kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Saturday, August 15, 2009

Penting!!! [Makluman Untuk Semua]

|
>>>Doa Elak Selsema Babi SESAT!

Aku dapat emel doa ini yang diforwardkan kepada aku. Dan beberapa hari selepas itu juga dapat emel ini [aku petik beberapa ayatnya di sini] :



Saya yang berkongsikan di isuhangat semalam setelah mendapat email dari pihak atasan tempat saya bekerja dan tidak menyangka sama-sekali ia adalah doa palsu sehingga mendapat email dari saudari Yana.

Saya telah remove fail tersebut dan kepada yang mendownloadnya semalam jangan diamalkan doa yang diragui itu dan jangan diforwardkan kepada kenalan lain.

Doa tersebut seperti bukan doa kepada Allah tetapi dipohon kepada manusia . Islam hanya membenarkan memohon kepada Allah sahaja dan bukan sesama makhluk.

Tidak pasti Ustaz Thalut @ Muhammad Adeeb b. Sakiran adalah sememangnya staff JAIS atau tidak. No handphone yang tertera apabila dipanggil tidak berjawab.

Difahamkan doa tersebut sudah banyak tersebar di internet dan diforward melalui email ke email ibarat email berantai.


petikan daripada isuhangat

p/s : Kepada kita yang suka memforward emel ini, baca dgn teliti dan pastikan kesahihannya dahulu sebelum membuat keputusan untuk menyebarkannya pula kepada rakan² yang lain..Takut² nanti dapat dosa 'kering' lak tak pasal² ;p


Wallahualam..


mrs e

4 comments:

isya said...

ish mcm2 la..

DYLA said...

ooo ada dyla dpt doa ni. padan la masa baca rase pelik je..

NoRT said...

adeh! ade gak camtuh

Tulip said...

ic...doa sesat ker? patutla masa baca rasa lain mcm saja...sib baik tak amalkan...

thanks ya for the info..

tgcare dear ;)