kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Monday, November 9, 2009

Menjejak Teman Lama

|
Baru² ni, aku dapat menjejak kasih-an kawan² lama aku. Aku gunakan fesbuk untuk mencari mereka² yang berada di serata tempat yang aku pun tak berapa pasti di mana lokasi mereka yang sebenar. Ramai juga yang aku jumpa.

Bila dah jumpa tu, tangan memang naaaakkkk sangat klik 'sent request'..Tapi bila mengenangkan, diorang ni ingat ke tak ngan aku.. Kang aku sent request ni kang, buat nye di reject, tak ke haru? Time tu nanti, hati aku jugak yang sedih sendiri kang..Rupenya diorang tak ingat kat aku laaaa T___________T Nangis berbaldi-baldi. Fikir postif, +ve, +ve, +ve. aku cekalkan jugak klik kat sent request tuh..

So far, diorang accept request aku. Wuiii.. rupa² nya, memang banyak yang aku ketinggalan dengan cerita dorang² nih. Kebanyakan nya ramai yang dah kahwin, dan paling aku tak sangka, ramai gak yang kahwin dengan classmate/coursemate aku dulu [itm].. Dah jodoh kan. Kalau dah jodoh, tak kemana. Ikan di laut, asam di darat, dalam kuali bertemu juga. Eceh. Tetiba terkeluar lak bidalan orang tua². Motif? Hik hik hik hik

Ade jugak dikalangan kawan² aku tu dulu bercinta, tapi tak sampai ke jinjang pelamin rupenya.. Terkejut aku.. Memang 100% aku ingat diorang ni dah kahwin. Alih² bila tengok muka pengantin pompuannye kenapa lain? Kenapa bukan si 'anu' tu.. Hurmmm.. itulah yang dikatakan jodoh.  Kalau dah jodoh, tak kemana. Ikan di laut, asam di darat, dalam kuali bertemu juga. Oitttt..dah dah dah.. Tak sudah² nak mengulang bidalan nih. Buat kamu yang baca geram jek asyik mengulang ayat yang sama, betul tak?

Errr. Tetiba mati idea. Oklah. Tamat.




mrs e

1 comments:

Sz said...

muaahahaaa...anti-klimaks la citer ko ni ma..kikiki