kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, September 1, 2009

Nasihat Terbuka Untukmu

|
Untuk seseorang yang kukenal; yang ku anggap adik

Serius! Mengucap panjang bila akak dapat tahu tentang cerita ini. Meremang bulu roma bila mendengarnya. Tak sangka perkahwinan yang baru dibina, sudah ade pergolakan di dalamnya. Riak permukaan yang akak sangkakan tenang, rupa² nya bergelodak di dasarnya.

Jangan ditanya dari mana akak dapat tahu semua ini. Ianya daripada sumber yang sahih lagi nyata. Yang penting, akak memang tidak menyangka sama sekali kau sanggup berbuat begitu. Menduakan suamimu yang kau pilih sendiri dahulu.

Masih akak ingat, gilang gemilangnya majlis perkahwinan kamu berdua. Ramai yang datang memeriahkan & mendoakan kebahagiaanmu. Tak terkira jerih perih ibu ayah, sanak saudara, oarang kampung dalam menjayakan majlis besarmu. Tidak mungkin kamu mahu melenyapkan ia dengan sekelip mata? Tidakkah kamu kasihan kepada mereka?

Di mana penilaian warasmu, dik? Bukankah dia suamimu yang kau cinta dulu? Yang sentiasa memahami episod suka duka kehidupanmu? Sentiasa menjadi kayu penyokong kepada kegagalanmu? Lupakah kau dia juga sanggup berkorban keranamu?

Teganya kau menuntut 'sesuatu' yang bukan dipunyai oleh kamu. 'Sesuatu' itu milik suamimu. Bergegar tiang 'Arasy apabila kau memintanya dik. Ingatlah, syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suami. Jangan lah kau sekali² mendustai suamimu.

Jangan kerana orang ketiga yang hadir terkemudian di antara kamu suami isteri, maka kamu telah menolak sejauh² nye suamimu pergi. MasyaAllah, berdosa besar dik..! Sedangkan kamu pun baru sahaja mengenali orang ketiga itu, kamu pun tidak pasti sejauh mana kejujurannya, bukan?

Benar, mungkin usiamu yang masih muda yang mungkin kamu jadikan alasan ketidak matangan dalam membuat pilihan. Tapi, tidakkah kau meminta pertolongan dari Yang Maha Esa dahulu sebelum kau berkeputusan mengahwininya? Ingat, jodoh, ajal maut & rezeki itu ketentuan Tuhan. Kita tak berdaya melawan takdirnya dik..

Nasihat akak, terimalah suamimu seadanya. Terimalah segala baik buruknya. Terimalah segala kekurangan dan kelebihannya. Kerana kita juga tidaklah sesempurna mana. Dan diantara baik buruk, kekurangan dan kelebihan kita itulah yang menjadikan kita suami isteri saling melengkapi di antara satu sama lain.

Jangan ikutkan kata hati, nanti kita mati. Jangan ikutkan rasa, nanti kita binasa. Sebaliknya, baliklah kamu kepada dasarnya, kepada Allah yang satu; kerana kamu sudah tersasar jauh dik.. Sujudlah kepadanNya, kerana hanya kepadaNya kita meminta pertolongan. Ingat, Allah sentiasa ada bersama kita.

Jika ada perkara yang tak terluah antara kamu berdua, bawalah duduk berbincang. Pergilah ke tempat yang tenang, yang mana kamu berdua boleh berbicara dari hati ke hati. InsyaAllah, semuanya boleh diselesaikan.

Jangan mengejar sesuatu yang tak pasti, kerana kita tak tau apa yang terjadi kemudian nanti. Hargailah apa yang kita ada, kerana dihujungnya pasti ada kebahagiaannya.

Akak takut dik, terlalu takutttt. Takut jika kau meneruskan untuk mengikut kata hati, kau yang akan menyesal kemudian hari nanti.. Saat itu, menyesal pun sudah tak berguna lagi..

Jangan mengharap untuk menggapai bintang di langit, seandainya kaki masih memijak bumi. Jangan mengaharap pada sesuatu yang tak pasti, andai diri masih terikat dengan ikatan suci.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.


Baca & terimalah nasihat akak ini dengan hati terbuka.
Moga kamu mendapat petunjuk daripadaNya


p/s : kamu tahu kamu siapa yang akak maksudkan..



Ikhlas dari akak;
mrs e

5 comments:

isya said...

btul tu.. harap2 'adik' dgr la nasihat dr seorg kakak..

isya kalo dgr benda mcm ni pun meremang bulu roma, mintak2 dijauhkn..

mrs e said...

isya;
harapnya dia dapat terima nasihat ini dengan hati terbuka..

aminnnn..

puterikurekure said...

naja!
huhuhu~ risaunya la hai.
adik, ikut nasihat akak ye.

betul tu naja, orang ketiga tu baru je dia kenal. tak sepatutnya bertindak melulu macam ni skali.
kite doakan semoga adik dapat petunjuk yang betul.

mrs e said...

puterikurekure;
ye..betul tu intan.. sama² kita berdoa yang terbaik untuk dia.. :)

leadleedeea said...

hurm....lead pon ader jugak member yg macam neh..sebijik~! harap2 dia insaf laaa yek..baca entry neh bleh laaa nasihat member lead tu skit2..thanx~!!