umah MIL. dah terlanjur ade kat kg tu dia ajak aku n mr e g umah adiknya dekat felda palong. bertolak kul 11++ pagi, sampai kul 12++.. lepas makan tengahari, duk lepak² n baring² sambil borak²..

dalam pukul 5 camtu, kitorang pun beransur nk balik. dah packing barang n masuk dalam keta sume, kitorang pun gerak. tup² dah gerak sket camtu, makcik aku kata tayar depan pancit..hooolaaaa.. terus mr e reverse balik n masuk laman makcik aku tu tuk tukar tayar spare.

dah bukak tayar yang pancit tu, nk ganti lah ngan tayar spare. pastu boleh lak sepupu mr e tu kata yang skru tayar sedia ada tu x match dgn tayar spare. dah jenuh pulak nk tunggu sepupu mr e tu g bengkel mekanik kawan dia nk cari skru yg sesuai. tapi agak kepelikkan sedikit di situ bagi aku, takkan lah skru tu x boleh guna? biar betul? sebab b4 ni boleh aje kalo tayar kitorang pancit n kitorang ganti tayar spare guna skru tu? tapi aku diam ajelah, diorang kan lelaki, diorang lebih arif..

dekat sejam jugak terkandas. sepupu aku cari skru pun x dapat. last² aku penat menunggu, aku pun mencangkung kat tepi tayar tu n cuba² putarkan skru tu ke dalam.. e' eh..boleh lah..sape yang tadi kata tak boleh? ni yang nk marah ni.. tak pasal² dah melambatkan perjalanan kitorang.. mesti diorang confused neh masa nk skru kan tayar sebelum tu..mungkin tayar tu senget ke apa lah kan. lepas dah tukar tayar, terus jek balik. alhamdulillah...sampai rumah dengan selamat :)

so ari semalam, waktu lunch kitorang pun nk g tampal lah tayar yg pancit tu. besar lak tu bocor nye, terpaksa tampal dari belah dalam. da siap sume, cina tu pam lah tayar tu kan. sekali tayar tu bonjollllll daaaa... mmg dah rosak lah tayar tu.. nak² lagi tayar untuk wira SE kan mmg nipis..mmg takde harapan..

tayar aku adalah buruk nau rupenye
sila jangan gelakkan aku okeh..gigih aku lukis ni tau


pas bincang² punya bincang punya bincang dengan mr e, decide nk tukar terus 4-4 tayar. padahal sayang gilerr tayar yang depan tuh..baru jek pakai setahun.. dah le mmg xde jalan jauh mana pun.. tapi sebab dah benjol² dan bimbangkan keselamatan, pejam mata tukar jelah.. huhuhuhuuuuuuuuu

cino tengah bukak tayar


siap balancing, alignment n check chamber sume kena gak dekat rm 900.. fengsannnn.. dah alang² tukar tayar tu, terus mr e servis keta sekali kat proton. kat proton lak kena rm 150++.. sehari dekat keta jek aku dah spent 1000++.. rabak terus..

help..help..helppp..

p/s : ade keta, mmg gini la gayanye kan. maintenance punyalah tinggi. kalah i punye maintenance youuu..



mrs e
Monday, June 8, 2009

fifi's BFF wedding

|
ini cerita yang agak basi.. dah lama sangat dah terperuk dalam draft folder aku.. haiiiihhhh, malas nau nk menaip dari ari tu.. so ari ni aku publish kan lah.. kelmarin.. eh tak.. errr minggu lepas aku temankan fifi g wedding BFF dia.. alah dekat jek, kampung jiran. dia takde teman nk g, ajak le aku.. pas dapat permission dari mr e, aku pun siap² lah.. sebenarnye ajak sekali mr e g, tp dia takmo lak..nk relaks² kat umah jek katanya..huuu..


sama cantik, sama padan


pengantin lelaki senyummmmmmm jek
suka la tu :)


acara silat..flower boys & girls kat tetepi tuh

kul 2 gerak dari umah..sampai² masuk dalam jumpa anim (pengantin nya). borak² jap then terus g makan. dah nk abis makan tu, dengar kompang berbunyi lak. terus cepat² habiskan sebab aku ade misi.. cehh.. misi sangat lah tu kan. (aku nk amik video kompang tu, yang aku dah publish kat sini dulu)




hantaran dari anim..lawa kan?


hataran dari pihak lelaki..pun lawa gak..

pas lepak² tgk pengantin bersanding sume, n fifi jumpe schoolmate dia sembang² jap, terus kitorang gerak balik umah. smpai umah, tukar baju & lepak kepenatan. panas & rimas..!


