kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Saturday, January 16, 2010

Live Blogging - The Tutorials

|
Baiklah. Baiklah.. Sekarang aku cuba mem'free'kan juga masa untuk wat entri ni khas untuk korang semua. Bukan lambat sebab kedekut ilmu pengetahuan untuk dikongsi bersama, bukan, bukan, sama sekali bukan. Cuma masa yang agak menyempitkan ruang aku untuk mengarang entri ini. Ditambah lagi semacam rumit juga kalau aku beri korang tutorial ni tanpa gambar.. Macam nanti takut ade yang tersesat jalan di pertengahan jalan.. Eh, ada macam tu ke? HAHA

Ok. Kita mula satu-persatu..



Pertama sekali, korang kena ada akaun flickr. Taip jek kat google tu 'flickr', pastu enter dan nanti keluar lah gambar macam kat atas tu. Kalau sesapa yang dah ade, boleh terus sign in, dan kalau belum ade kena sign up dulu yer.. Sign up guna akaun yahoo macam emel korang tu.. pastu ikut jek step by step nya.. Takkan ini pun aku nak terangkan satu persatu, kalau nak juga, memang nak kena dia neh.. ahahahaha




Dah setel? Ok, masuk step kedua lak.. Korang pegi kat tab 'You' dan pilih 'Your Account' macam dalam gambar yang ditunjukkan kat atas tu..




Pastu pilih lak 'Extending Flickr'




Pilih add a blog, dan pilih jenis blog yang kita ada. Untuk blogger dari blogspot, sila pilih 'Blogger Blog'. Tekan next

Kat sini nanti, akan ade owner blog claim ke ape (aku pun tak berapa ingat) jadi untuk memudahkan kerja, dinasihatkan korang dah log in dulu dalam blog korang awal²..




Bila flickr dah verified memang korang owner blog tu, akan keluar features macam kat atas tu untuk korang pilih blog mana yang akan jadi live blog korang sekiranya korang ade lebih 1 blog dalam akaun blogger. Pilih la mana² blog pun yang korang suka




Untuk tukar layout gambar kat atas-tulisan kat bawah, gambar kat kiri-tulisan kat kanan, korang boleh klik pada 'Layout' tu..




Akan terpaparlah gambar macam kat atas ni. Klik je yang mana korang berkenan di hati ;)




Dah siap? Ok, last sekali, korang g ke Help>Tools>Mobile ataupun klik link ini >>http://www.flickr.com/tools/mobile/ untuk dapatkan korang punya unique email adress.. Unique email adress ni contohnya seperti asyik77dia@photos.flickr.com

Apa yang perlu korang buat ialah tambahkan perkataan '2blog' dalam unique email adress korang tu.. Jadi macam ni asyik77dia2blog@photos.flickr.com

It's done! So korang save kan lah unique email address tu dalam hp korang, amik gambar, karang sikit ayat dan sent to unique email address tadi tu. Ia akan di'post' secara automatik ke dalam blog korang. Mudah kan?

Selamat mencuba :))


Notes:
1. Seperti yang pernah aku beritau dalam entri sebelum ni, setiap gambar yang dihantar melalui MMS akan dicaj pada kadar biasa RM 0.25 (Maxis) & rasanya rate yang sama juga untuk Celcom.. Walaupun begitu, daripada review yang aku baca, ade sedikit masalah bagi pengguna celcom sebab akan ade pesanan daripada sistem telekomunikasi itu yang akan 'terikut' masuk ke dalam post/entri korang dalam blog. Sampai sekarang, aku tak pasti samada masalah tu dah selesai ke belum..

2. Perlu diingatkan sekali lagi, pengguna hp SE mungkin ada sikit masalah untuk menaip description tentang entri yang korang post tu. Sebab; untuk hp SE, takde ruang subject untuk MMS yang dihantar tak macam Nokia. Jadinya; flickr pun tak dapat nak separate kan tajuk entri dengan description nya aku rasa.. Jadinya, apa yang korang taip untuk title post tu akan berulang ayatnya dalam korang punya description..

3. Aku sebenarnya tak berapa pasti berapa panjang ayat yang boleh dikarang masuk beserta dengan gambar sekali pada satu-satu masa. Ini kerana, aku adalah pengguna hp SE, so aku memang mengalami masalah untuk mengarang ayat untuk entri live blogging ni. Aku tak pasti samada ia mengikut saiz kb yang dihantar ke ape (kalau gambar besar, ayat dapat dikarang sikit.. Yeke?) Apepun, pengguna Nokia boleh mencubanya :))

4. Mungkin akan mengambil sedikit masa dalam beberapa minit untuk flickr meng'post' entri tu dalam blog korang. Boleh lah refresh² 2,3,4 kali dulu sebelum dapat melihat korang punye entri ni.. hehe



p/s : amy, maaf atas kelewatan. Setelah difikir², naja takut penjelasan naja secara online nanti agak susah difahami, so naja buatkan entri ni. Diharap dapat membantu ya!






mrs e

3 comments:

eis kamil said...

ada masa dan ketika nanti nak cuba, wah! ketika..

Unsung Geek said...

saya punya post jek
dah kuar dah

sWeEtdARLiNG said...

thanks naja... yang penting, charges tu.. eheks! kira ok laa 25sen.. mak amy yang nak pakai ni, dia susah nak access internet kang bersawang plak blog dia.. kekekeke