kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Monday, December 28, 2009

Monday Bluekkkk..

|
Kejap jek dah ari isnin semula. Rasa tak puas je duk umah rehat², dah kena masuk keja ari ni. Pantas betul masa berlalu, kan? Macam baru ari tu masuk tahun baru, tup-tup dah nak masuk tahun baru lagi.. Haihhh..

Aku memang malas betul nk g keje pagi ni. Ingatkan memang nak MC jek. Tapi sian lak ngenangkan mr e sorang² g keje. Tu yang bersiap jugak walaupun hati macam dipaksa²..

Ohh alangkah indahnye kalau saat ini aku berada di rumah.. Syiokkkk..

Tapi, kat umah aku pun macam sunyi jek dah sekarang ni. Kalau ari tu memang ramai, dengan wawa ada, n anak² sedara aku pun ada stay kat kampung sementara cuti sekolah, la ni tinggal kami² ajek lah.. Wohooooo.. rasa 'kehilangan' lah jugak kejap.. Balik² muka yang sama jugak la kitorang tgk.. Ko pandang muka aku, aku tengok muka ko... Uhukss..

Kalau ikutkan hati, rasa tak bagi jek diorang tu balik ke rumah/tempat keje masing². Memang seronok kalau ramai² ade kat umah. Kalau tak usik mengusik memang tak sah. Tapi itulah yang menjadikan keceriaan dan bahan jenaka untuk kitorang semua..


Hurmmm.. korang.. bila nak balik kg lagi...?!


p/s : niat nak MC aku postpone kepada hari lain.. cehhhh.. ada niat lagik tuuuu.. HAHA




mrs e
Sunday, December 27, 2009

27 Disember 2009 @ 10 Muharram 1431H

|
27/12/2009; bersamaan 10 Muharram 1431H


Alhamdulillah.. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi, genap hari ini aku dipanjangkan usia menyambut hari ulangtahun kelahiranku yg ke 29 tahun..Terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga & rakan² juga kenalan yang tak putus² mengucapkan selamat ulangtahun untuk aku. Sesungguhnya, aku amat berbesar hati dan berterima kasih kerana dikurniakan KAMU semua. Aku saaaaaaaaaaaaaayyyyyannnngggggggg korang! Very much!

Aku berharap semoga aku diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & semoga apa yang aku hajatkan dapat aku capai.. aminnnn


Ok. Mari kita bercerita aktiviti aku di hari ulangtahun.

1. Pagi² bangun solat subuh, then sambung tidur sekejap lagi. HAHA.
2. Bangun mandi, while mr e kuar beli sarapan.
3. Duduk bersarapan makan ¼ mihun goreng sambal kerang sambil membaca surat khabar
4. Ke depan & ke belakang dalam rumah, masuk bilik, update blog
5. Now, nak lipat baju yang menimbun sebakul dah tak terlipat..hehehehe

Errr..

Takde celebration ke?

Jawapannya takde.

Ingatkan nak kuar berdua spent time together tgk movie avatar yang tgh hot tu ke apa, tapi since awal² tadi dah mention yang ari ni 10 Muharram kannnnn, so mr e kena g rewang kat masjid depan umah ade nak masak² bubur lambuk. Nampaknye ari ni besday girl duk umah jela. Kena perintah berkurung.. Hua hua huaaa

Even mr e g florist kat BG tadi, kengkonon nak surprise bagi kat aku a roses, tapi kedai florist tu katuppp!!  Bila dah tutup kedai florist tu, baru dia cakap ngan aku hajat dia nak wat surprise.. HAHA kantoiiiiii bile kedai tu pulak tutup. Spoil betul.. Tapi takpe, hajat suci murni mu itu abang, akan ku kenang sampai bile².. chewwwwaaaahhhhh





mrs e
Thursday, December 24, 2009

Dah Putus~

|

*credit to google


Aih.. ari ni aku nye entry bermula ngan tajuk 'dah' aje ek..

Alkisah, selipar jepun yang aku selalu pakai kat dapo dalam umah dah putus lak malam tadi.. Dah selalu tiap kali turun dapo jek mesti pakai selipar, bila dah putus selipar ni rasa mcm tak biasa lak kaki aku nak memijak tikar getah...Kena beli la ni nanti balik keje...


