kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Friday, January 29, 2010

Pasal Bendera

|


Ada jugak yang terpegi ke blog aku bila search kat google pasal bendera separuh tiang nih. Ini tentu diorang nak baca tentang kemangkatan DYMM Almarhum Sultan Johor ari sabtu ari tu..





mrs e

Secreto D' Amour

|
Wahhh.. tajuk tak agak² kan.. Eh, ke macam tajuk drama tv dulu²? Aku macam pernah dengar lebih kurang macam ni, tapi tak surelah..

Since aku rasa aku tak bebas nak menulis semua luahan perasaan aku kat sini, tentang apa yang aku rasa, sedih, kecewa, suka, gembira; jadinya aku memutuskan untuk create lagi satu blog sebagai diari maya aku. Aku sebenarnya tak berapa suka nak buat protected entri kat sini, sebab aku rasa tak adil nanti kalau ada yang terkecik hati kat aku sebab dia tak boleh access entri aku tu.. Aku pun dah lama dah takde guna diari-diari yang tulis² ni.. Seingat aku last masa aku kat sekolah menengah gaknye.. Lepas tu memang nan ado..

Janganlah korang nak kepochi pulak ape address blog aku tu. Semua orang tak boleh access dan baca, kecuali diri aku sendiri. Aku tulis, aku baca. HAHA.. Comel kan?

Lagipun, dah namanya DIARI maya kan, so Secreto D' Amour lah jadinya.. hiks :))





mrs e
Thursday, January 28, 2010

How People Address Me

|
Di rumah, keluarga panggil aku 'ima', dan aku juga membahasakan diri aku juga begitu di kalangan mereka..
Di sekolah dan IPT dulu, rakan² memanggil aku 'shima'..
Di tempat kerja, mereka juga memanggil aku dengan nama 'shima'..

Yes, of course it is, sebab nama aku Nor Najatusshima

Mungkin, untuk memudah dan memendekkan nama aku yang agak panjang itu, mereka memilih pengakhiran 2 suku kata dari nama aku..

Tapi, ada jugak kawan² aku yang senang meng-adress aku dengan panggilan Nor & Naja.. Tidak salah pada aku dengan panggilan itu, as well Naja itu merupakan sebahagian daripada nama aku. Mr e pun, memanggil aku dengan nama Naja atau Naj dihadapan rakan sekerja, menggantikan perkataan 'ayang' yang memang panggilannya untuk aku.

Walauapapun, tidak salah pada aku kamu semua mahu meng-address aku dengan panggilan yang mana satu. Yang mana kamu rasa selesa memanggil aku dengan nama itu; dan yang penting panggilan itu memang merupakan nama aku. Kalau panggil aku bukan dengan nama aku, siap dia. Ini amaran heh.

Begitu pun, aku tak pernah memaksa kamu², terutamanya rakan-rakan blogger memanggil aku dengan nama begitu begini. Aku pernah ceritakan tentang diri aku di awal-awal aku menceburi alam berblog di sini dahulu. Juga tentang singkatan nama aku yang boleh kamu guna untuk meng-address diri aku sebaiknya. Dan, boleh aku katakan, 95% daripada kamu semua yang mengenali aku melalui blog, meng-adress aku dengan panggilan Naja. Kamu semua sendiri yang senang dengan panggilan untuk aku begitu, aku tidak pernah memaksa..

Naja bermaksud Kejayaan. Bukankah itu sesuatu yang amat baik? Jika kamu semua memanggil aku dengan panggilan Naja, semacam bererti kamu semua mendoakan kejayaan aku.. "Naja" "Naja" "Naja" - kejayaan kejayaan kejayaan..May Allah bless all of you.. T_____T


Mari kita terus ke intipati entri ini.

Seorang rakan, rakan lama di IPT dahulu, menghubungi aku semula setelah rakan itu join akaun facebook. Kami rakan sekelas, sebilik, malah juga pernah tidur sebantal ketika kami bergelar seorang pelajar ketika itu.

Suatu hari, dia telah men-PM aku, menyatakan rasa gelihatinya semata-mata dia membaca komen rakan-rakan aku yang lain dalam status aku di facebook.


"Shima, kawan² ko panggil ko naja ke? Aku baca komen ko tadi.. hehehehehe"

"Ha a, kenapa? Aku tak kisah diorang nak panggil aku ape, asalkan nama aku.. ;p"

"Takdelah.. kelakar lah.."

"Nape pulak.. Biarlah diorang nak panggil aku Naja pun.. Lagipun Naja tu bermaskud kejayaan.. bila diorang panggil aku macam tu, bermaksud diorang doakan kejayaan aku.. Moga bertambah² lah kejayaan aku lepas ni.. :))"

"Bila orang panggil ko gitu, aku teringat kat JTP.. sebab dia yang suka panggil ko cik Naja masa dulu (masa belajar)"

"Hahahahaha (ketawa tak ikhlas).. oo yeke, aku tak ingat pun dia, kalo ko ingat dia, maknanya ko rindukan dia la eh..keh keh keh keh"

"Takdelah, mana ade aku ingat dia, aku ingat dia sebab ko ngan dia sama-sama minat hindustan" ~ boleh pulak hindustan? Tu dulu time zaman SRK jek

"Oh pleaseee....aku takde persamaan dengan dia k, dia, dia, aku, aku.."

"Eh, ko jangan lah pulak emosi aku cakap gini" ~ memang emosi pun.. ko tu tak tau nak jaga hati orang..



