kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Monday, November 30, 2009

0

|
Entah kenapa, setiap kali masuk keje, aku rasa

K.
O.
S.
O.
N.
G.

Tak tau nak luahkan macamana perasaan aku tu. Buat keje pun takde perasaan. Jiwa kosong. Hmmmphh.. aku rasa nak luahkan kat sini pun tapi tak tau nak tulis ape.. Huhuhuhu


p/s : Doakan aku agar semuanya baik² sahaja. Dan doakan aku sukses ye kawan²!




mrs e
Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha

|
Just a short note, nak ucap pada rakan-taulan semua selamat hari raya aidiladha..Tentu ramai yang ade program masing² kan raya haji ni? Walau ape pun program korang n ke mana pun korang beraya, aku cuma nk ingatkan

  1. Selamat bercuti
  2. Selamat berhati² di jalan raya
  3. Selamat makan ketupat rendang.. hehehe
  4. Selamat berkorban... [ape yang korang korbankan haaaaaaaa]

Dah. Itu aje.. Bye bye byeeeeeeeeee :)


p/s : buat kawan² aku yang parents g haji, selamat bersilat kat dapo yer sebab take over keja mak memasing.. hiksss





mrs e
Wednesday, November 25, 2009

Belated Birthday Wish

|
On 24th November


"Semoga emak panjang umur, diberikan kesihatan yang baik dan murah rezeki.. Selamat ulangtahun kelahiran, emak ku sayang.."






...No words can describe how much u're really meant to me-NN




mrs e
Tuesday, November 24, 2009

Sempattt!!!

|



 


 


 



Korang tengok jelah.. Dalam toilet pun sempat aku bergambar.. hik hik hik


p/s : korang tengoklah gambar aku puas², aku tau korang rindu aku kannnnnnnnn? ngeh ngeh ngeh :D




mrs e
Friday, November 20, 2009

Jenuh Menunggu

|
Last saturday ke imigresen melaka sebab wawa n mak aku nak wat passport. Aku memang suggest kat wawa dari ari tu kalo nak wat pasport, wat kat melaka sebab dapat siap dalam masa 2 jam. And aku dulu pun wat kat situ. Kalau buat kat muar, kena tunggu dalam seminggu baru siap..

Wawa ajak aku sebab dia tak berapa nak cam jalan ke sana kalau potong ikut jalan dalam tangkak-jasin-ayer keroh. So aku kena lah ade sama sebagai penunjuk jalan. Sekali sekala perasan jadi tour guide lah kejap.. Ecececececeh ;p

Jalan² situ memang aku ingat dan hafal. Mana tak ingat nye beb, situlah yang aku ulang alik dulu waktu berdating²an dengan mr e. Sini mana ade lagi tempat yang lagi best nak pegi pun kan.. So memang aku banyak menghala ke sana lah kalau kuar berdua.. hi hi hi

Gerak dari umah agak awal jugak, kul 8++, sekali ngan mr e nak gerak ke singapore. Sampai imigresen dalam kul 9.30. Amik borang, isi, sekali masa nak amik nombor giliran tu orang tu kata nak ic fotostat lah pulak.. Adusss, bengong betul. Kenapa lah tak cakap awal.. Dalam borang tu pun yang diakasi  takde cakap nak fotostat ic..

Maka beraturlah berbondong² kat kedai kecik tepi tuh nak memfotostat. Satu hal pulak, dah le ramai orang, boleh tak akak fotostat tu buat keje dengan lemah gemalai aka lembss yang hamat.. hanginnn jek aku..!!

Lastly, dapat no giliran dekat pukul 10. Masuk kat dalam, sekali punyalah ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii orang.. Hambekk kau.. Semua pun pakat² nak buat pasport nk ke oversea kah? Diorang ni tak takut ke ngan H1N1 tu? Penuh gilerrr orang.. Dah le kaunter yang bukak sikit jek, nama pun weekend kan..