Iskkkk... duit lagiiiiiiii...Sib baik tak mahal.. Kalo crocs ke ape, mau tahun² depan baru dapat beli lagi. HAHA





mrs e

Dah Mati.. =(

|
Huhu.. Rupe²nye bila aku belek² lesen memandu aku, dah expired laaaaaaaaa.. Haihhhh, awat terlupa nih? Tapi sebenarnya bukan aku terlupa, minggu lepas aku ingat.. N nak renew. Tapi sebab dah kalut sibuk ngan kenduri kahwin adik ipar aku, tu yang aku terlupa..

Pagi tadi otw g keje baru teringat!

Dah le sedap jek aku dok ke hulu ke hilir ke sana ke mari.. Haha. So, selama lesen aku dah mati tu, kiranya aku bawak keta guna lesen AGONG jela yer.. muehehehehe..

Hurmmm.. alamatnye terbang lagilah duit aku tengahari ni nanti.. Sekali dengan nak bayar bil streamyx.. Aiyokkk.. korang tak nak wat derma kilat kat aku ke? Aku sangat alu² kan ni... HAHAHAHAHAHAHA





mrs e
Wednesday, December 23, 2009

Happy Birthday, Darling Husband

|



Selamat ulangtahun kelahiran sayangku.. Abang lah jantung hati ayang, jantung pisang ayang pun iye jugak.. hehe.. Walaupun kita kadang² tak sependapat dalam sesuatu perkara, tapi itulah yang menjadikan kita semakin serasi dengan diri masing². Lebih mengenal dalam & luar diri sendiri.. Walaupun manusia tiada yang sempurna, tapi KEKURANGAN seseorang itulah yang menjadikan KELEBIHAN.

Abang dah cukup sempurna untuk ayang. A very thank you that i can say to you because you becoming such a good husband in my life... wahhh speaking london lah pulak..[padahal noun, verbs, present-past-future tense sume aku langgar jek] hahahaha

Ayang doakan semoga abang panjang umur, diberikan kesihatan yang baik & murah rezeki..Dan juga, semoga apa yang dihajatkan dimakbulkan oleh Allah swt. Aminnnn...



p/s : hadiah abang ayang postpone dulu yer, duit nuffnang tak cukup lagi nih.. hehe




mrs e
Tuesday, December 22, 2009

Fuhhhhh...

|
Setelah 4 hari bercuti, naik jek keje, haaaa hambekkk ko! Satu kamus punye tebal kertas/dokumen atas meja aku.. Fuhhhhhhhh.. macam nak pengsan je rasanye..

Gini lah selalunya kalo dah lama cuti, bila naik je keje, berlambak² keje yang nak kena setelkan. Tarik nafas, hembussss.. Tarik nafas, hembusssssss..Sampai dah masuk tengahari ni keje aku baru siap separuh jek.. hua hua huaaaa =(

Letih badan berkenduri tak hilang lagi.. Aih, syoknyerrr kalo dapat sambung cuti.. Huhuhu..

Citer pasal kenduri kahwin adik ipar aku, nanti² lah aku wat yer.. Aku tengah letih sekarang ni..
Chow~


p/s : bilalah nak jadi jutawan ni....tak yah keje, duk umah goyang kaki jek.. hahahahaha ;p





mrs e
Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah

|
Selamat menyambut tahun baru hijrah pada hari esok. Selalunya, kita ni asyik la duk sebut selamat tahun baru, selamat tahun baru ikut kalendar orang putih tu. Ni tahun baru kalendar islam kita macam 'ter-melupa-kan'.. Huhu..

Sempena menyambut tahun baru islam ni, aku ade azam aka hajat tahun baru


nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby



Kat atas tu ade 44x aku sebut nak baby.. Orang kata, kalo sesuatu tu kita sebut sebanyak 44x, insyaAllah akan makbul :))


Moga² Allah makbulkan lah hajat/azam tahun baru aku ni..Amin Ya Rabbal 'Alamin. Korang pun doa² kan lah bebanyak untuk aku yer..



p/s : intan, sori, naja cekup ala² entri intan tahun lepas..hiks





mrs e
Wednesday, December 16, 2009

Kesulitan Amat Dikesali

|
Sejak dari hari sabtu minggu lepas, line tenet kat opish adelah macam haremmmmmmmmmm.. Tensen betol. Kenapa tah boleh jadik cenggitu, kitorang sume pun tak tau.. Dah jadi macam biskut pun ade jugak. Sekejap ade, sekejap takde. Now u see, now u don't....

