kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, December 9, 2009

Mood Swing..

|
Haih.

Terbuai-buai emosi aku kebelakangan ni. Opsss.. bukan emosi aku tu duduk @ naik dalam buai ke ape tau.. Kang korang tu bukan boleh, aku cakap jek, terus le memerah otak sekalian masing² untuk membayangkannya :D

Serius heh. Mood aku agak swing 2-3 menjak nih. Banyak perkara yang berlaku samada pada aku ataupun orang² sekeliling aku. Cumanya, ada yang boleh aku cerita & tak boleh diceritakan kat sini. Mana yang aku takleh share kat sini, I'll take it as a secret of mine :)

Pastu ade cerita pagi tadi yang membuatkan mood aku bertambah² swing.

Kengkononnya nak le redeem bonuslink points yang tak seberapa tu.. Sekali boleh tak rupe² nya kad yang ade tu yang selalu kitorang guna adelah 2nd holder? Aik? Mesti korang tertanya² kan, takkan kitorang tak tau kut?

Betul, memang kitorang tak tau langsung! Yang lagi best, dah pakai selama 3 tahun tuuuuuuuuuuuuu

Ceritanya, sepupu mr e yang tolong registerkan masa mula² apply dulu. Ingatkan dia tolong create satu acc memang untuk mr e, rupe² nye baru hari ni yang aku tau kad tu supplementary kad daripada kad dia. Hampeh betul. Dah le kitorang aje yang duk guna meng 'swap' kad tu sentiasa, bile tibe nak redeem points ni tak boleh pulak.. Kalau le korang, tak ke korang bengang jugak mcam aku ni?

Haiyaaaa.. Sabo jelah


p/s : aku dah apply bonuslink under acc aku sendiri dah!





mrs e

2 comments:

ArELeEz said...

sungguh bengang & mungkin akan m'jadik mengong! ;P

puterikurekure said...

sabar ye pn naja.

ni awat mood swing nih? mesti ada apa2...citer la. mana la tau leh kurang sket swing2 tu. hehehe~