kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Friday, October 23, 2009

80 Sen

|
Ade sesapa yang penah makan untuk lunch hanya bayar 80 sen? Aku pernah.

Semalam, aku makan kat kantin. Amik nasi putih, sepasang kaki ayam [heh, cam lawak je ayat ni..ahahahahaha] dan 1/4 kentang. Tambah kuah sayur bayam sket - kuah sahaja, aku tak suka makan bayam, cuma perlu bayar 80 sennnnnnnnnnnn. Murah kan?

Aku memangggg tak cerewet bab makanan. Asalkan dapat mengalas perut daripada lapar, itu sudah memadai. Tak perlu sume nk kena ade complete seperti lauk dan sayur baru nak makan. Kadang² nasi putih dengan ikan goreng sahaja pun sudah cukup menyelerakan.

Kadang², kalau terlampau fikir pasal makan, sampai tak tau nak makan ape. Pernah satu ketika, aku n mr e hari² waktu lunch makan kat luar kilang. Tapi boring, balik² warung yang sama, menu yang sama. Dah takde pilihan. Sebab tu sekarang makan je kat kantin...Konsep aku senang je, makan ape yang ade. So, kalau dalam banyak² lauk, lauk tu je yg aku berkenan, itu lah yang aku makan. Sempoi kan? 

Oh, tentu ade yang tertanya² murah betul 80 sen itu kan kan kan kan. Sebenarnya beras yang orang kantin masak tu beras subsidi oleh kilang tempat keje aku. Kira dia cuma amik upah cuci n masak beras tu jelah. Lauk pulak, kalau kaki ayam etc tu memang dia kira murah². Sebab tu aku kena 80 sen jeeeeeeee.. :D

p/s : kalau tetiap hari cuma kena 80 sen jek, cepat naik haji lah aku hahahahahaha :D



mrs e

3 comments:

noorulaz said...

Haha.. penah makan nasik lemak 20sen? Kat Baling still ada sampai skarang. Makan 3 bungkus dah kenyang tahap gaban..

isya said...

hoho...
ok la tu naja tak cerewet pasal makanan.. ;p

mama | sarah | syimir said...

wahhh mmmg betul2 murah bangat tu ma.. :).