kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, November 10, 2009

Sekali Tersalah

|
Dalam aku mencari kawan² aku semula menggunakan fesbuk, sekali tersalah. AIK? Macamana boleh salah lak kan? Ahahahahahahaha.. Aku kan main agak² aje sebenarnya, aku taip nama kawan aku tu, then klik search. Berjujut lah nama yang sama berapa punya banyak yang keluar. Dah tu, ade yang takde gambar n kalau yang ade pun, letak kat profile pictures nya tu gambar lain² (bukan gambar diri sendiri).

Ade yang letak gambar anak², gambar lambang pasukan bolasepak yang dia minat pun ade! So, camne lah aku nk cam kan? Aku try² aje sent fren request tu, mana tau betul² kawan aku yang aku cari tu.

Bila dah di approve, barulah aku tau yang orang tu bukan kawan aku. Takkan lah aku nk reject balik ye tak. Dah tentu² aku yang mula² request, pastu nak reject lah pulak. Tak manislah bukan.

Untuk memujuk hati aku yang sedikit termalu² kucing tu, aku cakap "tak apelah, sekurang² nya bertambah kawan aku.." hihihihihihihi



mrs e

1 comments:

noorulaz said...

biasele tu.. dahla nama tu sebijik sama.. tp org lain lak tu.. haha