So, nak tak nak, tunggu jelah. Bagai menunggu buah jambu yang tak gugur..


angka giliran mak aku 1158, wawa 1159


Dan cube korang tgk giliran yang dekat skrin atas tu
[klik imej untuk tumbesaran yang hebat]


Snap diri sendiri.. jangan tgk lubang hidungku yang chumell itu..
kah kah kah ohh pelisssss


Wawa dah buat muka boring


Mak & fifi yang tenang² saje :)


Tengoklah ramainya manusia di situ

Aku bajet² masa, dalam kul 11 setel dah sampai urusan pembayaran. Sekali overrun lak masanya. Giler punya lambat weyhhh.. Aku target, kalau dalam pukul 11 dah setel, memang boleh dapat passport tu pukul 1 la kan, kira ngam² ho lah dengan diorang yang nak tutup kedai pukul 1 tu sebab weekend diorang bukak ½ hari jek..

Nak tunggu nombor dipanggil untuk wat pembayaran pun dah lebih pukul 11, esok jelah jawabnye dapat passport tu. Sekali tu bila tengok kat resit pembayarn tu betul, dia dah cop supaya collect passport tu hari esok. So kitorang pun kuar dari situ.

Balik tu singgah ke jusco jap, makan McD. Then jalan² cuci mata kejap. Memang langsung takde beli ape² pun. Pecah rekod!!!

Pusing² jap, dah puas cuci mata, baru kitorang balik umah


p/s : jom becuti kat bandung.. jom jom jom.. [adik, ko bile lagi....muahahahahahahaha - gelak keji ;)]




mrs e
Thursday, November 19, 2009

Blogging Mood

|
Aku ade jek benda nak citer untuk kongsi ngan korang sume, tapi keMALASan pulak melanda. Ntah kenapa tah, malas betullllllllllllllllllllllllllllllllllll nak buat entri. Nak karang² ayat sume. Padahal, memana yang aku pegi, ape aktiviti yang aku buat [yang aku rasa nak share kat sini ngan korang] gigih giler weiii aku ngambek gambonyerrr.. Tapi bila dah sampai umah, nak pegang lappy pun macam nyampah.. hahahahahaha

Dalam pada tu, suka pulak aku nak baca entri korang. Tu yang bila nampak korang update jek terus laju je jari aku ni mengklik-klik haaaa.. Kalo tak nampak update dari korang pun, aku refresh gak bebanyak kali mana tau aku nye network mengong ke hape.. Dan seperti biasalah, aku Touch n Go jek blog korang.. Kata pun malas weiiiii.. Memang malas nak tinggal komen nak sign up bagai...

Ni pun update ala-ala mak enon ajer..[ceh, kenapa kah mak enon terbabit sama? Whyyyy aaaa?] Asal ado-ado gitu.. N thanks gak aku ucapkan pada korang, dalam pada malas nak update to follower aku dah bertambah ke 50 orang.. Ai lebiu all lahhhh.. muah muah muah

So, sekarang ni aku tengah amik mood nak berblog. Aku tengah tunggu aura tsunami berblog datang..

Till then, korang leh la berjalan ke blog kawan² yang lain dulu yer..

Tata-Titi-Tutu





mrs e
Tuesday, November 17, 2009

Melampau

|
Saat ini aku..

  1. bosan melampau
  2. ngantuk melampau
  3. nak tido melampau
  4. rasa nak balik melampau
  5. nak duk kat umah nak rehat² melampau
  6. nak cuti² melampau
  7. nak shopping melampau


errr.. shopping pun masuk sekali kah? Dah melampau-lampau aku merepek nih. Nak kena pelempang melampau agak nye.. KAHKAHKAHKAHENTRITAKADAMOTIF



mrs e
Sunday, November 15, 2009

Malam Ini Kita Berpisah

|
"...Malam ini kita berpisah,
Tinggal dinda ke-saorangan.."


Huhuhu.. Malam ni I tido takde partner youuu.. Mr e ke Singapore ade urusan sikit. Tinggallah aku sensorang dalam bilik atas katil ni. Selalu kalo mr e ada, siap gaduh² rebut space atas katil. Ko tolak ko, ko tolak ko.. ;p Tapi bila dia takde ni terasa lah pulak katil ni besau bebeno. Banyak nau space ni haaaaaaaaaaaa.. hik hik hik

Tapi takpe, kekadang tido conquer satu katil ni pun best ape. Boleh golek sana, golek sini.. Tido gaya bebas, kuak lentang, telangkup sume boleh.. hehehehe

Mr e pegi pun tak lama, bermalam kat sana satu malam, malam ni aje. Esok dah balik dah

Maknanya, malam esok aku dah ade teman. Dah boleh together² lawan dengkur sapa paling kuat  eh tak tak aku tipu je. Sebenarnya esok malam dah ade kawan nak lawan sape paling banyak rebut space atas katil lagi.. yahooooooooo :D


p/s : aku tido dulu k.. gud nite.. salam..




mrs e
Wednesday, November 11, 2009

Tidur Lena

|
Tadi lepas makan malam, aku terasa mulut nak mengunyah² makanan lagik. Tibe² teringat lah pulak beger kat depan 7-11 BG tuh.. Dapat seketul best jugak kannn..Bagus betul dapat memakan makanan yang begitu sihat(?) di malam² hari begini

Dengan penuh harapan di dada, maka aku pun meluahkan hasrat kepada suami tercinta. Dipersembahkan hajat untuk memakan beger ayam diiringi sekeping cheese bersoskan lada hitam. Maka sebagai seorang suami yang begitu prihatin dan sporting lagi bertanggungjawab memenuhi keperluan isteri kemanjaannya, dituruti kehendaknya lalu bergerak lah suami itu ke BG dengan sendirinya. Eceh. Ayat bukan main bunga² lagi ko ye. Kemain, macam karangan budak tingkatan lima yang menyusun ayat nak mengorat awek² jek..hahahahahaha

Abang, hati² yer.
Ok.

[Malas dah nak karang ayat bunga², ayat daun² ajelah yer.. hiks]

Sampai jek mr e kat rumah, aku makan beger tu sambil menikmati teh O panas.. Perghhhh.. memang layannn.. Tak lama lepas mr e duduk² tengok tv sambil temankan aku makan beger, kira² pukul 9.30 dia masuk ke bilik. Aku ingatkan dia nak check line internet sambil ngadap lappy.. Sekali bila aku naik, dah tidur rupanya..Aku keluar masuk bilik pun dia dah tak sedar.

Alololololo..siannyerrr hasben I nih. Penat agaknye, sebab dari tadi pagi macam² kerja yang dah dibuatnya. Hurmm.. Lena betul dia tidur. Dah le mata kanan belah dalam nye tu tibe² jek merah.. Sian betul I tengok tau.. Sayangku, chumel pulak I tengok you ni masa tidur. Macam baby-baby aje :) - Yang lain, sila skip ayat ini. Skip aku kata. Kalau taknak skip, tu korang punya suke. Kalu korang rasa loya² baca ayat tu, aku tak nak bertanggungjawab yer

Err.

*Yang kau ni tetiba ber I You ni kenapa? Kejap pulak ber aku. Krisis identiti ke ape? Blah sekarang.. HAHAHAHAHAAKUNIMENGARUTAJE


dia tidur dulu tinggalkan I.. sob sob sob


Oklah, sebab dah kena blah, I blah sekarang.. agagagagagagagaga
=P


p/s : selamat malam semua, I nak join my husband tido dah.. hehehehe




mrs e
Tuesday, November 10, 2009

Sekali Tersalah

|
Dalam aku mencari kawan² aku semula menggunakan fesbuk, sekali tersalah. AIK? Macamana boleh salah lak kan? Ahahahahahahaha.. Aku kan main agak² aje sebenarnya, aku taip nama kawan aku tu, then klik search. Berjujut lah nama yang sama berapa punya banyak yang keluar. Dah tu, ade yang takde gambar n kalau yang ade pun, letak kat profile pictures nya tu gambar lain² (bukan gambar diri sendiri).

Ade yang letak gambar anak², gambar lambang pasukan bolasepak yang dia minat pun ade! So, camne lah aku nk cam kan? Aku try² aje sent fren request tu, mana tau betul² kawan aku yang aku cari tu.

Bila dah di approve, barulah aku tau yang orang tu bukan kawan aku. Takkan lah aku nk reject balik ye tak. Dah tentu² aku yang mula² request, pastu nak reject lah pulak. Tak manislah bukan.

Untuk memujuk hati aku yang sedikit termalu² kucing tu, aku cakap "tak apelah, sekurang² nya bertambah kawan aku.." hihihihihihihi



mrs e
Monday, November 9, 2009

Menjejak Teman Lama

|
Baru² ni, aku dapat menjejak kasih-an kawan² lama aku. Aku gunakan fesbuk untuk mencari mereka² yang berada di serata tempat yang aku pun tak berapa pasti di mana lokasi mereka yang sebenar. Ramai juga yang aku jumpa.

Bila dah jumpa tu, tangan memang naaaakkkk sangat klik 'sent request'..Tapi bila mengenangkan, diorang ni ingat ke tak ngan aku.. Kang aku sent request ni kang, buat nye di reject, tak ke haru? Time tu nanti, hati aku jugak yang sedih sendiri kang..Rupenya diorang tak ingat kat aku laaaa T___________T Nangis berbaldi-baldi. Fikir postif, +ve, +ve, +ve. aku cekalkan jugak klik kat sent request tuh..

So far, diorang accept request aku. Wuiii.. rupa² nya, memang banyak yang aku ketinggalan dengan cerita dorang² nih. Kebanyakan nya ramai yang dah kahwin, dan paling aku tak sangka, ramai gak yang kahwin dengan classmate/coursemate aku dulu [itm].. Dah jodoh kan. Kalau dah jodoh, tak kemana. Ikan di laut, asam di darat, dalam kuali bertemu juga. Eceh. Tetiba terkeluar lak bidalan orang tua². Motif? Hik hik hik hik

Ade jugak dikalangan kawan² aku tu dulu bercinta, tapi tak sampai ke jinjang pelamin rupenya.. Terkejut aku.. Memang 100% aku ingat diorang ni dah kahwin. Alih² bila tengok muka pengantin pompuannye kenapa lain? Kenapa bukan si 'anu' tu.. Hurmmm.. itulah yang dikatakan jodoh.  Kalau dah jodoh, tak kemana. Ikan di laut, asam di darat, dalam kuali bertemu juga. Oitttt..dah dah dah.. Tak sudah² nak mengulang bidalan nih. Buat kamu yang baca geram jek asyik mengulang ayat yang sama, betul tak?

Errr. Tetiba mati idea. Oklah. Tamat.




mrs e

'Sijil Lahir' Yang Baru..

|
Uhuk uhuk uhuk.. somput den ni haaa.. bukan dada aku yang semput..tapi poket kitorang yang semputttt.. Alkisah, keta aku tu dah sampai dah besday dia.. Nak mintak 'sijil lahir' [roadtax] yang baru le tu.. Aduiiiiyaiiiii.. memang takleh ampun punya nih.. Nak skip² pun takleh dah..

Ape taknye, tetiap hari memang le nak guna keta tu p balik keje. Bahaya kalau ade ape² berlaku takde roadtax+insurans ni kan? Ade membe cadangkan naik moto jek g keje. Bernas jugak cadangan tuh tuk mengurangkan perbelanjaan. Boleh beromantika di tampoi.. ekekekekeke

Tapi kan, naik moto waktu² cuaca tak menentu nih, sekali balik keje, hujan, dah basah kuyup.. Demam tak kebah² le jawabnye =p



mrs e
Friday, November 6, 2009

Bye² Penang, Till We Meet Again

|
Lepas makan n singgah kedai beli cenderamata sikit sebagai kenang²an, kitorang merentasi jambatan pulau pinang untuk meneruskan perjalanan pulang..

