kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Thursday, October 15, 2009

Listing

|
Masih citer pasal makan. Hoih, banyak betul keinginan aku akhir² nih. Buruk lantak ke apeeee?

  • Mee Tomyam @ Secret Recipe & Ice Blended Choc
  • Kuey Tiaw Goreng Mak June - dah dapat makan dah selasa ari tu..cedappp
  • Pizza Hut
  • KFC @ Bukit Gambir
  • Marrybrown @ Bukit Gambir

Aiseh, ade yang aku terlupa pulak. Time nak menaip ni la sume nya terbang. Padahal ari tu banyak bukan main. Siap mr e suh aku tuliskan listing tu kat dia sebab tak sanggup nak dengar banyak sangat permintaan aku agaknya. HAHAHAHA..

Kuey Tiaw Mak June tu memang sedap terbaik la uols. Dah le tak lokek rencah & isi daging n udang besar tu semua, pastu murah lak tuh. Sepinggan cuma RM 2.50 je uols. Memang sentak perut kalau makan sepinggan tu sebab banyak..

Oh ya, kenapa aku list kan dua terakhir tu kat Bukit Gambir? Alkisah, KFC & Marrybrown tu baru jek wat pembukaan kat Bukit Gambir baru² nih. So, walaupun aku tak berapa nak minat sangat nak makan, tapi disebabkan baru bukak kat tempat aku, harussss lah aku jejakkan kaki aku ke sana. Walaupun hanya untuk makan fries n minum sajer.. Lagi pulak, aku ade beberapa keping kupon diskaun untuk makan kat Marrybrown tuh. Rugii rugiii kalo tak pegi =)

So, itu jelah listing yang boleh aku ingat setakat ni yang aku nak makan. Nanti kalau ade yang aku dah ingat balik, aku top up jek kat listing bawah tu.

p/s : mr e, sila alert ya dengan selera wife mu ini..kih kih kih kih



mrs e

2 comments:

mama | sarah | syimir said...

dah bukak ye kfc & mb kat bg tu ma?

mrs e said...

zi;

KFC-coming soon..dah dekat sangat lah tu nk bukak

Mbrown-dah bukak dah beberapa minggu yang lepas, tp tak berkesempatan nak pegi lagi..hiks