kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, October 14, 2009

Ringtone

|
Haih.

Aku sangat pening kepala nak cari lagu ape untuk ringtone hp aku. Dulu before bulan puasa, aku mmg guna ayat² cinta untuk ringtone hp aku. Pastu masuk bulan puasa, aku tukar ke lagu raya. Biasalah kan, mesti nak naikkan mood untuk raya maaaa.. Eheh.

Tapi, dekat² nak raya ari tu, akak 1 dept aku tu baru tukar hp. Teringin sangat nak pakai hp SE. Oklah, walaupun takde memory card, bolehlah jugakkk daripada takde. Eceh. Aku ni cakap berlagak macam le aku ni pun pakai hp canggih manggih. Padahal henpon cikai aje..Uhuksss.

Nak dijadikan cerita, dia nak sangat lagu ayat² cinta tu. Aku yang budiman lagi RUPAWAN ni pun send le kat dia via bluetooth. Kasi can lah kannn..Hiks. Akak tu pun gunakan sebaik mungkin, set sebagai lagu sms dia, sampaikan sanggup bukak sms lambat² sebab kan nak dengar lagu tu dulu. Hoih.

Masalahnya sekarang dekat aku. Dah tak tau nak set lagu ape dah. Takkan nak guna lagu sama kut? Surf kat web pulak, aku memang tak tau lagu ape yang best yang terkini. Pastu aku set guna default ringtone pulak, tapi sama lah pulak ngan member keje aku yang lain.

Korang beritau lah aku, ape lagu yang best weeiiiii..Mesti lagu hp korang lagi hebat, kan? Maklumlah, henpon sume canggih manggih punye, leh wireless masuk fB lagik.. ;)


p/s : kejamkah aku kalo wat dunno guna ringtone yang sama? Kira, sape pakai dululah kan. Sebab before tu aku guna dulu.. Nasiblah kannnnn..HAHAHAHA



mrs e

2 comments:

mama | sarah | syimir said...

muahaahaaa...ma...pki vibrate je...takyah pk ringtone..kuikuikui...

DYLA said...

dyla pakai ringtone lagu love story -taylor swift