Hati ade sikit sayu.. tah bila lagi tah dapat jejak ke sana.. sob sob sob =(



Diiringi dengan titis²an air hujan yang membasahi bumi

 
Hampir sampai ke tengah jambatan

 


 
Good bye penang, till we meet again.. InsyaAllah, kalau panjang umur murah rezeki
pasti kita akan bersua lagi

 
Dah masuk terowong perak dah masa ni

Sampai umah abang zaki kat semenyih dekat pukul 9.. Duduk kejap minum air panas n makan piza yang abang zaki tapau, dalam pukul 10pm kitorang gerak balik ke muar. Aku bertiga [aku, mr e n fifi] je yang balik malam tu, sebab esoknya dah nak keja kannn.. Mak aku n wawa balik esok harinya sebab wawa letih drive nak rest dulu. Lagipun wawa dah start cuti panjang sampai krismas baru start keja balik..



mrs e

Check Out

|
Fuhhhh..punyelah syok aku tido, siap mimipi² bagai.. adelah lebih kurang 2 jam aku tido.. Memang lena ah. Mr e lak sporting, langsung tak kacau aku tido pun. 'Baby besar' aku tu wat hal dia sendiri aje.. hik hik hik hik


Bila terjaga, tengok jam dah pukul 11.30. Haiyohh.. seingat aku diorang kata nak check out pukul 12. Sempat ke nih?

Terus capai henpon, call wawa. Takut diorang sume dah siap, aku jek yang tak siap lagi. Dah le barang sume langsung belum packing semula..

Sib baik wawa cakap diorang pun tengah bersiap. Terus bangkit dari katil, kemas² semua. Bila semua dah siap, terus keluar bilik tunggu yang lain²..

Dah cukup korum semua, baru turun ke lobi. Berbondong² lah kitorang membawak beg memasing. Kat lobi, abang zaki n kak cha setelkan urusan pembayaran. Sesambil tu sempat jugakkkk kitorang snap sana sini..


 
amacam?

 
"ohh lihatlahhhh.. pinggangku yang rampinggg.. dan dadaku yang bidanggg.." eceh

 
mr e n my mom

Setel urusan check out n billing sume, kitorang p makan nasi kandar kat restoran yang sama sekali lagi. Ape² hal pun isi perut lah dulu, ye tak? Kali ni aku amik nasi beriani, ayam madu n telur ikan.. sodapppp..

Lepas tu, singgah jap kedai yang jual buah pala n jeruk buat buah tangan bawak balik johorrrrrr...



mrs e

Bersarapan Pagi

|
Pagi², aku belum bangun tido lagi, wawa dah call nak roger² kuar sarapan pukul 7. Tengok² jam, aiyoohhh, dah pukul 6.45 nih.. semapat ke solat, mandi n bersiap sume dalam masa 15 minit jek?

Terus jek tolak comforter ke tepi, amik towel terus mandi. Bedesup-desup aku bersiap..Zasss.. kul 7 lebih sket jek kitorang dah siap.

Turun lobi, tak ramai orang lagi.. bagussss.. hehehe.. Banyak gak menu, roti canai, nasi tomato, nasi lemak, mee goreng n tah apelagi tah aku tak ingat. Kuih muih nye pun banyak gak jenisnya n dorang yang lain kata sedap especially pulut panggang nyer. Tapi aku tak amik rasa pun sebab perut dah penuh. Lagipun aku memang tak pandai nak makan banyak² benda berat pepagi gitu


Ini dia yang aku amik

Roti bakar+kaya

 
Nasi lemak

 
Mr e dan 2 orang yang asyik menempel berebut² nak duduk ngan dia

 
Dim sum


First time aku makan dim sum nih. Ok, sedap.. Tapi sebab perut dah penuh, aku makan 3 jek. Itu pun setelah berkali² di rekomen oleh wawa


