kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, January 5, 2010

Tiba-Tiba Teringat

|
Sekarang kamera yang aku guna adalah digital kamera sony cybershot T10. Aku beli tu pun dulu masa beberapa bulan sebelum aku kahwin. Kira dah sangat ketinggalan lah kan daripada korang yang dah pakai kamera digital ni lama dulu sebelum aku.. Dan mungkin ada jugak yang antara korang dah 2-3 kali tukar kamera kepada kamera yang lagi canggih dan lebih banyak MP & function nya. Tapi aku still lagi setia dengan kamera aku tu. Selagi tak rosak dan masih boleh digunakan, memang aku tak terfikir nak beli yang lain ;)

Kenapa ye aku bukak topik pasal kamera?

Tadi masa kat meja makan, sambil melayan mr e menikmati hidangan malamnya, aku tiba-tiba teringat kisah dulu² aku. Zaman baru² melangkah ke sekolah menengah. Tah kenapa tah, aku tak ingat, tapi yang pasti masa tu kawan² & sepupu aku sibuk nak bergambar.

Time tu kehidupan macam agak susah jugak lah kan. Mana ada menatang kamera-kamera ni sume. So sepupu aku yang dapat kamera curi-curi rembat abang/akak dia punya aku rasa, ajak aku kongsi-kongsi beli filem n amik gambar. Kalau beli film roll yang 36, kongsi 3 orang, duit beli filem tu tong-tong lah. Pastu setiap sorang akan dapat amik gambar 12 keping..

Sukeeee aje masa tu nak amik gambar. Sampai turn aku amik gambar, siap lah pakai baju kurung lawa-lawa, pakai cekak rambut, n posing kat pokok bunga loceng depan rumah. Rasa dah lawa sangat lah masa tu ditambah background pokok bunga loceng yang kuning melata.. Buat pose istimewa, posing sana, posing sini.. Senget sana, senget sini..

Habis guna 36 keping, tibelah masa antar filem tu g cuci kat kedai gambar.. Bila dapat jek gambar tu, sekali TAK JADIIIII!!!!.. Ada beberapa keping jek yang nampak lah jugak imej aku, tapi kabur & gelap. Sian kan? Penat jek posing² dan berikan pose yang sehabis baik lah tu konon nya.. Sob sob sob

Sekarang ni dah takde dah orang pakai kamera camtu. Semua dah pakai kamera yang canggih manggih. Touchscreen lagik.. Amik gambar kalau senget ke gelap ke, penataan cahaya kurang ke, boleh jek delete & snap semula..Untung lah orang² sekarang dengan kecanggihan teknologi macam ni.. Even bebudak kecik umur 4-5 tahun pun dah pandai nak gunakan kecanggihan applikasi kamera ni :)


Dah. Itu aje nak cerita. :)




mrs e

5 comments:

eis said...

kamera pakai filem ni rasa tensen je bila gmbr x jadi kan. pastu bengang bila bergambar ramai-ramai ada member buat 'tanduk' atas kepala kita. grrr..

DYLA said...

hehehehhe.. naja dulu22 kan kalau nak amik gambar kene ready2. sbb kang rugi kodak.

tapi skang ni, gambar punyer banyak amik. tapi satu pun tak cuci..

mrs e said...

eis;
ha a.. betul tu.. kita posing punya la lawa..sekali bila siap cuci tengok gambar ade tanduk lak.. cissss..~

dyla;
hahahaha..siap kena tunggu pakai lawa² dulu baru boleh amik gambar..
takut rugii... ;)

ermmm.. betul dyla, amik gambar punyalah banyak, tapi 1 pun x pernah cuci.. serius! memang tak pernah.. hihihihihi :))

puterikurekure said...

naja ni buat kite teringat citer kite tentang kamera filem ni. masa darjah 6 abis upsr, cikgu wat rombongan ke teluk intan. puas la bergambar sakan ngan kawan2. skali ada sorang kawan yang bongok pi bukak kamera, kuarkan filem. haihhh...penat je berpanas nak amek gambar kat menara condong ok. hahahaha!

mrs e said...

puterikurekure;
kamera filem dulu², kalau bukak je tempat penutup filem tu, mmg habis rosak lah segulung filem..

pastu kalo dah abis guna filem, filem tu takleh simpan lama², nanti 'masuk angin' gambar tak jadi.. memang betul punnn.. naja penah cuci filem yang dah diperam lama, sekali bila dapat gambarnye, sume jadi kuning macam gambar lama... huhuhu..