kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Monday, June 1, 2009

So Much in Love

|
01062009

hari ini genap ulangtahun perkahwinan aku yg kedua bersama suami, Handri Haron. dua tahun yang lalu, pada tarikh inilah aku diijab kabulkan. memang rasa masa tu berlalu sekejap aje, pejam celik pejam celik, daaahhhhhh dua tahun! kadang² bile difikir, rasa tak percaya perkahwinan ini dah menjangkau ke tahun yg ke dua. rasa seperti semalam sahaja majlis perkahwinan aku yg riuh rendah dihadiri oleh sanak saudara. kenapa aku rasa sekejap? sebab sepanjang dua tahun ni aku lalui kehidupan aku dengan penuh warna² keceriaan. ok, tipulah kan kalau xde selisih faham sikit². itu mmg ade, tp kami dapat mengatasi dengan cara yg begitu baik sekali sehinggakan terasa seperti sebuah perhubungan yang harmoni sentiasa.


world is full of joy when i'm with you

perkenalan aku dengan mr e bermula dengan perkenalan yang biasa. perkenalan antara rakan sekerja. aku yg baru masuk kerja ketika itu mmg agak 'blur' nk wat keje² sbb belum dapat catch up lagi skop kerja aku yg sebenarnye. mula² niat di hati masa tu mmg nk bekerja kat situ sementara aje, sebelum dapat tawaran kerja yg lebih baik.

mr e mmg pendiam orangnya. dari pemerhatian aku, rakan² sekerja aku yang lain mmg jenis banyak cakap, wat jokes, usik-mengusik, kira mmg jenis huuu-haaa huu-haaa lah orangnye. tapi berlainan sekali dengan mr e, aku tgk dia punyai personaliti yg sangat² berbeza. bercakap apabila perlu sahaja, begitu tekun dan asyik sekali membuat kerja. kebetulan, pc yg aku gunakan waktu tu bersebelahan dengan pc yang dia gunakan. aku yg kengkonon peramah-tamah (sebab orang baru, takut dikatakan sombong pulak) selalu lah tegur² dia, saje kacau² dia. tapi takde niat lain. kecuali sebab aku tengok dia seperti seorang yang agak pelik. pelik sebab ape? aku tgk dia ni kan tekun wat keje, hal sekeliling dia mcm tak amik tau, tp sebenarnye dia LEBIH dari tau..!! tu yg aku pelik tu?

bab kacau mengacau ni lah yg akhirnya membawa kepada keluar makan². aku mmg selalu kacau² dia, "bila nk belanja makan?"..tapi mmg betul² bukan lahir dari hati. sekadar cakap² mulut aje. dan pada aku, kalau pun betul dia nk belanja aku makan, tak salah pun sebagai kawan sekerja kan. kalau budak lain nk belanja aku makan, aku pun okie aje. makan bebbbb..rezeki jangan ditolak..hehehehe ;)

sehinggalah pada suatu hari, dia betul² ajak aku keluar makan! aku yg mmg tak kisah mcm yg aku cakap td, oraitt jek. kawan kann, ape salahnye. kitorang keluar berdua lepas keje. mr e belanja makan pizza hut. dah lepas makan tu pun aku biasa² aje.. tapi berlainan pulak dengan mr e. sejak keluar makan berdua tu, sms² dia dah mula mcm 'lain'. tapi aku yg tak terasa ape² ni masih tak faham. yelah, sebab aku mmg takde fikir ape².zero.

tapi mr e mmg rajin sms aku. malam kalau lepas balik kerja tu, berbalas² sms sampai aku tertido². alah, sms biasa² jek, tanye dah makan belum, tgh watpe..dan kdg² mr e anta sms lawak. paling aku tak tahan, dia sms aku dia bantai ckp omputeh!! sampaikan aku nk balas pun aku kena rujuk kamus tau (mr e tak tau sampai sekarang..HAHAHA) hampeh betul. nasib baik lah sms, kalau dia call cakap omputeh, mau berterabur sume grammar past tense present tense future tense aku..ekekekeke

akibat kekerapan berbalas sms, famili aku pun pelik ah kan.. asyik tanye, "ade ape² ke?".. dan setiap kali pertanyaan itu diajukan, aku mesti menafikan. seriously, mmg aku takde rasa ape². sekelumit pun takde. lagipun masa tu aku masih berkawan dengan seseorang; tapi hubungan itu tak berapa pasti. yang aku tau, aku masih mengharapkan hubungan yang tak pasti itu.