 
Sedang menjamu sarapan di meja sebelah

 
Kak cha & Abg zaki kat meja yang satu lagi..Oh, semata² nak masuk dalam gambar, sanggup si apis ni berlari ke meja ibu n ayah dia

 
muka sesuci embun pagi [tanpa mekap] ecececececeh ;p


Ada la dalam lebih 1/2 jam kitorang lepak situ. Pastu naik bilik. Asalnya plan nak ke Batu Feringgi nak amik angin pantai, tapi tibe² berubah plan pulak. Hanina, Apis n baby dah beria² pulak ajak mandi pool. So kak cha n fifi p temankan dorang n pantau diorang mandi..

Aku? Aku masuk balik dalam comforter n sambung tido.. Wuiii, nikmattttt :D


p/s : jangan ingat mr e tido gak.. dia tak lelap pun mata, asyik sibuk dengan tenet n blog dia aje.. korang tu bukan boleh, kang aku cakap aku tido, kang korang pikir ke lain pulak =p




mrs e
Thursday, November 5, 2009

Nasi Kandar

|
Malam, lepas swimming tu terus mandi, solat n bersiap nak keluar makan. Abang zaki n kak cha dah roger² cakap 745pm nak kena ade depan lif. Menu malam tu adalah nasi kandar. Tak sah lah kan kalau mai penang tak pekena nasi kandar




Tak jauh pun restoran ni sebenarnya. Kat belakang hotel vistana tu jek. Kitorang g pun hanya berjalan kaki sajorkkk. Dekat sesangat lahhh haiiii.. Restoran ni pun buka 24 jam. So sesapa nak pekena nasi kandar, tetengah malam ke, subuh ke, boleh lah datang restoran ni


  



Original katanyaaaa..

 


Kena beratur okeyyy nak amik nasi n pilih lauk/sayur sume. Sib baik lah masa kitorang sampai tu barisannye tak berapa panjang sangat. Agak ramai jugak orang malam tu yang makan kat situ

 
Inilah menu pilihan aku.. Nasi beriani, ayam goreng, n sayur bendi.. [kuah campur]


 
ABC untuk aku.. sodappp!!


Lepas makan, ter 'stuck' lak kat situ sebab hari hujan. Lupe lak nak bawak payung..Uhuhuhuhu.. Sampai jek hotel, solat n terus bummmm atas katil.. Tido dah tak ingat ape dah.. Syokkk nyerrr.. Sampai mr e tido pukul berapa pun aku dah tak sedar




mrs e

Swimming

|
Aku bukan reti berenang pun sebenarnya. Eksyen jek lebih. Tapi ade effort untuk belajar berenang dan kerana itu, aku gigih juga masuk dalam pool itu untuk belajar berenang. Sila contohi aku. Erk?



Tak lama pun kitorang kat dalam pool tu, sebab hari dah gelap nak hujan. Memang sejuk giler.. trr trr trrrr.. Nak² lagi mandi, naik, pastu nak turun masuk dalam pool tu punyerr lah sejukkk.. angin lak kuat, sebab nak hujan kannnn

 


Tak ramai pun yang mandi petang tu. Maybe memasing malas kut nk turun sebab hari nak hujan dah. Kitorang pun dalam 1/2 jam ke 3/4 jam gitu pastu naik balik bilik sebab dah hujannn..

 
mak & fifi.. mak pun turun gak.. sesaja nak tengok anak cucu tunjuk skill memasing.. heheh


p/s : Alamak.. terbongkar sudah rahsia aku yang tak reti berenang nih.. Ate, vontottt ku itu berat sungguh, berkali² berusaha untuk diapungkan tapi tetap enggak mahu terapung dehhh.. Ni kalo sape nak naya aku terus tolak masuk dalam kolam memang lemas le jawabnyerrr.. aiyok aiyok tak tau..



mrs e

Dalam Bilik Hotel

|
Kitorang stay kat vistana. Amik 4 bilik. Satu bilik untuk abang zaki & kak cha, satu bilik untuk mak & wawa, satu bilik untuk aku & mr e dan satu bilik lagi untuk fifi & hanina.