Ok, stop. Udah² le sebut tagline iklan tu.. Bukan dia ade bayar royalti kat aku pon?

Bukak je web, nak loading punyelah lambat. Nak² lagi kalo aku bukak blog² korang yang banyak sangat hiasan widget kat kiri kanan atas bawah tu.. Makk aiiii.. lambat gilerrrr..Jenuh menunggu, last² dia kuar 'problem loading page' terus.. Huhu..

Dan kerana itulah, aku macam tak berapa aktif dalam arena pem'blog'an minggu ni. Aku cuma dapat jenguk ke blog korang jek dan tak dapat tinggal komen. Ate, kalo jek aku klik nak mengkomen, terus web page error.. Tak ke haru?

Itupun kira nasib baik le mana² blog yang aku dapat bukak, kalo yang 'berat' n lambat nak loading, memang tak boleh bukak langsung! [sebab tu tak digalakkan sangat kita banyak² nau letak widget yangtahapehapetah kat blog; sebab ia akan menjadikan blog kita 'berat' dan susah untuk di loading]

Heh. Cakap macam le hebat sangat. Padahal selalu pun tak berapa nak aktif jugak.. HUA HUA HUA

Dah beritau dah kesulitan amat dikesali ni kat DMD kitorang, n dia dah tolong tengok² kan jugak tang mana yang problem nya tu.. Tapi STILL jugak internet macam hampeh.

So, what to do? Huhu

Kesulitan amat dikesali. Sekian.

TATA-TITI-TUTU





mrs e
Monday, December 14, 2009

Wedding - Pantai Dalam

|
Hari ahad,bersamaan 6 disember, kitorang sekali lagi berkonvoi ke KL. Tujuan tak lain dan tak bukan, sebagai rombongan persandingan ijam. Bertolak dari segamat pukul 8++, singgah kat R&R ayer keroh minum² jap, then sampai destinasi around 12 tengahari.

Sampai² tak tau nak buat apa, terus amik pinggan, apelagiiii... MAKANNNNNN.. hehehe.. Ape² pun, soru lah dulu, ye tak? Oh, aku lupa nak amik gambar makanan, sebab dah tak ingat ape dah, isi perut punya pasal.. ngeh ngeh ngeh :D

Ijam bersanding pukul 1.. So pukul 2.30 dah siap sume dah.. Lepak² kejap, pukul 3.30++ masing² gerak balik ke destinasi masing².. Ade yang balik ke segamat terus, ade gak yang g menyinggah umah sedara.. Masing² punya planning lah kan.. Aku lak, sempat singgah umah abang zaki jap sebelum bertolak balik terus ke segamat..

Ok, jomlah tengok ape gambar yang ada kat bawah ni


mak & wawa..baru sampai masa ni, tapi dah lepas makan dah



pisang; yang aku tengok mesti ade atas meja
dari hari nikah sampai ke hari sanding, memang pisang antara salah satu hidangannya



pasangan pengantin, tema pink



senyum simpul memasing atas singgahsana



pengapit yang didatangkan khas dari segamat, sepupu mr e
kipas kuat² sket ye ;p



antara yang memeriahkan



ibunda tercinta menepung tawar



kekanda pulak tabur beras kunyit



e eh, macam kenal jek baju pepel tu ;p



sebahagian rombongan keluarga dari segamat



ida, aman & najmi bergambar bersama pengantin



yours truly & darling husband bersama pengantin



besan bersama anak masing²



wawa & aku



my lovely mum sedang membacakan doa



acara makan beradap



aku, wawa, my MIL & my mom


Sampai umah segamat pukul 9.30 malam. Fuhhh, penat tak agak². Mandi² n solat sume, terus masuk tido sebab esoknya nak kerja..





mrs e
Sunday, December 13, 2009

Ketara Berbeza

|
Malam sabtu, mak aku takde kat umah. So balik keje memang lah 'rajin' sangat aku nak memasaknye.. hehehe.. Balik tu, kitorang decide tapau jek dari kedai makan..

