kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Sunday, September 13, 2009

Jom Shopping

|
Aku plan ari ni nak keluar. Takdelah ke mana pun, maybe sekitar bandar Melaka. Tu pun tak tau lagi, kat mana yang akan aku menyinggah, sama ada 1 tempat aje ke atau jadi 2-3 tempat. Tempat² tu samada Jusco, Mahkota Parade atau Dataran Pahlawan atau ketiga² tempat tu sekali aku pegi. Semua bergantung kepada barang² yang aku nk cari;

  • kasut raya aku
  • sandal mr e
  • suar slack mr e
  • 'ehem²' aku
  • butang baju melayu mr e
  • kemeja mr e

Tak taulah samada semua yang tersenarai tu dapat aku beli atau terlebih pulak daripada senarai kat atas tu. Tapi aku akan ingatkan diri aku, supaya tak over berbelanja. Duit kan macam air. Tak sedar² kang, mengalir macam tu aje.

Ohhhh ya, fifi pun ikut aku sekali. Dia pun nak cari kasut raya jugak. Berbuka ari ni pun tak tau kat mana. Kalau sempat, berbuka kat umah. Kalau tak sempat, kitorang berbuka kat luar sebab b4 kuar nanti mr e nk meracun sekeliling umah dulu.. Yelah, dah nak raya kannnnn.. Kang semak lak umah time raya² nanti..

p/s : pagi ni nanti akan ade lawatan ke kedai 'blink-blink' sebab mak aku nk tukar bracelet nya.. Aku sebagai pengiring peribadinya, harus escort..!!! Cuci² mata pun jadik lah ;p HEHEHEHE



mrs e

2 comments:

DYLA said...

naja,
ehem2 raya pun ada yer? hehehe..

mintak je mak naja blink2 satu.

td dyla dah dpt kasut & handbag raya. huhu

mrs e said...

hehehehe...

dyla, tu masuk dalam list sekali..sebab dah lama tak beli ehem².. ;p

nak mintak mak naja blink² tu? huhu, tak berani la naja..emas seurat je pun mau makan 6-7 ratus.. mahal gile emas sekarang nih..

waaaaahh..dah dapat ape yg diidamkan yer.. naja pun dah beli kasut dah td.. kuar tghari, ni baru balik..penat nyerrrrr...