aku mmg anggap mr e KAWAN. tak lebih dari itu. sebab hati aku tak boleh dipaksa². aku takde perasaan pada dia, means tak adelah. sampaikan aku merasa tertekan masa tu sebab asyik diasak persoalan tentang hubungan dengan dia bertubi². famili aku nk berkenalan lebih rapat dengan mr e, tp aku tak izinkan. sebab aku mmg tak ade perasaan dengan dia. bagi melepaskan perasaan tertekan, biasanya lepas balik kerja aku akan pergi ke kuburan menziarahi pusara arwah abah aku. sedekahkan al-fatihah, membaca yasin dan menangis teresak² disitu. sungguh aku buntu.

berlainan pula dengan mr e. sejak keluar makan kat pizza hut tu, dia mmg dah anggap aku lebih dari kawan. sehinggakan aku beritahu dia aku nk ke kenduri kahwin dengan rakan sekolah lelaki aku dia menjadi begitu marah. dia menjadi tak tentu arah bile aku beritahu aku nk ke kenduri kahwin tu berdua sahaja dengan rakan aku tu. dia seperti orang yang hilang arah, pusing satu bandar tapi tak ade tujuan-berdasarkan apa yg diceritakan sendiri oleh mr e pada aku (abiskan minyak je). aku yg masih BLUR waktu tu, terfikir².. aik? apesal lak mamat ni cenggini? apesal lak dia nk marah aku nk kuar ngn kawan aku? dia kawan aku, kawan laki aku tu pun kawan aku..so whats the matter?

sementara tu perhubungan yang aku nantikan itu menjadi semakin hambar. aku membuat solat istikharah supaya mendapat petunjuk halatuju perhubungan yang aku harapkan tu. aku bukan buat sekali sahaja, tapi berkali² untk mendapatkan jawapan yang pasti. tapi jawapan daripada solat itu adalah sesuatu yg tidak disangka sama sekali. aku mendapat petunjuk itu di dalam mimpi. dan di dalam mimpi itu, bayangan yang tergambar adalah mr e!!! mmg sungguh di luar dugaan. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

dan sejak mendapat jawapan petunjuk itu, hati aku terbuka sedikit demi sedikit untuk menerima mr e sehingga akhirnya mmg betul² terbuka untuk mr e aje, dah takde ruang lagi dah. FULL. bermulalah episod perhubungan dua hala kami (selama ni satu hala jek, sbb mr e sorang jek yg ade perasaan, aku takde..hihihi)

indahnye perhubungan, bukan bermaksud tiada cabaran. sedang asyik menjalin perhubungan dan merancang untuk membina ikatan, di sinilah datangnya dugaan. satu demi satu yang tampil mendakwa dialah teman istimewa mr e. bukan seorang dua yang aku dengar, tapi RAMAI..!! peringkat ini, aku tak perlu penjelasan dari banyak mulut, aku perlukan penjelasan dari mr e sahaja. selepas mendengar penerangan mr e, aku faham, dan yesss..kami mengambil kata sepakat untuk masuk ke fasa pertunangan.

setahun lebih menjadi tunangan, akhirnya kami diijabkabulkan. dalam tempoh bertunang tu dugaan pun banyak yg datang. antaranya aku dirisik oleh seorang cikgu. tapi alhamdulillah..jodoh kami kuat. walaupun pada mulanya aku tak suka, akhirnya dia lah 'sesuatu' ciptaan Allah yang aku suka sekarang ni. sesungguhnya ketentuan Allah itu lebih sempurna daripada perancangan manusia itu sendiri. manusia hanya merancang, Allah menentukan..

dan kini, aku amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana ditemukan dengan seorang yang sgt² mencintai, menyayangi, memanjai, memahami dan menerima diri aku seadanya. tidak pernah sekali dia mengangkat tangan, tidak pernah menengking dengan suara yang keras walaupun ketika dalam keadaan marah. aku sangat² bahagia dengan perkahwinan ini.


Yayang, ayang LOVE U so much. menggebu² dalam hati. terima kasih kerana menjadi suami ayang dan sudi memperisterikan ayang. walaupun banyak kelemahan dalam diri ayang, tapi abanglah pelengkap kepada kekurangannya. thank you so much my dear. happy anniversary #2..


mrs e

4 comments:

¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

hepi anniversary..
semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat..dimurahkan rezeki..panjang umur..ok
:D

DYLA said...

sonoknya naja bercinta berkahwin nagn teman sepejabat!

kalau dyla suka sgt. heheh. mesti mr e ni romantika d amor.. sbb kemain lg meng SMS naja sampai naja jatuh hati.

mrs e said...

yana;
thanksss..

dyla;
ahak ahakk..bocor rahsia kisah percintaan ari neh ;p

ija said...

tahniah naja..semoga naja dan suami sentiasa berbahagia hingga ke syurga dan semoga apa yg naja dan suami hajati dimakbulkan tuhan..aminnn