kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Saturday, October 10, 2009

Merasai Akibatnya

|
Tengahari tadi memang cuaca panas terik. Aku lepas makan tengahari berlaukkan ikan goreng, sambal goreng dan sup ayam+sambal kicap. Menikmati makanan ketika semuanya masih panas². Nak lagi hirup² kuah sup tu, perghhhh.. Memang sedap!!

Lepas makan, tekak terasa sangat nak minum ais. Aku memang ade alah sikit minum milo-o-ais buatan sendiri. Tah kenapa, kalau buatan sendiri, nanti aku mesti mengalami sebu perut atau perut meragam rasa tak selesa. Kalo minum kat kedai takde pulak? Felik haku. Tapi disebabkan nafsu punya pasal, aku buat² lupa dan ketepikan itu semua.

Nah, sekarang rasakan. Perut aku dah mula meragam. Janganlah sampai sebu perut aku pula hendaknya. Hermpphhhh...



mrs e

0 comments: