kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Friday, September 11, 2009

10 Malam terakhir Ramadhan - Mengapa Doa Tak Dimakbulkan

|
1. Kamu mengenal Allah, namun tidak menunaikan hak-hakNya. (kenal bukan hanya setakat gantung khat cantik2)

2. Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak mau mengamalkan isinya. (Quran bukan setakat utk dibaca sedap2, tapi kena amal gak)

3. Kamu mengakui bahwa iblis adalah musuh yang sangat nyata, namun dengan suka hati kamu mengikuti jejak dan perintahnya. (berpuasa memang elok. Lebih elok lagi berpuasa dan bertudung)

4. Kamu mengaku mencintai Rasulullah, tetapi kamu suka meninggalkan ajaran dan sunnahnya. (sunnah Rasulullah bukan setakat kahwin lebih daripada 1, tetapi ada banyak lagi)

5. Kamu sangat menginginkan syurga, tapi kamu tak pernah melakukan amalan ahli syurga. (disko, pub… semua tu bukan syurga tapi tipu helah dunia)

6. Kamu takut dimasukkan ke dalam neraka, namun kamu dengan senangnya sibuk dengan perbuatan ahli neraka. (puasa pun puasa, makan riba pun makan riba juge… tak sesuai tu)

7. Kamu mengaku bahwa kematian pasti datang, namun tidak pernah mempersiapkan bekal untuk menghadapinya. (amalan bukan setakat masa bulan puasa… bulan lain pun dapat pahala)

8. Kamu sibuk mencari aib orang lain dan melupakan cacat dan kekurangan kamu sendiri. (sebelum tengok orang lain, tengok cermin dulu)

9. Kamu setiap hari memakan rezeki Allah, tapi kamu lupa mensyukuri nikmat-Nya. (puasa bagai nak rak, tapi lepas tu, bukak puasa kat restoran yang tak pasti halal. Bukanke rugi puasa kita?)

10. Kamu sering menghantar jenazah ke kubur, tapi tidak pernah menyedari bahawa kamu akan mengalami hal yang serupa. (dunia kata pergi, kubur kata mari)



mrs e

5 comments:

puterikurekure said...

insaf...
:)

mrs e said...

puterikurekure;
:)

berilmu & beramal

E said...

tazkirah hari jumaat

intan izani said...

moga amal kita diterima..

salam ramadhan,
salam kenal....

;)

isya said...

bagus ni..