Inilah bilik aku..

 
Berada di floor 18, bilik 07..

Mula² check in tu, baru dapat 2 bilik jek, 2 bilik lagi belum siap. So kitorang berlepakan di bilik yang dua iteww.. Masuk² bilik jek, dah kena dera ngan si baby neh. Aiyooo.. betul² tak sabar dia nak g swimming. Suruh mr e pamkan pelampung n safety jacket nya. Sib baiklah cik e awak tu nak menjadi pakcik yang mithali, segala ape pun dilayankan jugakkkk..

 
Gigih mengepam pelampung

 

Dalam tempoh 1/2 jam lepas tu, kitorang pun dapat bilik. Terus masuk, wash up, relax kejap n solat sume, then aku pun bersiap² nak join diorang g swimming..

 
Snap-snap

 
Dah tak tau nak letak caption ape, korang tengok ajelah yer.. =)

 


 


 
Gambar pakai telekung *insaf*

 
Lepas solat pun sempattttttttttttt hik hik hik hik

 

Ohh..gambar adelah carca marba.. sebab aku sekalikan semua gambar yang ade dalam bilik kepada entri ini.. Gambar atas tu aku tengah siap² dah nak checkout dah..

 


 


Aku g swimming (ceh..macam reti, padahallllllllllllll kah kah kah kah) mr e tak turun sama. Dia dah syok tengok cite ape tah kat star movie tuh. So, aku turun sorang² sebab dah ketinggalan dengan dorang yang lain²..





mrs e

Padang Kota

|
Lepas feri berlabuh, terus naik keta ke Padang Kota. Kalau dulu², masa abang zaki keje kat sini lagi, time kitorang datang abang zaki bawak g makan pasemboq kat sini. Ok la, sedap. Lebih kurang macam rojak gitu [pada aku]. Tapi yang tak boleh tahan meleleh air liur kalau ingat adalah sotong bakarnya yang cicah ngan kuah asam.. Perghhhh.. kalo makan, mak mertua lalu belakang pun tak sedar!!

Dah banyak berubah dah Padang Kota ni. Yerla, dah berapa tahun pun kannnn.. Dulu² masa aku datang pun, aku masih kat sekolah menengah lagi.. Berapa punya lama daaaa..Ahaks


Para pelancong yang suka naik beca.. Kesiannn tau aku tengok pakcik² yang kayuh beca tu, sume dah berumur dah. Dah le yang naik tu ade yang 'semangat'²..Kussss semangat aku tengok pakcik² tu nak mengayuh



Kitorang singgah kejap jek, nak amik² gambar wat kenangannn.. Dah samapai sana kannn.. Kalau tak, tah tak tau bila lagi gaknya nak sampai sana..

 
Sape ni? Kenal tak? Ahahahahahaha :D

 
Depan bangunan MPPP

 
Posing tepi tembok Padang Kota

 
Aku lak mencelah

 
Mr e lak masuk.. Gilir² lah kan amik gambar.. Dah kalau sume masuk, sape yang nak amik gambar?
keh keh keh keh

 
3 gadis sunti.. Aww awww awww [sunti lagi ke?] HAHA

 
Sempat beli jajan² yang ade kat tepi situ

 
Cantik kan bangunan ni?

 
Sedikit info tentang DBPP

 
Posing lagi


Aku n Nina.. haiyohh, salah posing lah Haniii..daahhhh tak nampak



Dah memang aku beritau stok gambar punyelah banyak kan? Ni pun aku pilih² jek. So korang nak ke tak nak, kena lah hadap gambar² aku ni yer.. ekekekeke




mrs e