kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Thursday, January 28, 2010

How People Address Me

|
Di rumah, keluarga panggil aku 'ima', dan aku juga membahasakan diri aku juga begitu di kalangan mereka..
Di sekolah dan IPT dulu, rakan² memanggil aku 'shima'..
Di tempat kerja, mereka juga memanggil aku dengan nama 'shima'..

Yes, of course it is, sebab nama aku Nor Najatusshima

Mungkin, untuk memudah dan memendekkan nama aku yang agak panjang itu, mereka memilih pengakhiran 2 suku kata dari nama aku..

Tapi, ada jugak kawan² aku yang senang meng-adress aku dengan panggilan Nor & Naja.. Tidak salah pada aku dengan panggilan itu, as well Naja itu merupakan sebahagian daripada nama aku. Mr e pun, memanggil aku dengan nama Naja atau Naj dihadapan rakan sekerja, menggantikan perkataan 'ayang' yang memang panggilannya untuk aku.

Walauapapun, tidak salah pada aku kamu semua mahu meng-address aku dengan panggilan yang mana satu. Yang mana kamu rasa selesa memanggil aku dengan nama itu; dan yang penting panggilan itu memang merupakan nama aku. Kalau panggil aku bukan dengan nama aku, siap dia. Ini amaran heh.

Begitu pun, aku tak pernah memaksa kamu², terutamanya rakan-rakan blogger memanggil aku dengan nama begitu begini. Aku pernah ceritakan tentang diri aku di awal-awal aku menceburi alam berblog di sini dahulu. Juga tentang singkatan nama aku yang boleh kamu guna untuk meng-address diri aku sebaiknya. Dan, boleh aku katakan, 95% daripada kamu semua yang mengenali aku melalui blog, meng-adress aku dengan panggilan Naja. Kamu semua sendiri yang senang dengan panggilan untuk aku begitu, aku tidak pernah memaksa..

Naja bermaksud Kejayaan. Bukankah itu sesuatu yang amat baik? Jika kamu semua memanggil aku dengan panggilan Naja, semacam bererti kamu semua mendoakan kejayaan aku.. "Naja" "Naja" "Naja" - kejayaan kejayaan kejayaan..May Allah bless all of you.. T_____T


Mari kita terus ke intipati entri ini.

Seorang rakan, rakan lama di IPT dahulu, menghubungi aku semula setelah rakan itu join akaun facebook. Kami rakan sekelas, sebilik, malah juga pernah tidur sebantal ketika kami bergelar seorang pelajar ketika itu.

Suatu hari, dia telah men-PM aku, menyatakan rasa gelihatinya semata-mata dia membaca komen rakan-rakan aku yang lain dalam status aku di facebook.


"Shima, kawan² ko panggil ko naja ke? Aku baca komen ko tadi.. hehehehehe"

"Ha a, kenapa? Aku tak kisah diorang nak panggil aku ape, asalkan nama aku.. ;p"

"Takdelah.. kelakar lah.."

"Nape pulak.. Biarlah diorang nak panggil aku Naja pun.. Lagipun Naja tu bermaskud kejayaan.. bila diorang panggil aku macam tu, bermaksud diorang doakan kejayaan aku.. Moga bertambah² lah kejayaan aku lepas ni.. :))"

"Bila orang panggil ko gitu, aku teringat kat JTP.. sebab dia yang suka panggil ko cik Naja masa dulu (masa belajar)"

"Hahahahaha (ketawa tak ikhlas).. oo yeke, aku tak ingat pun dia, kalo ko ingat dia, maknanya ko rindukan dia la eh..keh keh keh keh"

"Takdelah, mana ade aku ingat dia, aku ingat dia sebab ko ngan dia sama-sama minat hindustan" ~ boleh pulak hindustan? Tu dulu time zaman SRK jek

"Oh pleaseee....aku takde persamaan dengan dia k, dia, dia, aku, aku.."

"Eh, ko jangan lah pulak emosi aku cakap gini" ~ memang emosi pun.. ko tu tak tau nak jaga hati orang..



See, see.. Semata-mata okay dia PM aku cuma nak cakap pasal itu. Bukanlah pelik jika seseorang itu mempunyai nama panggilan berbeza daripada sesetengah orang.. Kakak aku juga begitu.. Dengan nama penuhnya Norrahayu, dikalangan keluarga dia dipanggil nora dan dikalangan rakan² dia dipanggil ayu..


Adakah pelik jika begitu? Pelik ke? Pelik ke?


Aku percaya, kamu semua pun mempunyai 2-3 panggilan nama yang berbeza dikalangan keluarga dan rakan-rakan. Betul tak kawan-kawan?




p/s : JTP-kawan sekelas kitorang yang sangat skema sehingga rasa sangat merimaskan & menjengkelkan!







mrs e

7 comments:

puterikurekure said...

hehehe.kite ada banyak panggilan;
family-along
ayah,family kat kampung dan kawan2 dari kecik-lin
kawan kerja&belajar-intan

pernah gak ada orang tanya leh ke panggil yana atau liyana. cam geli2 ok. hahahaha!
(padahal nama sendirik tu!)

mrs e said...

puterikurekure;
ahahahaha.. betul, sometimes bila kita tak biasa dipanggil certain panggilan daripada nama kita, kita akan rasa geli-geli kan.. comel betul ;p

eis said...

tulah, sbnrnya confuse nak pggil apa tuan blog nih :D

mrs e said...

eis;
hihihihihi.. memana yang selesa lah eis.. tak kisah eis nak panggil ape pun.. :))

isya said...

isya pun banyak 'nama'gak..
;)

sWeEtdARLiNG said...

aku pun ada gak kawan yang bendul macam ni.. hehehehe. abaikan jer, so kita pun tak banyak dosa

mrs e said...

isya;
tulah kan.. ikut keselesaan orang yang nak panggil kita

sweetdarling;
haih.. kadang geram jugak ngan kawan camni. tapi bak kata ko, abaikan ajelah ek ek ek.. hehe