kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, July 22, 2009

Aku Pelik

|
Aku pelik;
Dia tak mahu sembahyang, tapi boleh pula masuk surau hanya untuk tidur?

Aku pelik;
Dia tak mahu puasa, tapi sibuk sakan nak beraya

Aku pelik;
Dia hanya sembahyang pada bulan puasa, 11 bulan yang lain bagaimana?

Aku pelik;
Dia tak mahu bayar hutang puasa, tapi bila orang puasa sebab bayar hutang dia sibuk bertanya

Aku pelik;
Dia sibuk jaga tepi kain orang yang dikatakan koyak, tapi tak sedar tepi kainnya sendiri dah rabak

Aku pelik;
Dia bermegah dia paling up to date, tapi kenapa fesyen terbaru dia tak tahu?

Aku pelik;
Dia mengatakan dia orang yang branded, tapi barang branded dia tak pernah dengar?

Aku pelik;
Dia suka mencela kekurangan orang, tapi tak sedarkah dirimu itu juga tidak sesempurna mana

Aku pelik;
Dia sering mengatakan dirinya yang terbaik, tidakkah dia sedar yang terbaik tiada tolok bandingnya itu hanya Allah swt sahaja?

Aku pelik;
ADANYA MANUSIA SEBEGINI


p/s : macam² ragam manusia




mrs e

7 comments:

aRe_uDear said...

tue la manusia namenyer.. bnyak org bnyak ler ragam nyer..

puterikurekure said...

biasala tu naja. manusia...nak yang senang2 je.

:)

mrs e said...

are_udear;
tulah kan..mcm² pe'el

puterikurekure;
tul tu intan. sume nk yg senang..huhu~

Ms ALiN-D said...

begitulah kehidupan spesis bernama manusia..:D
mrs e..johor kat mana tu?

noorulaz said...

No 1 --> No 5, sangat ramai manusia yg mcm ni yg saya dah jumpa.. ish3x

isya said...

ish ish, baca tajuk, ingatkn naja ni kategori 'pelik'..hehe

mmg manusia mcm2 ragam..hmmm..

NoRT said...

aku x pelik pelik... dia kata dia mat branded! tapi bli kasut nike kat ekspo je! hahaha...
aku tak pelik...dia kutuk orang muka mamat tu x ensem... padahal muka dia sdiri cam tongkang pecah! ada ati ngata org!!! huahuahua... jom kita gelakkan sorang mamat ni!!!! mcm best je dia tuh!!! bingai toi!