last sekali; fifi & aku


mrs e
Friday, June 5, 2009

apa..?

|
ape ek nk wat tuk entry ari ni..haihhh

ade dalam draft folder aku tu yg dah jd pekasam sbb tak ber 'publish²' lg.. tak de idea la nk mengarang.. mood nk menulis tade mari.. ni pun aku tak tau nk taip ape.. asyik duk fikir esok nak cuti aje..hermpppphhhhh..


dah la.BOSAN!


p/s : ade tag dari cikgu nort, nnt² lah aku buat ye..



mrs e
Thursday, June 4, 2009

panjang umurnya..

|
HAPPY BIRTHDAY
Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki

ari ni besday adik aku, si fifi. dah besar dah ko dik, dah tua dah. bukan aje umur je yang besar, lain² pun besar juga..HAHAHA




agak kelewatan sket aku wat entry ari ni. ingat nk set awal² wat auto publish, pun tak sempat. pagi td dah rushing ke HPSF muar teman mr e wat rawatan susulan mata nye tuh. alhamdulillah, mmg dah full-recover dah. dah ok!

so tuk fifi, nk belanja kitorang ape ari ni? kuar nnt jangan wat² lupe arrr.. ;p

p/s : Happy Birthday jugak buat Inas Dhamirah (dyla) ari ni. senang nk ingat besday inas neh sbb sama ngan besday fifi




mrs e
Wednesday, June 3, 2009

makan² sempena anniversary

|
kelmarin lepas balik keje, mcm yg aku mention sebelum ni, kitorg p celebrate anniversary. p makan kat mana lagi, kat pizza hut lah..



pizza hut nilah titik permulaan kisah kitorang. dulu² tempat nilah mula² mr e belanja aku makan. pun kitorang g lepas keje. ni kira mengimbau kenangan silam lah. BACK TO THE PAST orang kata.. (^_-)


gambar blur..*org sebelah meja dok asyik pandang²
tak senang aku nk snap² gamba tau

tapi takdelah kitorang nih duduk kat tempat yg sama. malas ah. sebab meja yg kitorang duduk tu dulu betul² kat tengah². (kes takde tempat duduk masa tu, meja penuh). so sweeeeettt, sambil makan sambil imbau kenangan dolu²..HEHHE

pas makan, tapau 1 regular thai seafood untuk mak & fifi kat umah. balik dengan perut kekenyangan. huhu~


Alhamdulillah..




mrs e
Tuesday, June 2, 2009

3 kuntum ros yang cukup bermakna

|
semalam, lepas kerja mr e ajak aku p makan. celebrate lah sket² kata orang sebagai mengingati hari penuh bermakna pada kitorang. masa dah on the way tu, mr e kata dia nk singgah kat satu kedai. bila aku tanye nk singgah kedai mana, dia jawab "adelah..ayang tak yah tanye.. abang nk singgah jap jek.."

aku pun diamlah..

tup² rupenya dia singgah kat kedai florist & belikan aku bunge!!


Ya ALLAH, gembiranye tak terkata. sungguh; speechless.
happy sangat² lah.


Semalam dalam sejarah. bukan hari ini dalam sejarah.

kenapa aku cakap camtu? sebab, sepanjang usia perkenalan kitorang, sepanjang pertunangan, dan dah 2 tahun kahwin ni baru lah aku mendapat kuntuman bunga daripada mr e. sebelum² ni dia mmg tak pernah bagi aku bunga hatta sekelopak bunga apatah lagi sejambak. mr e mmg tak begitu romantik yang sentiasa membelai jiwa wanita dengan bunga² an selalu..



a bit shocked. yes, aku mmg terkejut lah jugak kan. tak sangka dia nk belikan aku bunga. aku yang mmg suka & seperti terawang² bila mendapat bunga mmg senyum sampai ke telinga. tak puas² aku menghidu wangian mawar merah tu.. arhhhhh..segarnya rasa haruman menusuk ke rongga hidung terus ke paru². dan menyegarkan hati aku yang terkembang² bak bunga yang mekar bila mendapat bunga..HEHEHE


sepanjang perjalanan senyum² jek aku sambil belek² bunga tu. sampai jek umah, terus gantung bunga dalam bilik dan selit kad dekat meja solek.



sekarang hati aku penuh dengan bunga² cinta (just for you sayang) berkembangan sampaikan betul² penuh.
FULL. ;p



p/s : 3 kuntum mawar merah bermaksud I LOVE YOU. I love you too sayang..!




mrs e