Menu

1 Nasi goreng daging merah
1 Nasi putih
1 Tomyam Campur
1 Tomyam Sayur
1 Air tembikai


Total RM 14++




Hoihh.. ketara berbeza kan dengan harga yang aku makan ari tu? Yang ni dah le dia buh stok makanan nye tu tak agak² punye banyak.. Memang tak terhabis makan la ari tu.. Memang berbaloi².. Takde regret langsung..!!







mrs e
Thursday, December 10, 2009

Sah Sudah

|
3 Disember 2009; maka sah lah Ijam & Nurul sebagai suami isteri. Majlis akad nikah dijalankan lebih kurang pukul 9++ pagi di masjid (?).. Alamak, aku lupelah.. soriii.. :) Ni kes mengikut jelah mana orang bawak, nama masjid pun aku tak tau.. hahahaha

Ijam ni sebenarnya adik ipar aku. Mr e ni dua beradik aje punnn..

Nikah dijadualkan pagi pukul 8.30 sebenarnya, tapi faham² jelah, segamat-kl tu bukannya dekat. Tu pun kitorang gerak pukul 4 pagi; bangun nak bersiap lak sejam lebih awal dari tu.. Ngantuknyerrrr.. Haihhh

Sampai jek KL, hujan lah pulak.. Ditambah lagi dengan kesibukan orang sume berpusu² nak g kerja. Weekdays kan; hari kerja; memang le banyak kenderaan. Pulak tu; kat Kl, kalo dah hujan mesti lah jammed.. Tu yang kitorang pun sampai lambat sket.. Huhuhu

Alhamdulillah, dengan 2 kali lafaz, sahhhhhhhhhhhhhh.. hehehehe..


Newly wed; Ijam & Nurul



Pengantin baru & pasangan pengantin yang sentiasa baruuuuu [akulah tu] ;p



Kami sekeluarga



Pesanan buat pengantin baru;
1. Tempuhilah alam rumahtangga yang penuh dugaan & rintangan dengan kesabaran. Kena pandai² handle laaa

2. Kena give & take selalu..

3. It may takes time for you each other to understand your true color ;) Kalau sebelum ni tak nampak perangai masing², jangan terkejut lak nanti bila tengok diri masing² yang sebenar.. time ni dah takde cover² dah mcam time bercinta/bertunang dulu². Mana² kekurangan/kelemahan diri masing², kena terima lah kan.. sebab memang kita yang pilih sendiri nak berkahwin dengan dia ;p

4. Terimalah keluarganya dengan hati terbuka. Sebab, bila kita berkahwin, kita bukan berkahwin dengan suami/isteri saja, tapi kita berkahwin dengan keluarganya sekali.. hiks



Dahla, tu je la. Kang banyak² tak terbaca lak..Akhir kata, selamat menempuhi alam rumahtangga. Welcome to the club!





mrs e
Wednesday, December 9, 2009

Mood Swing..

|
Haih.

Terbuai-buai emosi aku kebelakangan ni. Opsss.. bukan emosi aku tu duduk @ naik dalam buai ke ape tau.. Kang korang tu bukan boleh, aku cakap jek, terus le memerah otak sekalian masing² untuk membayangkannya :D

Serius heh. Mood aku agak swing 2-3 menjak nih. Banyak perkara yang berlaku samada pada aku ataupun orang² sekeliling aku. Cumanya, ada yang boleh aku cerita & tak boleh diceritakan kat sini. Mana yang aku takleh share kat sini, I'll take it as a secret of mine :)

Pastu ade cerita pagi tadi yang membuatkan mood aku bertambah² swing.

Kengkononnya nak le redeem bonuslink points yang tak seberapa tu.. Sekali boleh tak rupe² nya kad yang ade tu yang selalu kitorang guna adelah 2nd holder? Aik? Mesti korang tertanya² kan, takkan kitorang tak tau kut?

