kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Thursday, July 30, 2009

Terkenang Semasa Dulu II

|
Sinambungan dari entry ni..

Bila baca entry semalam, mungkin ade yang berkata² "amboiiii..mahalnye jam mak dia.." ataupun "alah..murahhh jek tu.."

tapi, bagi aku; mahal atau murah bukan lagi ukuran. yang penting, mak aku gembira. Ada sebab mengapa aku berkata begini..

Dulu, kehidupan mmg agak susah. Mak & arwah abah aku menoreh getah. Paling aku ingat, diorang amik upah menoreh kat kebun cina belakang umah b4 pokok² getah tu nk ditebang. Memang lah dekat bebenau kebun tu dgn umah, sampaikan wawa bukak radio pun mak aku yang kat belakang tgh noreh pun boleh dengar..

Pagi² lagi diorang dah pegi menoreh. Kekadang terus amik getah beku. Peristiwa yang paling aku ingat sampai sekarang, jari kelingking mak yang terputus hujungnya sebab terkena tong getah beku tu.. korang leh bayangkan tak? camne nak explain ek?

Gini... jalan keluar dari kebun tu dah lekuk².. ade yg berlekuk dalam sangat.. so, bila dah masukkan getah beku tu dalam tong yang diikat kat belakang moto, mak aku tolong arwah abah aku tolak motonye kalau dah termasuk kat tempat berlekuk tu. Ade satu lekuk tu mmg lah dalam, bile mak aku tolong tolak², moto tu tetap tak lepas kuar dari situ. Sekali tu mak aku tolonglah naik kan karia moto tu, biar boleh jalan motonye. Rupe² nya tong getah beku tu mcm nk melantun n pastu bergerak balik pada kedudukan asal dan dah terpotong jari kelingking mak aku kat situ. Tong getah beku tu kan berat yang hamatttt.. mmg lah zaaaaaassss aje sampaikan mula² tu mak aku tak terasa sakitnya..

sekali dah lama baru mak aku perasan, jari dia dah berdarah². masa mula² kena kan mcm dah kebas, tu yang tak perasan tuh.

Darah mmg banyak yang kuar. siannnnn sangat tgk mak aku masa tu. dah la yang kena tu kat tangan kanan. Dah susah sangat tgk kan dia nk makan.. T___________T Lama jugak baru tangan mak aku tu nk sembuh. Bile dah sembuh, jari kelingking tu dah tak sama mcm jari² yang lain yang kurus² belaka. jari kelingking mak aku tu terus bengkok kat hujungnya..

Kesiannnn betul mak aku. Itulah namanya pengorbanan seorang ibu. Sebab tu bila sekarang ni, kalau boleh kitorang nk bermewah² untuk emak. Apa yang emak hajati, sebolehnya kami penuhi.

Sebenarnya dah lama emak teringin nak pakai jam mcm tu.. yang berwarna keemasan, banyak batu berkelipan dan nmpak mcm gelang. Sebelum² ni, wawa dah ada belikan yang lebih kurang mcm tu juga, cuma batunye yang kurang sedikit.

Pada pendapat kami adik beradik, biarlah emak mengecapi kesenangan hidup di waktu² sekarang. Sementara kami boleh dan masih punya waktu bersama emak. Kekadang, bila aku fikir², kesiannnnnn gak kat arwah abah. belum betul² sangat merasa sedikit bermewah, dia dah dijemput dulu menemui Penciptanya. tak apelah, sekurang² nye, dengan membahagiakan emak, dapat jugalah kami melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak :D


p/s : jam emak tu wawa yang belikan, handbag tu kak cha yang belikan; masa diorang jalan g alamanda ari tuh



mrs e

4 comments:

DYLA said...

sedih la naja, baca citer naja..

rasenya smua anak2 nak buat parent dia gembira.

tp yg penting, mak naja bertuah dpt anak2 mcm adikbradik naja..

puterikurekure said...

naja, pedulikan kata2 org.

baik hati korang adik beradik. ingat jasa mak ayah. bagus tauuu!!!
:)

mrs e said...

dyla;
ye betul tuh.. mesti kita nk yang terbaik untuk mak abah kita, kan? sama jugak dengan pengharapan kita pada anak² [tapi naja lum de rezeki lagi] mesti nak terbaik untuk diorang juga kan..

kitaran hidup mmg begitu..

dulu, mak abah berusaha yang terbaik untuk anak²..

sekarang tiba masa kita balas budi baik diorang..

SEMENTARA MEREKA MASIH ADA..
gunalah peluang sebaik²nya!


puterikurekure;
tul tu intan, kalau nk dgr kata org mmg sakit hati jek

yang penting, kita tulus ikhlas nk membahagiakan mereka..

itu sudah memadai ;)

isya said...

ye..harusla kita gembirakn org tua kita kn sementara diorang lg ada..

isya pun bkn dr org senang, bila baca entry teringat kesusahan mak bpk isya dulu..hmm..