See, see.. Semata-mata okay dia PM aku cuma nak cakap pasal itu. Bukanlah pelik jika seseorang itu mempunyai nama panggilan berbeza daripada sesetengah orang.. Kakak aku juga begitu.. Dengan nama penuhnya Norrahayu, dikalangan keluarga dia dipanggil nora dan dikalangan rakan² dia dipanggil ayu..


Adakah pelik jika begitu? Pelik ke? Pelik ke?


Aku percaya, kamu semua pun mempunyai 2-3 panggilan nama yang berbeza dikalangan keluarga dan rakan-rakan. Betul tak kawan-kawan?




p/s : JTP-kawan sekelas kitorang yang sangat skema sehingga rasa sangat merimaskan & menjengkelkan!







mrs e
Wednesday, January 27, 2010

Simpang 4 Tangkak

|


Simpang 4 nilah yang aku lalu hari² nak g keje.. Agak sibuk sebenarnya kat simpang 4 ni.. Mana tak sibuknya, simpang yang 1 tu dari arah bandar Tangkak (yang glamer dengan kedai kain satu masa dulu) & satu lagi simpang yang bertentangan arah bandar Tangkak tu dari exit tol tangkak.. Tu yang kenderaan bersimpang siur tak putus² tu..

Kalau waktu pagi nak g keje, aku datang dari arah bertentangan dari dalam gambar ni (gambar ni aku amik masa balik keje). Pastu, kalo pagi aku dah lambat, aku skip ikut jalan bertentangan ni n potong lampu merah masuk jalan kat tepi bank tu & ikut jalan dari arah bandar tangkak..(paham ke apa aku cakap niiiii..)

Adalah dinasihatkan korang jangan nak cuba-cuba ikut lagak ngeri tu.. Bahaya woooo.. Dah le kenderaan yang datang dari arah bandar Tangkak tu besar² belaka..(lori & bas).. Pulak tu, kat tepi traffic light tu jek Balai Polis.. Seriauuuuuu beb..!! (aku pun sekali sekala jek buat cenggitu tu pun kalau dah laaaaaaammmbat sangat hahahaha) Kes liat bangun pagi le ni =).. Nak lagi kalau pagi bangun tido hujan, rasa tak nak berpisah jek dengan bantal.. ngeh ngeh ngeh




mrs e
Tuesday, January 26, 2010

Pes Taim

|


Owhh.. ini kali pertama aku sampai ke KFC BG.. Before ni cuma lalu aje depannya. Ari tu dah teringin lak makan cheezy wedges, aku mintak mr e singgah jap beli tapau on the way balik keje..

Tapi aku tak masuk punnnn.. Aku tunggu dalam keta jek sebab masa tu dah nak terku*** sangat lak..Hoho.. Makanya, aku takle sempat nak tengok deco kat dalamnya & amik gambar² berlagak menunjukkan bukti aku dah jejak kat KFC BG tu..

Hiks ;p





mrs e
Monday, January 25, 2010

Boleh Pulakkkk..?

|
Ari tu (minggu lepas, aku tak ingat dah hari apa), aku ajak mr e balik awal. Kul 5.40 dah ca-alif-but.. Haiiii.. indahnyerr kalau hari-hari dapat balik awal macam nih! Dalam keta tu, aku lahirkan lah keriangan hati aku..

"Hurmmm.. best nyerr kan bang, dapat balik awal, dapat balik masa ari cerah & terang lagi, rasa macam bestttt aje.. Nyamannn jek terasa.. (sebab dapat hirup udara & angin petang)"

"Ha a, abang lak terasa macam suasana kat New York.."

"Aik, nape lak macam tu?" - Aku dah macam pelik², ingatkan ade daun² pokok kat tetepi jalan yang merimbun tu luruh menyebabkan mr e feeling ala-ala ada kat obersi... =)

"Yerla, sebab abang tengok keta kat depan tu.. Kan warna kuning.. Macam terasa kat New York lak sebab teksi kat sana kan warna kuning.."

"...??!!!" -

Bolehh pulakkkkkkkkkkk..Haih, sabo jela mr e ni..Kui kui kui ;D




Inilah kereta yang dimaksudkan ;p





mrs e
Sunday, January 24, 2010

Santai Malam Minggu

|


Alahaiiii.. syoknyerrrr.. Relaks jek depan tv berbekalkan sebungkus kacang & secawan teh o panas. Diiringi bahan bacaan majalah humor, memang santai habis.. Mentang² le ahad tak keje..

Tapi tu tadi malam aje, malam ni tak dapek dah ooo.. Malam ni dah sibuk nak gosok baju la, tudung la.. Kan esok dah keje..Terasa kejap nau sehari kat umah kalo cuti hujung minggu macam ni.. Cube kalau waktu bekerja, nak sampaikan ½ jam pun sikit punye lama daaaaa... Huhuhu~




mrs e

Cara² Menyimpan Duit

|


Ari ahad, kita baca entri santai² ajelah ek.. Ni aku dapat masa tengok² kat aku punya nuffnang.. Ade gak orang yang google cara-cara menyimpan duit..

Adakah orang yang meng'google' ni tak tau nak simpan duit atau dia nak tau cara menyimpan duit kat tempat yang selamat? I mean, supaya tak diragut ke ape..Contohnya nak simpan kat bawah bantal ke, kat stokin ke (yang macam citer P Ramlee tuuuu)

Tapi, kalau direnung² keywords tu betul², rasanya 'orang' tu tak tau la camne nak simpan duit sebenarnya.. Senang jek caranya, kalau tak tau nak simpan, boleh jek aku yang tolong simpankan.. muahahahaha





mrs e
Saturday, January 23, 2010

Bendera Separuh Tiang

|



JOHOR BAHRU: Khabar sedih kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, di Hospital Pakar Puteri di sini pada jam 7.15 malam tadi disambut penuh dukacita seluruh rakyat. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, membuat pengumuman itu secara langsung melalui televisyen kira-kira jam 11.25 malam tadi pada sidang media khas di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, di sini.

Berikutan kemangkatan baginda, Abdul Ghani memaklumkan bahawa perintah berkabung diisytiharkan serta-merta dengan bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang selama tujuh hari bermula dari tarikh pemakaman baginda, hari ini.

Terdahulu, katanya, Upacara Pemasyhuran Pemangku Raja, Tunku Ibrahim Ismail sebagai Sultan Johor akan disempurnakan di Istana Besar sebelum upacara pemakaman berlangsung.

Beliau berkata, bangunan kerajaan juga diarahkan mengibarkan bendera separuh tiang bagi tempoh sama manakala semua bentuk hiburan baik waktu siang, mahupun malam hari pemakaman diarah dibatalkan.

Selain itu, katanya, semua masjid dan surau juga perlu mengadakan tahlil dan bacaan doa terhadap roh Almarhum selepas solat Maghrib tujuh hari dari tarikh pemakaman itu.
“Semua kerabat diraja akan berkabung 40 hari, manakala rakyat jelata akan berkabung tujuh hari dari tarikh pemakaman,” katanya yang mengumumkan hari ini sebagai cuti umum bagi Johor.

Abdul Ghani berkata, jenazah Almarhum akan disemayamkan di Dewan Besar, Istana Besar Johor bagi membolehkan diziarahi rakyat jelata dari jam 9 pagi hingga 10.30 pagi ini, manakala orang kenamaan antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.

Katanya, jenazah Almarhum akan diarak ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, dekat sini, pada jam 1.20 tengah hari dan dijangka dimakamkan pada jam 2 petang.

Menurutnya, peraturan berkabung seperti digariskan kerajaan negeri ialah lelaki Melayu dikehendaki memakai tanda lilit putih selebar dua inci pada songkok hitam.

Katanya, bagi rakyat bukan Melayu, satu lilitan kain hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri bersama tali leher hitam dan bagi pasukan beruniform, lilitan kain hitam selebar tiga inci perlu dipakai di lengan kiri.

Menurutnya, bagi wanita Melayu, mereka dikehendaki memakai tudung putih, manakala perempuan bukan Melayu memakai lilitan kain hitam selebar tiga inci pada lengan kiri.

Bagi menghadiri upacara pemakaman pula, orang ramai perlu memakai kain putih selebar dua inci pada songkok hitam dan berbaju Melayu Teluk Belanga hitam bagi lelaki Melayu manakala orang bukan Melayu pula dikehendaki memakai sut hitam bersama tali leher hitam selain kain lilit hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri.


sumber : mymetro


p/s : Al-Fatihah untuk almarhum baginda. Sebagai anak jati johor, aku turut bersedih atas pemergiannya.. Moga rohnya dicucuri rahmat.. aminn






mrs e
Thursday, January 21, 2010

Perfecto..!

|
Semalam, waktu lunch, di saat aku dilanda keboringan aku pun bukak la laman web hiburan (aku dah brunch-[breakfast+lunch] sekali pukul 11 pagi). Baca gosip-gosip artis, sekali terbaca lah kisah Rozita Che Wan ni.

Aku bukan nak cerita pasal gosip dia ke ape, tapi aku nak cakap pasal kecantikan dia. Ishhhh.. cantik betul dia ni kan? Sangat-sangat PERFECTO aku rasa. Kecantikan melayu asli.. Kalau dulu ade pengacara TV swasta yang dikatakan cantik sehingga digelar perempuan melayu tercantik, tapi aku rasa Rozita Che Wan ni laaaaaaaaaaaagi cantik daripada pengacara tu..



Tengoklah ni, dah macam anak patung dah..



Tapi aku suka dia yang nampak natural macam ni, lebih terserlah keayuannya :))



Kecantikan tersendiri



Macam anak dara pun ade.. ;)

Aku yang sebagai perempuan pun terpegun dengan kecantikannya, apatah lagi lelaki-lelaki kat luar sana tu kannnnn..? Ermm.. tapi, walau diri cantik, sayangnya rumahtangganya tak berkekalan..

Itulah kan, orang cakap, KECANTIKAN tak semestinya menjamin KEBAHAGIAAN..huhu



*all pictures credit to Google






mrs e
Wednesday, January 20, 2010

Best Jugak Merajuk ;p

|
Ok, ini entri basi nama dia. Sebelum kena buang terus, baiklah aku update cerita dia. Sebenarnya dah tak ingat ni cerita bila, tapi adalah dalam 1-2 minggu yang lepas kut. Tengok tu, berapa punya lama daaaaaaaaaaaaa.. ;p

Masa tu on the way g keje, boleh pulak aku tak sependapat dengan mr e time tengah berborak tu.. At last, aku lah yang kalah.. huhuhuhu.. So, apelagi, sebagai perempuan, kenalah gunakan senjata paling tajam iaitu merajuk² manja.. Ahahahaha.. Itu jelah pun modal orang pompuan, sikit² merajuk, dah macam takde keje lain.. eceh

Sepanjang masa waktu bekerja tu, mr e berusaha lah memujuk wife dia yang ngengada nih ;p tapi tahan, tahannnn.. Takkan senang² je boleh pujuk kannn ha ha ha ha ha

Last-last, mr e umpan ajak p makan western food balik keje petang tu. Dia memang tau wife dia ni suka nau makan beefsteak. Terus senyum & ok kan saje.. Tibe² je pulak rajuk dah hilang ke mana.. keh keh keh keh.. sikit punya senang jek kan nak pujuk? Eheh


Beef-steak aku punyer.. Nyummm..
Tengok ni aku dah terliur lak.. Urmmmmm



Mr e makan ni aje ;)



Balik tu muka dah takde muncung² sedepa yang boleh sangkut hanger sidai baju dah. Dah senyummmmmm :))) aje. Dah kenyang lah katakan.. hiks





mrs e
Saturday, January 16, 2010

Live Blogging - The Tutorials

|
Baiklah. Baiklah.. Sekarang aku cuba mem'free'kan juga masa untuk wat entri ni khas untuk korang semua. Bukan lambat sebab kedekut ilmu pengetahuan untuk dikongsi bersama, bukan, bukan, sama sekali bukan. Cuma masa yang agak menyempitkan ruang aku untuk mengarang entri ini. Ditambah lagi semacam rumit juga kalau aku beri korang tutorial ni tanpa gambar.. Macam nanti takut ade yang tersesat jalan di pertengahan jalan.. Eh, ada macam tu ke? HAHA

Ok. Kita mula satu-persatu..



Pertama sekali, korang kena ada akaun flickr. Taip jek kat google tu 'flickr', pastu enter dan nanti keluar lah gambar macam kat atas tu. Kalau sesapa yang dah ade, boleh terus sign in, dan kalau belum ade kena sign up dulu yer.. Sign up guna akaun yahoo macam emel korang tu.. pastu ikut jek step by step nya.. Takkan ini pun aku nak terangkan satu persatu, kalau nak juga, memang nak kena dia neh.. ahahahaha




Dah setel? Ok, masuk step kedua lak.. Korang pegi kat tab 'You' dan pilih 'Your Account' macam dalam gambar yang ditunjukkan kat atas tu..




Pastu pilih lak 'Extending Flickr'




Pilih add a blog, dan pilih jenis blog yang kita ada. Untuk blogger dari blogspot, sila pilih 'Blogger Blog'. Tekan next

Kat sini nanti, akan ade owner blog claim ke ape (aku pun tak berapa ingat) jadi untuk memudahkan kerja, dinasihatkan korang dah log in dulu dalam blog korang awal²..




Bila flickr dah verified memang korang owner blog tu, akan keluar features macam kat atas tu untuk korang pilih blog mana yang akan jadi live blog korang sekiranya korang ade lebih 1 blog dalam akaun blogger. Pilih la mana² blog pun yang korang suka




Untuk tukar layout gambar kat atas-tulisan kat bawah, gambar kat kiri-tulisan kat kanan, korang boleh klik pada 'Layout' tu..




Akan terpaparlah gambar macam kat atas ni. Klik je yang mana korang berkenan di hati ;)




Dah siap? Ok, last sekali, korang g ke Help>Tools>Mobile ataupun klik link ini >>http://www.flickr.com/tools/mobile/ untuk dapatkan korang punya unique email adress.. Unique email adress ni contohnya seperti asyik77dia@photos.flickr.com

Apa yang perlu korang buat ialah tambahkan perkataan '2blog' dalam unique email adress korang tu.. Jadi macam ni asyik77dia2blog@photos.flickr.com

It's done! So korang save kan lah unique email address tu dalam hp korang, amik gambar, karang sikit ayat dan sent to unique email address tadi tu. Ia akan di'post' secara automatik ke dalam blog korang. Mudah kan?

Selamat mencuba :))


Notes:
1. Seperti yang pernah aku beritau dalam entri sebelum ni, setiap gambar yang dihantar melalui MMS akan dicaj pada kadar biasa RM 0.25 (Maxis) & rasanya rate yang sama juga untuk Celcom.. Walaupun begitu, daripada review yang aku baca, ade sedikit masalah bagi pengguna celcom sebab akan ade pesanan daripada sistem telekomunikasi itu yang akan 'terikut' masuk ke dalam post/entri korang dalam blog. Sampai sekarang, aku tak pasti samada masalah tu dah selesai ke belum..

2. Perlu diingatkan sekali lagi, pengguna hp SE mungkin ada sikit masalah untuk menaip description tentang entri yang korang post tu. Sebab; untuk hp SE, takde ruang subject untuk MMS yang dihantar tak macam Nokia. Jadinya; flickr pun tak dapat nak separate kan tajuk entri dengan description nya aku rasa.. Jadinya, apa yang korang taip untuk title post tu akan berulang ayatnya dalam korang punya description..

3. Aku sebenarnya tak berapa pasti berapa panjang ayat yang boleh dikarang masuk beserta dengan gambar sekali pada satu-satu masa. Ini kerana, aku adalah pengguna hp SE, so aku memang mengalami masalah untuk mengarang ayat untuk entri live blogging ni. Aku tak pasti samada ia mengikut saiz kb yang dihantar ke ape (kalau gambar besar, ayat dapat dikarang sikit.. Yeke?) Apepun, pengguna Nokia boleh mencubanya :))

4. Mungkin akan mengambil sedikit masa dalam beberapa minit untuk flickr meng'post' entri tu dalam blog korang. Boleh lah refresh² 2,3,4 kali dulu sebelum dapat melihat korang punye entri ni.. hehe



p/s : amy, maaf atas kelewatan. Setelah difikir², naja takut penjelasan naja secara online nanti agak susah difahami, so naja buatkan entri ni. Diharap dapat membantu ya!






mrs e
Wednesday, January 13, 2010

Cantiknyerrrr...!

|
Aku ter 'pegi' satu web site pagi tadi.. Then ternampak lah maternity top ni dalam website tu..








Uhhhhh... Cantiknyaaaaaaaa.... Tak sabar tunggu aku ade peluang memakai baju² macam ni..


Akan ku tunggu saat itu!! :)



p/s : aku tengok dari laman web ni >> http://ivillage.shopstyle.co.uk/browse?fts=Maternity%20tops&width=3&height=1&pid=uid9236-695894-23#8_96






mrs e
Monday, January 11, 2010

Apa Itu Live Blogging?

|
Lets me make it clear tentang live blogging ni, untuk sesapa yang kurang paham laaaa... Kalau yang dah paham nak memahamkan lagi pun takpeeee... boleh sajee ;p.. Tapi aku terangkan setakat yang aku tau lah..

Live blogging ni bermaksud kita berblog terus secara langsung; tak perlu duduk di hadapan pc or lappy kita. Hanya dengan menggunakan handphone korang & yang pasti hp tu ade kredit dan bateri. Contohnya kalau tiba² korang terserempak dengan PM ke, korang amik gambar melalui hp korang, dan terus sent. Secara automatiknya gambar korang tu akan terus di post dalam korang punya blog :) .. Senang kan?

Tapi sebelum itu, korang mestilah ada akaun flickr dulu sebab dari flickr tulah yang sebenarnya meng'post' entri korang tu ke blog. Just a few steps untuk daftar..isi link blog korang n bla bla bla bla.. Bila dah settle sume, korang dah boleh memulakan entri pertama korang menggunakan live blogging ni..

Oh ya, setiap gambar yang dihantar melalui MMS akan dicaj pada kadar biasa RM 0.25 (Maxis) & rasanya rate yang sama juga untuk Celcom.. Walaupun begitu, daripada review yang aku baca, ade sedikit masalah bagi pengguna celcom sebab akan ade pesanan daripada sistem telekomunikasi itu yang akan 'terikut' masuk ke dalam post/entri korang dalam blog. Sampai sekarang, aku tak pasti samada masalah tu dah selesai ke belum..

Lagi satu, bagi pengguna hp SE mungkin ada sikit masalah untuk menaip description tentang entri yang korang post tu. Sebab; untuk hp SE, takde ruang subject untuk MMS yang dihantar tak macam Nokia. Jadinya; flickr pun tak dapat nak separate kan tajuk entri dengan description nya aku rasa.. Jadinya, apa yang korang taip untuk title post tu akan berulang ayatnya dalam korang punya description..

Panjang lebar dah aku terangkan nih.. Korang paham ke idak?..


p/s : Kalau aku rajin nanti, aku wat tutorial nye camne nak wat live blogging ni okeh :))




mrs e
Sunday, January 10, 2010

100110

|
Hai.. Selamat berhujung minggu.. Korang tengah watpe tu? Tengah bersantai² relaks kat umah ke? Syok betul kan kalo hari² dapat wat macam ni... Uhhhh.. bestttt..

Saje jek aku wat entri ni. Ni entri takde motif namanya. Teringat lak ari ni date nya macam unik, sebab tu aku nak juga post satu entri walaupun takde ape sangat yang nak diceritakan.. huhu

Aktiviti ari ni untuk aku takde ape², cuma petang ni ade rewang angkat balai kat umah atuk aku. Sepupu aku nk kahwin minggu depan. Urmmm, kalo aku rajin petang nanti, aku pegi lah umah atuk aku tolong mana² yang patut..

Oh, oklah.. Aku nak g goreng ayam ni. Mak aku dah keluarkan dari peti sejuk dari tadi. Dah lembut n boleh digoreng gaknya tu.. Till then, aku choww dulu.. Babai :)




mrs e
Saturday, January 9, 2010

Close-up

|

Boleh telek jerawat aku. Haha

Di Sebalik Cermin

|
Di Sebalik Cermin

Masa g The Store beli kasut

Karok Time

|
Karok Time

Lama dah sebenarnya kejadian ni berlaku. Tapi asyik lupe je nk upload. Haha. Biasalah, banyak makan semut gaknya.. Apepun, mmg enjoy :))

Latihan Kebakaran TE 090110 @ 900am

|

Latihan Kebakaran TE 090110 @ 900am

Ehem-ehem.. Dalam latihan kebakaran ni boleh pulak aku dipanggil ke depan untuk try demonstrasi guna alat pemadam api.. Sekali boleh pulak tersembur kat tempat lain.. HAHAHA :D


Friday, January 8, 2010

My Blog..

|

My Blog.., originally uploaded by mrshandri.

My Blog..

I ♥ Live Blogging :))

|
Hik Hik Hik.. Korang jangan la pelik pulak kan, kalau tengok blog aku ade update tapi takde citer ape².. Cuma gambar jek.. Itu maknanya aku post under live blogging..

Kalau tengok 2 entri kat bawah ni, tulah contoh entri live blogging dari aku. Aku akan amik gambar di mana² lokasi aku berada, dan kalo aku rasa nak terus share situasi yang sedang aku saksikan pada korang semua, aku akan terus sent. Contohnya aku nampak sesuatu yang pelik ke; ada demonstrasi terjun tiruk kat sungai ke etc, aku akan kongsikan dalam blog ni..Tapi bergantung pada kerajinan aku jugak laaaa.. Aku ni kan boleh jadi rajin boleh jugak jadi malas ;p

Wat sementara ni; aku akan masukkan live blogging ni dalam blog ni jugak.. Unless kalo aku rasa perlu untuk aku separate kan, aku akan masukkan ke blog aku yg lain..

Sebenarnya boleh je kalo aku nak jugak taip ayat² bawah gambar tu tentang situasi yang berlaku. Memandangkan aku pengguna hp SE, so ade sedikit kecelaruan untuk membuat post sebegitu. Tapi takpelah, tengok gambar pun ok ape.. Because pictures worth a thousand words.. He he he

Adios! =)




mrs e

Bear & Panda :)

|

Bear & Panda :), originally uploaded by mrshandri.

Bear & Panda :)

Bukit Gambir Waktu Malam

|

Bukit Gambir Waktu Malam, originally uploaded by mrshandri.

Bukit Gambir Waktu Malam

Sadis!

|
Sadis sungguh mimpi aku malam tadi. Malam² jumaat, boleh pulak masuk mimpi yang menyayat hati aku.. Huhuhuhuhu.. Terkesan² perasaan dan feeling dalam mimpi aku tu sampai la sekarang..

Aku mimpi macam ni..

Dalam mimpi tu; situasinya memang lah aku dah berkahwin dengan mr e. Dan kitorang ni memang la loving couple punya pasangan. Sekali boeh tak, adik aku tu suke dekat mr e? Pastu dia claim yang sebenarnya mr e ni kekasih dia. Kekasih lama dia dulu; yang dia kenal dulu sebelum aku kenal mr e..

Siap cakap dekat aku "Ko perampas, ko memang perampass.." lagi dekat aku.. Wuwuwuwuwu.. sedihnyaaa..

Yang aku pulak, macam pelik lah kan. Aku tak tau pulak dia kenal mr e dulu sebelum aku. Pastu kalau dia kenal pun, kenapa pulak dia nak ungkit pasal ni sume sekarang? Kan ke aku dah selamat berijabkabul dengan mr e.. So sepatutnya semua cerita yang sebelum² tu dah tamat (kalau pun ada)

Hati aku rasanya dah separuh dibawa pergi. Jasad aku mati sebelah.. Lagi-lagi bila mr e pun macam memberi 'respon' pada adik aku tu.. Mr e dah mula berubah.. Dia dah tak macam dulu.. Banyak masa dihabiskan berborak dan melayan adik aku tu.. Aku sedihhhhhhhhhhhhhhhh sangatttttttttttttt.. Sangatttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt..

Aku mengadu perkara ni dengan akak aku.. Aku cakap pelan-pelan sebab tak nak mak aku tau & mak aku tengah tidor kat situ masa aku beritahu kakak aku. Ingatkan mak aku dah tido betul².. Rupa²nya mak aku pura-pura tido & curi-curi dengar perbualan aku dengan akak aku..

Tibe-tibe mak aku terus bangun dan sergah kitorang; terperanjat mak nenek aku & terus terjaga dari tidur.. Wallaweiiiii... dah pukul 6.40 dah rupanya.. Terus bangkit daripada katil sebab takut terlambat lak ari ni..


p/s : macam betul² terasa 'kehilangan' sangat dalam mimpi tu.. betullah orang-orang selalu kata; kita tak akan hargai kehadirannya apabila orang tu ada, tapi baru merasai kehilangannya bila orang tu pergi meninggalkan kita. Oleh itu; marilah kita sama² menghargai apa yang kita ada & menjaganya dengan sebaik mungkin!





mrs e

3 Dara

|

Inilah koleksi 3 dara aku.. Suke sangat aku baca kartun 3 dara pingitan ni. Suke tentang ceritanya yang berkisarkan kehidupan dalam sebuah kampung. Setiap episod digarap dengan penuh penghayatan oleh pelukisnya menjadikan watak² nya seolah-olah hidup.

Esah, Noi, Awa & dibantu watak Jai sebagai kawan karib mereka bertiga menjadikan ceritanya seronok untuk dibaca. Semua cerita yang ingin disampaikan mengandungi mesej tersurat berunsur nasihat dan teladan kepada pembaca. Dan yang paling aku suka, setiap elemen² kehidupan di kampung tu memang betul² 'menjadi', seolah² kita dapat membayangkan realiti sebenar kehidupan di kampung..

Aku pun budak kampung, jadinya aku suka lah baca cerita ni..BESTTTT..


Two thumbs up!! =)




mrs e
Thursday, January 7, 2010

Tikar Jakel

|

Klik untuk imej lebih besar


Ahahahahaha.... Gelak tak hengattt... Ade jugak orang yang search tikar jakel dekat blog aku ni. Setau aku, rasanya takdelah pulak aku bercerita tentang tikar² dalam blog aku ni.. Err.. ade ke?

Kalo ade aku wat entri berkaitan tikar jakel tuh, ishhhh.. dah lama dah aku mintak royalti kat jakel trading sebab promosi kan tikar dia.. he he he ;)




mrs e

fb2mobile

|



Aku baru jek activate application ni td. Heeee~ .. Sesaje jek.. Baru tergerak hati nak guna. Yerlah, aku tgk sekarang pun dah ramai membe² beralih ke Fb dari memblog kannnn.. Disebabkan hp aku ni tak canggih manggih macam hp korang yang boleh Wifi; kira guna application ni pun boleh lah aku update status terkini aku di mana jua aku berada.. Ececececece =)

Rate nyer pun murah sajorkk.. RM 0.15 sen untuk setiap SMS & RM 0.25 sen untuk MMS. Untuk info lebih lanjut; korang boleh klik sini >> http://store.maxis.com.my/?tpt_id=14&ch=83&pg=1120&ac=3857


Selamat ber Fb.... ;p




mrs e
Wednesday, January 6, 2010

Kehidupan Tak Semudah Yang Disangkakan

|
Dulu, masa aku kecik², aku selalu fikir sesuatu benda tu akan dilalui dengan mudah. Kehidupan seseorang tu akan ikut arus masa, JUST GO WITH THE FLOW..

Bayi → Kanak² → Sekolah Tadika → Sekolah Rendah → Sekolah Menengah → IPT → Bekerja

Lepas tu bertemu pasangan hidup, kahwin & dapat anak.

Kehidupan sebenarnya tak semudah yang disangkakan. Tak semua graduan akan dapat terus pekerjaan lepas tamat belajar. Ada juga yang dapat bekerja, tapi pekerjaan yang dia dapat tak setaraf dengan kelulusan yang dia ada. Kalau tak memilih, dan nak cari pengalaman kerja, aku rasa seseorang tu tak akan kisah kerja ape pun, janji kerja & poket berisi.

Begitu juga dengan jodoh. Ada orang yang dah siap² target nak kahwin pada umur sekian-sekian tahun. Kita yang merancang memang mudah, tapi kalau sampai umur yang di target tu, kita belum bertemu pasangan hidup, takkan lah kita nak main sapu je, betul tak? Ini soal pasangan hidup, bukan macam pilih ikan kat pasar. Boleh main tangkap muat aje, kalau lauk ikan ni takde, cari lauk ikan lain pulak..

Macam aku, selalu dulu² aku tgk kehidupan bagi seorang yang dewasa ni flow nyer amat mudah. Bekerja, bertemu pasangan hidup, berkahwin & dapat anak. Bila dah menjadi dewasa sendiri baru aku tau hitam putih kehidupan, susah senang sesuatu perkara. Bukan semua itu berlaku ikut proses nya dengan mudah. Susah sebenarnya. Hidup tak akan dinamakan suatu kehidupan kalau tak ada dugaan yang mendatang. Ingat senang dan mudah ke nak dapat anak? Dulu; aku fikir kalau orang yang dah berkahwin je pasti tak lama lepas tu dapat anak. Tapi, ianya tak semudah yang aku fikirkan.

Susah ok, bila kita bercakap soal rezeki. Anak itu rezeki pemberian daripada Tuhan. Anugerah yang tak ternilai harganya. Tak dapat dibeli di mana². Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Kita sebagai hambaNya hanya boleh berusaha, berdoa & bertawakkal sebaik² nya. Allah lebih tau apa yang terbaik untuk diri kita.

Tipulah kalau ada orang yang dah kahwin 4-5 tahun tak tersentuh hati bila dengar orang sekeliling pregnant. Aku cukup menyampah kalau orang itu cakap dia tak terasa apa². Lagi gembira adalah; sebab kawan² dah pregnant. Tolonglah, jangan menipu hati sendiri. Walau apa perkataan pun yang kau luahkan, aku tau jauh di sudut hati ko pasti akan tersentuh juga. Bukan maksud aku tersentuh hati tu sebab jeles ke apa, tapi tersentuh hati mengenangkan diri sendiri belum ada rezeki nak mengandung lagi.

Hurmmm.. Aku rasa entri aku ni dah meleret-leret ke cite lain lah pulak. Sebenarnya aku nak cerita tentang fasa kehidupan manusia. Tu aje. Ok lah, i better stop now..





mrs e
Tuesday, January 5, 2010

Tiba-Tiba Teringat

|
Sekarang kamera yang aku guna adalah digital kamera sony cybershot T10. Aku beli tu pun dulu masa beberapa bulan sebelum aku kahwin. Kira dah sangat ketinggalan lah kan daripada korang yang dah pakai kamera digital ni lama dulu sebelum aku.. Dan mungkin ada jugak yang antara korang dah 2-3 kali tukar kamera kepada kamera yang lagi canggih dan lebih banyak MP & function nya. Tapi aku still lagi setia dengan kamera aku tu. Selagi tak rosak dan masih boleh digunakan, memang aku tak terfikir nak beli yang lain ;)

Kenapa ye aku bukak topik pasal kamera?

Tadi masa kat meja makan, sambil melayan mr e menikmati hidangan malamnya, aku tiba-tiba teringat kisah dulu² aku. Zaman baru² melangkah ke sekolah menengah. Tah kenapa tah, aku tak ingat, tapi yang pasti masa tu kawan² & sepupu aku sibuk nak bergambar.

Time tu kehidupan macam agak susah jugak lah kan. Mana ada menatang kamera-kamera ni sume. So sepupu aku yang dapat kamera curi-curi rembat abang/akak dia punya aku rasa, ajak aku kongsi-kongsi beli filem n amik gambar. Kalau beli film roll yang 36, kongsi 3 orang, duit beli filem tu tong-tong lah. Pastu setiap sorang akan dapat amik gambar 12 keping..

Sukeeee aje masa tu nak amik gambar. Sampai turn aku amik gambar, siap lah pakai baju kurung lawa-lawa, pakai cekak rambut, n posing kat pokok bunga loceng depan rumah. Rasa dah lawa sangat lah masa tu ditambah background pokok bunga loceng yang kuning melata.. Buat pose istimewa, posing sana, posing sini.. Senget sana, senget sini..

Habis guna 36 keping, tibelah masa antar filem tu g cuci kat kedai gambar.. Bila dapat jek gambar tu, sekali TAK JADIIIII!!!!.. Ada beberapa keping jek yang nampak lah jugak imej aku, tapi kabur & gelap. Sian kan? Penat jek posing² dan berikan pose yang sehabis baik lah tu konon nya.. Sob sob sob

Sekarang ni dah takde dah orang pakai kamera camtu. Semua dah pakai kamera yang canggih manggih. Touchscreen lagik.. Amik gambar kalau senget ke gelap ke, penataan cahaya kurang ke, boleh jek delete & snap semula..Untung lah orang² sekarang dengan kecanggihan teknologi macam ni.. Even bebudak kecik umur 4-5 tahun pun dah pandai nak gunakan kecanggihan applikasi kamera ni :)


Dah. Itu aje nak cerita. :)




mrs e

Dah Bosa Anak Omak..

|


Amacam? Macho tak? Huiii.. jangan tak tau, kekecik lagi dah ade awek tau korang.. Kemain lagi bebudak zaman sekarang nih. G sekolah pun dah tau nak berawek².. Hahahaha.. Tak macam kita zaman dolu.. G sekolah pun hingus meleleh lagi.. Kwang kwang kwang..

Kejap jek rasa nya dia ni besar. Anak sedara aku ni la lelaki sorang dalam keluarga. Fauzan Hafiz nama dia. Ingat lagi waktu dia kekecik dulu (masa tu aku duk ngan abang aku ulang-alik ITM), alahai.. Lambat benau nak beso rasanya kalau kita mengadap tetiap hari depan mata..

Tup-tup, pejam celik, pejam celik, dah besar dah.. Pantas betul masa berlalu.. Tahun ni dah masuk darjah berapa pun aku tak tau.. HAHAHAHAHAHA :)



mrs e

Pukul 2 Pagi.

|
Sudah pukul 2.18 am ketika entri ini di taip..

Aku belum tido lagi..

Tah ape kena, tetiba aku rasa nak tukar template. Nak custom made sendiri. Nak yang simple & sedap mata aku memandang. Dari tadi aku ubah, itu ini begitu begini, tapi rasa serba tak kena aje semuanya. Ejas yang itu, yang sini lari, ejas yang sini, yang situ lari.. Asyik la error sana sini.. Aiseh, kang ai merajuk terus tak nak mentulis blog selama² nya kanggg... ewaaahhhhh..

Dah sume serba tak kena, aku kekalkan jelah template asal. Ade jugak rasa nak tukar ke template minima geram punya pasal tapi kang padan muka aku tak puas hati dengan template sendiri kang terus merajuk tak nak tulis blog dah ;p

Dari tadi apa yang aku kerjakan tak berhasil, lebih baik aku tido sekarang.
Bye-bye.


p/s : tunggu mood aku kembali normal, haaaa masa tu barulah boleh nak menukar template dengan jayanya.. hehehehe :)





mrs e
Monday, January 4, 2010

Menterujakan Atau Melemahkan?

|
Dah pukul 5.40 petang saat ini.. tapi baru beberapa butir nasi jek yang sempat masuk dalam mulut aku.. Itu pun aku curi² kesempatan menyuap tadi..

Hurmmm.. Permulaan hari isnin adelah hari yang menterujakan & melemahkan bagi sesetengah orang.. Mungkin pada cikgu cikgi dan anak² murid yang dah lama tinggalkan alam persekolahan, hari ini adalah hari yang mengujakan. Dapat jumpa kawan² dan mendengar cerita² baru diri masing²..

Tidak bagi aku..

Permulaan hari isnin untuk orang yang bekerja hari² sepanjang tahun (kecuali cuti hujung minggu & kelepasan am) macam aku ni, hari isnin adalah sangat² melemahkan.. Yer la.. dah duduk rehat² kat umah 2 hari, tu pun rasa tak puas aje.. Ditambah pulak dengan kesibukan kerja bila masuk ofis, sampaikan tak sempat rehat langsung! Semua nak cepat. Nak siapkan report, nak compare result.. Dah le report pun tulis ikut sesuka hati, aku yang nak menaip & meng-key in dalam pc ni la yang jadik bengkekkkkkk aje.. Kalau benda tu ditulis dengan betul, kurang lah masalah.. Ini tak, dah melambatkan kerja aku jadi satu hal nak cek dulu samada benda tu ditulis betul ke tak...

Pastu yang menggeramkan hati sampai aku rasa nak menjeritttttttttttttttttttt sekuat hati ialah bila orang yang berkenaan asyik tanye, dah siap ke belum, dah siap ke belum? Kalau le aku ni dah siap, memang le aku dah submit, watpe aku nk peramkan pulak.. Haiyoohhhhh.. Dah le buat sendiri tak tau, lagi mau tanye² pulak.. Bikin hati panassssss aje..

I'm wondering; camne lah agaknye ek diorang ni kalau sok² aku quit dari job ni? Lagi² la kalau aku notis 24 jam, mau haruuuuu diorang.. HAHAHAHAHAHA..


p/s : LEMAH betullll lah ari isnin mcm ni.. I need a vacation.. sape mau sponsor sama saya? Please... ehehehehe




mrs e
Friday, January 1, 2010

Azam Tahun 2010

|
Belum pun masuk tahun baru 2010, tapi dah macam² plan dalam kepala aku. Banyak betul cita² aku untuk tahun ini..Kalau tahun baru Islam 1431H ari tu aku dah ada azam yang besar, untuk tahun baru yang ini aku ade juga listkan azam² aku yang lain....


1. Nak langsaikan hutang-piutang
2. Nak kumpul duit simpanan seberapa banyak yang boleh.. wohoooo
3. Nak bagi gift untuk mr e dan juga reward gift untuk diri aku sendiri
4. Nak pegi 2nd honeymoon
5. Nak beli umah sendiri, InsyaAllah...


Moga² tercapai lah segala azam & hajat aku tu hendaknya.. Aminnn..

p/s : korang lak, ape azam tahun baru masing²? Share lah kalau tak keberatan.. ;)




mrs e