Betul, memang kitorang tak tau langsung! Yang lagi best, dah pakai selama 3 tahun tuuuuuuuuuuuuu

Ceritanya, sepupu mr e yang tolong registerkan masa mula² apply dulu. Ingatkan dia tolong create satu acc memang untuk mr e, rupe² nye baru hari ni yang aku tau kad tu supplementary kad daripada kad dia. Hampeh betul. Dah le kitorang aje yang duk guna meng 'swap' kad tu sentiasa, bile tibe nak redeem points ni tak boleh pulak.. Kalau le korang, tak ke korang bengang jugak mcam aku ni?

Haiyaaaa.. Sabo jelah


p/s : aku dah apply bonuslink under acc aku sendiri dah!





mrs e
Tuesday, December 8, 2009

Mahal @ Tidak?

|
Semalam; terasa nak makan western food. Nak g makan kat kedai yang selalu makan dulu² zaman cintan-cintun, tutup lah pulak.. So g makan lah kat 1 lagi kedai yang tak berapa suka pun nak makan kat kedai tu. Bukan restoran atau ape, cuma kedai biasa jek. Disebabkan kedai tu je lagi yang ade western food, we had no choice. Maka ke sana lah kami makan..

Menu;
2 beef steak
1 Nasi goreng ayam kunyit [tapau untuk mak aku]
1 ABC
1 Laichee kang

Total : RM 40++

Terkujat jap kitorang time nak bayar tu. Mak aihhhhhhhh.. mahalnye..!!!! Kalau dekat restoran yang memang stended sikit tu aku memang tak kisah la. Ni kedai biasa² jek macam warung tu. Tapi dia punye ketukkk.. perghh.. melayang wit aku dekat RM 50

Lebih baik aku makan kat Pizza Hut ke, Secret Recipe ke, Kenny Rogers ke.. yang memang aku puas hati pun kalo makan kat sana. Ini tak, dah le tak sedap mana, tapi mahalnye mengalahkan makan kat restoran besar². Lebih baik aku makan fast food cam kfc or McD jek, lagi puas hati & aku rasa pun  tak semahal tu..

Korang rasa mahal ke tak ek? Tak tau lah pulak kut² korang kata tak mahal. Aku ni memang berkira sikit kalo makanan mahal tapi makanan nye tak sedap. Memang menyesal sungguh makan kat situ. Lepas ni memang takdelah nak ke sana lagi. Blacklisted terus!



mrs e
Thursday, December 3, 2009

So What?

|
Auto publish.. aku sekarang maybe dah ade kat KL..

Aku cukup tak senang kalau ade orang yang terlampau-mampau sibuk-sibuk pasal hal aku. Mostly everything dia nak tahu. Kira, semua cerita aku ade dalam genggaman dia. Sorry to say, you will not get it, babe..!

Ade sorang tu, kalo dia nak cuti, senyap-gunyap dia apply. Alih² tak datang jek. N aku pun tak kisah, coz her matter is none of my business. Tapi; kenapa bila aku nak cuti, dia sibuk-sibuk weeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiii..

Ni yang aku tak suke ni.. tak suka, tak suka, tak sukaaaaaaaa..!!!

"Kenduri kahwin ari jumaat, tak pernah dibuat orang lah.. Pelik² aje.."

Aku tau dia cakap ngan budak tu sebab nak sindir aku.

SO WHAT?

Lagi satu, yang ko macam jeles sebab aku nak cuti ari khamis jumaat tu kenapa? Ko ingat aku saje²? Dah memang le adik ipar aku tu nak nikah ari khamis, ko nak pelik ape? Kalo dah dia nak buat, pelik pun memang pelik lah. Tapi ikutkan ajelah. Banyak soal pun tak guna

Aku apply cuti pun, guna cuti aku.. Bukan abiskan cuti ko.. Yang ko nak sibuk apehalllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll


Huh!


p/s : sori korang, terbuat entri lepas geram lak pepagi camneh




mrs e
Wednesday, December 2, 2009

Tak Cukup Tido

|
Haihhhh.. ngantuk gilerrrr² aku sekarang ni. Dah la keje banyak nk kena settle down hari ni jugak. Macam dah tak larat dah aku nk bukak mata sekarang ni weyyy.. Rasa kena letak batang mancis ni.. Sape ade? Bagi aku pinjam sat, aku nak wat tongkat mata aku jap.. HAHAHAHA

Malam tadi aku tido lambat. Ini FAKTA.

