kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Friday, January 29, 2010

Secreto D' Amour

|
Wahhh.. tajuk tak agak² kan.. Eh, ke macam tajuk drama tv dulu²? Aku macam pernah dengar lebih kurang macam ni, tapi tak surelah..

Since aku rasa aku tak bebas nak menulis semua luahan perasaan aku kat sini, tentang apa yang aku rasa, sedih, kecewa, suka, gembira; jadinya aku memutuskan untuk create lagi satu blog sebagai diari maya aku. Aku sebenarnya tak berapa suka nak buat protected entri kat sini, sebab aku rasa tak adil nanti kalau ada yang terkecik hati kat aku sebab dia tak boleh access entri aku tu.. Aku pun dah lama dah takde guna diari-diari yang tulis² ni.. Seingat aku last masa aku kat sekolah menengah gaknye.. Lepas tu memang nan ado..

Janganlah korang nak kepochi pulak ape address blog aku tu. Semua orang tak boleh access dan baca, kecuali diri aku sendiri. Aku tulis, aku baca. HAHA.. Comel kan?

Lagipun, dah namanya DIARI maya kan, so Secreto D' Amour lah jadinya.. hiks :))





mrs e

4 comments:

puterikurekure said...

ala naja....takde exception ke? kite nak baca gak.
hehehe~
(ngada lebih neh)

mrs e said...

puterikurekure;
akan difikirkan pada masa akan datang..

tapi kan, satu entri pun takde lagi dalam blog tu, cemana nak baca.. ekekekeke

create aje dulu, kang esok² nak menulis dah ade.. :))

E said...

saya boleh baca x?

mrs e said...

abang kalo nak baca kena umpan hadiah ka ayang dulu.. hehehe ;p