kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Monday, January 11, 2010

Apa Itu Live Blogging?

|
Lets me make it clear tentang live blogging ni, untuk sesapa yang kurang paham laaaa... Kalau yang dah paham nak memahamkan lagi pun takpeeee... boleh sajee ;p.. Tapi aku terangkan setakat yang aku tau lah..

Live blogging ni bermaksud kita berblog terus secara langsung; tak perlu duduk di hadapan pc or lappy kita. Hanya dengan menggunakan handphone korang & yang pasti hp tu ade kredit dan bateri. Contohnya kalau tiba² korang terserempak dengan PM ke, korang amik gambar melalui hp korang, dan terus sent. Secara automatiknya gambar korang tu akan terus di post dalam korang punya blog :) .. Senang kan?

Tapi sebelum itu, korang mestilah ada akaun flickr dulu sebab dari flickr tulah yang sebenarnya meng'post' entri korang tu ke blog. Just a few steps untuk daftar..isi link blog korang n bla bla bla bla.. Bila dah settle sume, korang dah boleh memulakan entri pertama korang menggunakan live blogging ni..

Oh ya, setiap gambar yang dihantar melalui MMS akan dicaj pada kadar biasa RM 0.25 (Maxis) & rasanya rate yang sama juga untuk Celcom.. Walaupun begitu, daripada review yang aku baca, ade sedikit masalah bagi pengguna celcom sebab akan ade pesanan daripada sistem telekomunikasi itu yang akan 'terikut' masuk ke dalam post/entri korang dalam blog. Sampai sekarang, aku tak pasti samada masalah tu dah selesai ke belum..

Lagi satu, bagi pengguna hp SE mungkin ada sikit masalah untuk menaip description tentang entri yang korang post tu. Sebab; untuk hp SE, takde ruang subject untuk MMS yang dihantar tak macam Nokia. Jadinya; flickr pun tak dapat nak separate kan tajuk entri dengan description nya aku rasa.. Jadinya, apa yang korang taip untuk title post tu akan berulang ayatnya dalam korang punya description..

Panjang lebar dah aku terangkan nih.. Korang paham ke idak?..


p/s : Kalau aku rajin nanti, aku wat tutorial nye camne nak wat live blogging ni okeh :))




mrs e

2 comments:

sWeEtdARLiNG said...

dot com leh wat tak? aritu cam boleh buat kat blogspot tp dah lupa laa plak

mrs e said...

sweetdarling;
YES.. for sure ;))