Sebab pertama;
Aku ade interview ari ni kul 8.30 pagi tadi. Jadinya aku kengkonon menstudi le tentang jabatan yang aku ade interview tu. Mana tau kut² dia soal pasal organisasi, fungsi, visi, misi dia punya jabatan kan..Studi last minute, sebab dpat panggilan g interview pun last minute. Eh, korang percaya ke aku studi? kih kih kih kih (Tipuuuuuuuu.. dia mentipu korang semua.. sebenarnya dia tak sibuk studi pun, dia sibuk baca komik conan dari jilid 56 sampai 57 dan bersengkang mata seboleh² nak habiskan tapi tak habis² jugak & pukul 12++ baru tido..haiyaaaaa ini woranggg)


Sebab kedua;
Aku sibuk mempacking barang² baju² sume masuk dalam luggage. Aku juga membizi mengiron baju kurung aku n baju melayu mr e. Malam ni kitorang  balik ke segamat umah mak mentua i bcoz esok pagi² jubuk dalam pukul 4 pagi gitu aku n family belah sana akan bertolak ke KL sebab adik ipar aku nk nikah daaaaa... Dapat jodoh orang KL la pulak kan. Kalau dah jodoh tak ke mana, dalam kuali bertemu juga. Aik? Kenapa tiba² masuk kuali? hi hi hi hi


Sebab ketiga;
Errr.. tak sempat difikirkan lagi.. Untuk sementara waktu, korang terimalah 2 sebab kat atas tu ye =P



p/s : aku akan bercuti start dari hari esok sampailah hari ahad. Kalau blog aku senyappppp aje, janganlah pelik pulak ye! Aku kan tengah bercuti.. So, blog pun cuti lorrrr [tapi tengoklah, kalau aku rajin, aku akan selitkan juga 1-2 entri untuk korang semua. Peace! [tetiba]




mrs e
Tuesday, December 1, 2009

Tiada Paksaan.

|
Tiada paksaan di dalam blog aku ni. Tiada paksaan untuk sesiapa membaca dan keluar masuk di sini, tiada paksaan untuk kamu semua memfollow aku dan juga tiada paksaan untuk sesiapa menglinkkan blog ini di blog mereka. Semuanya adalah dibuat atas kehendak dan kerelaan diri masing²..

Begitu juga aku. Apa yang aku buat di sini, tiada paksaan; membaca blog kamu, mengkomen di blog kamu; memfollow kamu dan meglinkkan kamu.

Perlu diingatkan di sini, aku juga tiada paksaan dalam menulis blog. Aku tidak suka memaksa diri aku untuk update blog supaya blog sentiasa berupdate. Walau jiwa kosong seperti tak tahu nak menulis ape, tapi update juga, dan aku rasakan entri yang aku jamu pada kamu semua adalah kosong. Entri yang ditulis tanpa diiringi jiwa yang sarat seperti tak ada makna. Ape juga yang ingin aku cuba sampaikan, jika dibuat ketika jiwa aku kosong, aku rasa apa yang ingin aku terjemahkan tak akan sampai pada kamu semua yang membacanya contohnya seperti jika aku sedang bersedih, bergembira atau pun bergelak ketawa. Feel tu takde. Dan entri itu tak akan terkesan kepada kamu yang membacanya.

Walaupun kebenarannya aku benci bila blog aku tak berupdate.. Dah macam rumah tinggal pulak dah aku rasa.


Heh. Seriusnyaaaa diaaaaaa...ececececececehh.. macam bukan aku lak kalo serius² cenggini kan? HAHA

Banyak² aku mencoret kat atas tu, ape motif aku sebenarnya ni? Kerrrr, entri ni entri takde motif seperti kebiasaannya?

E eh, ade, ade.. motifnya ialah.. aku just nak beritahu korang yang...


.


.


.


sebab utama blog tak berupdate adelah sebab aku MALAS.. keh keh keh keh.. sila jangan sekeh aku sekarang.. :D :D :D

Kemain berdolak dalik lagi kat atas tu kan. Eleh, kalo dah malas tu cakap je la malas dari tadi. Tak le bersusah payah korang nak baca tahapahapatah yang aku coret kat atas tu kan kan kan..


Ampun!



gambar adalah sekadar hiasan*





mrs e