kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, October 14, 2009

Makan Dengan Jayanya

|
Haih. Malam ni mulut aku terasa nk makan macam². Kalau boleh rasa nk masuk sume dalam mulut. Tapi ikut selera dan citarasa. Mana yang tak menepati piawaian tekak aku, kena tolak tepi.

Tadi, lepas kul 8 selepas solat isya', aku, mak aku n mr e makan nasi. Pas makan nasi, terasa² nak mengunyah lagi. Decide menggoreng daging beger selepas makan. Ambik 4 keping jek, sebab takut tak habis. Dua dimakan oleh mr e dan dua lagi dimakan oleh aku.

Tapi mulut tak berhenti rasa nak mengunyah lagi. Tengok² stok kat dapur ape yang ada. Wuiiii..macam² jenis maggi ade, tapi aku dah terpandang kan maggi goreng mee sedap. Sedap ke tak sedap, baru ni aku nak cuba.

Goreng maggi sedap tuh, campur kan perisa tambahan iaitu cili potong. Disebabkan perisa untuk maggi goreng sedap tu adalah perisa asli, kena lah aku tambah cili sendiri untuk rasa pedas sket. Kalo tak, sure memang tak sedap rasanya sesedap namanya.

Sambil makan maggi goreng, aku hirup² teh o panas² berasap..  Fuhhh, memang sedap..!! :D

Oh ya, kenapa pulak dalam banyak² stok maggi yang bermacam² jenama tu aku amik maggi goreng mee sedap? Itu adalah kerana iklan yang berjaya mempengaruhi aku. Sebenarnya tak ingat pun iklan tu pada mulanya, tapi bile dah terpandang maggi sedap tu, terus teringat. Korang ade tak tgk iklan dia kat dalam tibi tuh? Alaaaa.. konon² nya yang warga indonesia bekerja kat Malaysia pastu balik bercuti raya ke kampung halaman yang permai siap bawak bekalan stok maggi untuk keluarga kat Indonesia? Haaaa..yang tulah. Siap satu keluarga sume pakat² makan maggi di pagi raya..AHAHAHAHA. Lawak, lawak.. Memacam lah iklan ni kan.

Sori. Dah terlari topik. Balik pada citer kite tadi.

Pas dah makan maggi tu, walaupun rasanya yang biasa² jek, terus stop selera aku. Sebab dah takde lagi benda yang sedap di makan. HEHEHEHEHE

Itu pun, kalau ade stok buah dalam peti ais, dah lama masuk mulut aku ni haaa.. Teringat lak kuah rojak Mak Bee yang sedap itu kalau di makan dengan buah.. Nyummyyyy..


Upssss... ;)



mrs e

0 comments: