kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Thursday, February 25, 2010

Mesin Basuh Punya Hal

|
Haiiihhhhhhhhhh... Lotih acik!

Ari ni aku balik keje lambat, kul 8.30 baru punch card. Ni sume gara-gara ade inventory ari isnin. Data-data nk kena siapkan, sebab esok dah start cuti kannnn..

Dah le balik lambat, sampai umah lambat, makan lambat, sekali masa aku nak basuh baju boleh pulak mesin tu tak kuar air? Hoih? Apekah kenanya ini?

Mesin basuh tu kan otometik, so sepatutnya air tu akan terus terisi bila saje kita tekan butang power. Tapi sebaliknya lah pulak, air yang masuk tu setakat 2 3 titik aje.. Wallaweiii.. Pukul berapa nak siap basuh baju ni? Dah le stok baju kotor dah membukit dalam bakul baju kotor. Takkan aku nak postpone basuh baju pulak. Sampai bila lak kan..Takkan nak kumpul lagi biar baju yang membukit tu jadi menggunung pulak? Kang ade pulak yang ketandusan baju neh..

Nak kata tersumbat, macam tak.. Nak kata tekanan air kecik dan tak kuat, tak jugak.. Sebab bila bukak kat pili paip air biasa, menyembur-nyembur air tu kuar elok jek.. Apa sebab ek?

Tapi yang pasti, aku nampak banyak semut-semut yang berkumpul kat tempat bawah air tu keluar.. Takkan ko buat sarang kat situ lak semut weiiii, aje macam dah takde kat tempat lain ko nak bermastautin..Atau pun, tah-tah ade bendasing yang tersangkut kat situ? Cicak ke? Haaaa... cicak???!!!.. Eeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

Nak tak nak, terpaksa lah ai yang cantik jelita nih (PERASAN!) mengerah tenaga di malam hari membasuh baju. Wuiiii.. lama giler aku tak basuh baju secara manual macam ni tau... Bertahun la jugak sejak mesin basuh tu mula berkhidmat kat umah ni.. Eh, tak, tak.. Ade la jugak sekali sekala aku basuh baju pakai tangan, contohnya kalau baju yang nak dibasuh tu sikit aje ke, atau basuh baju baru ke, atau time tu dalam keadaan terdesak sebab takde letrik ;P

Tuuuu diaaaaa... Saket pinggang aku ni membongkok bilas baju.. Tangan pun dah kuar muscle dah ni weiiii.. Sib baik olimpik musim sejuk ni takde acara bina badan, kalau tak juri tengok muscle aku pun dah tau aku kompem menang pingat emas punyalah..ekekekekekek

Tah camne lah nak 'bela'kan mesin tu.. Nak panggil technician atau beli baru aje..?

Kalau beli baru, aku nak cakap kat tokei kedai tu camni;
"Tokeiiii... Itu mesin basuh 14kg punya ade tak yang boleh ansuran 5 tahun..?"

Kah kah kah kah

Aku sure, kalo tokei kedai ni dengar pertanyaan aku, memang dia terus wat bolayan aje.. Nak jawab pun ngabihkan boreh dia aje.. :))





mrs e

Siapa Ya?

|

Sape ek? Siapa kamu yang bermastautin di Mountain View, CA yang selalu jengah blog saya? Dah lama saya perhatikan kamu.. Kamu tak nak berkenalan dan tunjukkan diri kamu pada saya ke ;))





mrs e
Wednesday, February 24, 2010

Kerinan.

|
Kerinan, dalam bahasa jawa bermaksud terlambat bangun dari tido..

Yer.. Aku terbangun lambat ari ni.. Syoknyerrrr tido.. Zzzzz.. Alarm berbunyi pun terus tekan 'stop'. Pastu sambung tido balik. Natijahnya, dekat pukul 7 baru tersedar.. Hambekkk ko.. terkelam kabut aku..

Selalunya, kalau aku dah matikan alarm pun, dalam pukul 6.30 gitu fifi akan ketuk pintu bilik kitorang suh alihkan keta sebab dia dah nak kuar g sekolah. Biasanya 6.30 tula paling lambat pun kitorang bangun. Tapi pagi tadi boleh pulak kebetulan keta dia dah parking kat belakang keta aku (sebab malam tadi dia ade kuar g BG).

Dengan baju tak gosok lagi.. masih la dalam dilema, nak pakai baju kurung ke suar? Nak pakai baju kurung ke suar? Last-last pilih pakai baju kurung, iron pun gitu-gitu jek, tudung amik tudung segera (yang tinggal sarung je tuh ;p).

Mr e dah inform kat tempat keje yang kitorang masuk lambat sket ari ni. So, aku pun takdelah rushing sangat. Masih sempat sarapan n minum air..

Tapi disebabkan bangun dengan terkejut, aku rasa lesu sangat. Ni nak wat keje pun takde mood.. Rasa nak sambung tido aje lagi.. ZZzzzzz.. (-_-")





mrs e
Monday, February 22, 2010

2 Tahun & 3 Tahun

|
Huishhhh.. lama giler aku tak jumpe ngan kengkawan aku.. Kawan masa sekolah, masa kat IPT.. seb baik la ade kecanggihan teknologi maklumat ni sekarang.. Semuanya di hujung jari anda.. ececececece ;p

Sebelum cuti CNY ari tu, aku ade la berYM ngan suzi.. Kitorang ni dah berkawan sejak masuk form 1 tauuuu.. Dan kitorang yang pompuan ni, ade kelab rakan sendiri iaitu PPC yang bermaksud Pot Pet Club - (mana tak pot pet nya, sebab semua dalam group ni memasing mulut tak reti diam).. Diam tak diam dah menjangkau 17 tahun usia persahabatan & ade jugak yang dalam PPC ni kawan aku dari sekolah rendah (maknanya usia persahabatan tu lagi lebih la kan).. Punyalah lama, kalau ade anak, dah boleh kahwinkan dah kan kan kan..

Ok, ok, back to the story

So masa berYM tu, cakap la ngan suzi kalau sempat nak ajak kawan-kawan semua jumpe together². Suzi oraitt ajek, setkan masa kul 11++ kat KFC BG n kitorang pun beritau la ngan member-member yang lain. Aku publish status kat FB, suzi lak sms bebudak yang mana dia ade no phone dorang.. Ade gak yang aku call, tapi tak dapat la pulak.. tak tau la da tukar no phone ke ape..

Tak semua dapat hadir.. Sob sob sob.. Tonah g Taman Negara (ape ko buat kat situ cikgu Tonah oiiiii.. camping ke satu family), Iza tak dapat balik sebab takde sesapa kat umah kampung, mak dia g umrah & Yanti pulak tak dapat dihubungi.

Yang ade aku ngan suzi jek n hubby memasing with suzi's kids. Cheqer pun memula suzi sms dia tak balas, tapi sib baik last-last tu dia datang jugak.. :)

Korang percaya tak, aku dah lama tak jumpa ngan PPC member ni sebenarnya. Suzi last aku jumpa masa kenduri kahwin aku 2++ tahun lepas, Cheqer lak 3++ tahun yang lepas masa kenduri kahwin iza (kenduri kahwin aku dia tak dapat datang). Itu yang bila berjumpa, sakan berborak tak hengatttt punya.. Gelak terkekeh-kekeh, sampaikan husband suzi cakap ngan mr e yang kitorang ni kalo dah berjumpa, memang tak ingat ape. Sibuk bercerita n gelakkk aje.. Sib baik la husband suzi n mr e memahami.. hihihihi

Lama la jugak spent time kat situ, dari pukul 11.30 gitu sampai kul 1++ lebih kurang..Syok giler dapat berborak n berjumpa :D


aku-ceqer-suzi
ceqer ni wartawan Metro. Kalau terbaca laporan oleh Zaitie Satibi, haaaa dialah tu ;)


kat depan KFC, sebelum balik
alamak, terlupa nak cover perut ku yang moncet itu.. kah kah kah kah


mr e & suzi's hubby with kids


Betul-betul jek kuar KFC nak balik tu, jalan lak tutup sebab ade perarakan brass band sempena CNY. Yang tu aku cerita next entry yer ;p


p/s : zi, next time kita reramai jumpa lagi yer..







mrs e
Saturday, February 20, 2010

Bernilai $ 4,975.80

|
Tadi g baca blog sweetdarling, terus terasa nak cuba berapa value blog aku nih :)

 

Tuuuuu dia... $ 4,975.8 koooo.. US Dollar lagik.. hehehehe.. Kalau convert duit sini, rate $ 1 sama ngan RM 3.404 sekarang ni.. Jadinya dalam ringgit malaysia, nilai blog aku ni adalah RM 16,937.6232.. Wowwww!!

Bukan ke best kalo tetiap ari bukak blog n taip entri, duit tu masuk dalam akaun kita? Kalau macam tu, memang hari-hari aku sentiasa update aje.. Nak jadi Makcik Kayoooooooooooo lah katakan.. HA HA HA HA HA

Tapi kan, jangan le pelik kenapa yang sweetdarling tu nilai blog dia dalam RM tapi aku punya dalam USD. Setelah ditelek-telek, direnung-renung mencari makrifat, aku rasa ini semua sebab dia ikut blog kita tu pupular kat negara mana. Macam sweetdarling, dia punye popular kat Malaysia, blog aku lak kat US.. (ikut yang result dia kuarkan tula.. tah betul tah idak, aku tak tau..)

Apepun, wat menda ni sesaja boleh ceriakan hari kita.. Fun ape.. :)

Kalau korang nak try tengok value blog korang pulak, boleh klik sini >> http://bizinformation.org/my/


Enjoy!




mrs e

Serba Tak Kena

|
Lalalalalalalalala~ (jap, aku tengah syok nyanyi dengar lagu kat carta sinar ni ;p)

Ok, dah abes.. heheheheee~

Ni nak cerita, aku kan macam serba tak kena dari ari tu. Rasa nak edit template blog ni, pastu tekun la aku ngadap pc ni nak ubah itu, ubah ini.. sehari suntuk okeh! Nak sangat tukar tulisan dia, tapi kan, tapi kan, bila aku suh mr e tengok dia kata tak cantik pulak sebab tulisan tu kecik sket.. Maka tak jadilah aku nak tukar font dia tu walaupun dalam hati ni nakkkkkkkkkk sangat tukar (aku akan pertimbangkan semula)

Pastu, rasa nak letak header kat blog ni. Dah ade dah header tuk blog aku tu, tapi bila aku upload gambar tu jadik kecik lak walaupun width dia tu aku buat sama width blog aku. How comeee arrr? Terus kensel niat suci murni aku tu.. Sob sob sob sob :((

*******

Dah, tu je nak ngadu. Nak sambung dengar carta sinar lagi :D


p/s : have a great weekends uols!





mrs e
Friday, February 19, 2010

Gong Xi (Kongsi) Raya

|
Ari isnin, CNY ari yang kedua, bebudak dept aku ajak reramai g umah bos. Umah bos aku tu kat segamat, senang lah sebab aku waktu tu memang ada kat umah mertua. So, roger-roger, diorang kata nak gerak dari tangkak pukul 10++. Aku ngan mr e cakap ok lah, suh diorang britau lagi nanti kalau dah sampai segamat..

Dalam kul 11++, diorang cakap dah sampai segamat. Aku n mr e pun geraklah dari umah mertua. Ramai gak bebudak dept aku yang g, ada lebih kurang 6 biji buah keta. Semua bawak family memasing. Kira 90% lah yang pegi..

Sesat barat jugak lah nak cari umah bos aku ni. Sebabnya kitorang duk lah cari umah yang ade keta dia, sekali rupanya dia parking keta kat umah jiran yang kosong. Mana satu umah dia, agak confused di situ. Tapi akhirnya, dapat lah jumpa.. he he he

Selain buah limau n asam-asam, bos aku jamu kitorang ngan pizza & kfc. Sesi memakankan diri pun bermula. Tekunnn jek semua time makan ni.. hiks

Gitu gini lebih kurang, borak borak borak.. Kitorang mintak diri. Ade yang terus balik umah, ade yang nak anta sepupu g tunang, tapi yang bujang-bujang g merewang g main bowling. Aku lak g teman mr e gunting rambut..

Opss.. sebelum balik sempat la jugak bergambar.. (gambar yang bawah aku takde sebab tukang amik gambar) :D










mrs e
Thursday, February 18, 2010

JJ Bandaraya Melaka

|
Ari sabtu, mr e keje (OT). Aku malas nak keje sebab memang nak amik masa relax sepenuhnya cuti CNY 4 hari nih, tapi takdelah duk umah jek, sebab aku kuar p jusco.. hehehehe

Dah lama fifi duk mengendeng-ngendeng aku ajak pi jusco sesama. Nak lagi jusco bandaraya melaka yang baru bukak tu dia tak pernah p lagi. Tu yang lagi semangat dia mengendeng-ngendeng kat aku. Aku sebagai kakak yang baik lagi solehah (sila berdiri tegak n buat tangan gaya nasyid), ajak lah dia g ari sabtu tu..

Memang dah plan dah, kalau nak pegi, pegi ari sabtu sebab nanti dah ari ahad n isnin, kedai banyak yang tutup sebab dah CNY. Macam yang kitorang pegi jusco masa CNY tahun lepas, banyak kedai-kedai tutup kecuali jusco punye brand jek yang bukak.

Cakap nak kuar awal sebab takut jalan jammed, tapi tak la jugak kuar awal.. dalam pukul 10++ gitu baru gerak. Fuhhh.. sib baik jalan clear lagi, perjalanan pun smooth jek..

Sampai jusco, terus la shopping shopping shopping.. Dari ground floor ke 1st floor.. Sume kedai kitorang terjah. Bajet bawak duit banyak la sangat riban-riban dalam poket, sekali baru sampai 1st floor, duit dah menipis. Kwang kwang kwang kwang.. Mananya tak menipis, sume yang nampak pun nak dibeli. Main cekut aje.. hihihihi

2nd floor tak gi lagi nih, ohh abaikan saje.. Terus turun ke GF balik n isi perut. Since fifi teringin benau dan rindu betul nak makan KR, so kitorang makan kat situ..


Aku punya


Fifi punya


Air & muffin


Lepas makan, terus gerak balik. Ate nya, dah jadi orang semikin dah. Kena stopkan penyoppingan.. hehehe. Beli JCo donut n pizza jek untuk mak aku n mr e..


Aku rasa donut Big Apple lagi sedap daripada JCo nih..


Main tunjuk-tunjuk aje, sebab banyak yang dah sold out..


Pizza yang yummy.. Lapo la pulak tgk nih. Harus makan pizza lunch nanti.. hihihi


Balik tu dah penat tak hingat. Pastu jalan ke bandaraya melaka dah mula jammed, sebab diorang yang sambut CNY dah berpusu-pusu nak balik makan besar petang tu kan.. Fuhhh.. sib baik..






mrs e
Wednesday, February 17, 2010

Saket Badan

|
Uhhhh... saketnya badan+kaki+tangan+betis aku nih.. Ni sume penangan semalam punya pasal..

Dari ari tu, mr e ajak aku p jogging. Bukan jogging g rock garden ke g taman ke apa, tapi jogging sekitar kampung aku je. Lagi bagus ape, sebab boleh hirup udara segar yang nyaman sebab banyak pokok² menghijau kat sekeliling kampung aku. Udara fresh gitu pagi-pagi..

Nak melaksanakan visi dan misi kitorang tuh, maka semalam bangun pagi-pagi, lepas solat subuh terus kitorang gigih pegi berjogging. Hampir ½ kampung kitorang berjogging, sampai kat tetepi highway tu kitorang berlari. Fuhhh.. penat jangan citer. Nak dekat sampai umah tu, hampir pitam aku dibuatnya. Memang dah berpinau-pinau dah pandangan aku. Sib baik ade mr e. Kalau tak, memang dah terjelepuk kat tengah jalan tu..


Mana taknya, aku ni dah laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaamaaa nau tak eksesais korang tau. Last sekali bersenam pun entah bila. Haiii, tak mengamalkan gaya hidup sihat betul aku nih. Balik berjogging tu pulak, sambung menyapu daun-daun kering kat laman umah. Tu pun aku tak larat dah nak sapu semua, lagipun angin makin kuat bertiup bila hari dah makin meninggi..Tu yang susah nak kaut semua sampah tu..


Lepas siap sume, masuk dalam mandi. Masa ni langsung tak rasa ape-ape lagi. Steady jek lagi sampai lah ke malam. Bila bangun jek pagi tadi... Aduhhhhhhhhhh.. sakitnya satu badan. Paling sakit kat bahagian kaki la terutamanya.. Sampaikan aku nak berjalan pun sekarang ni dah macam orang kena belasah. Kena jalan slow-slow ajek..

Macam ni gayanya, alamat kensel lah plan jogging ahad ni!








mrs e

Hurrayyyy...

|


Uhhh.. syoknyerrr.. Pizza dah ade kat tangkak ni.. Baru bukak minggu lepas kalau tak silap aku. Aku memang lah jarang lalu jalan yang menghala ke Segamat nih, kecuali kalau nak isi minyak kat shell ke atau aku nk ke guardian/watson.

Ari tu, balik keje, nak singgah isi minyak jap, baru le aku terpandang restoran PH ni..Wahhh.. gembira bukan main lagi aku bila ternampak sign PH tu.. Va va va.. Lepas ni adelah option lain kalau aku dah tak tau nak makan ape untuk lunch.. ngeeee~





mrs e

Makan Besar

|
Ini betul² makan besar wooo.. Bukan dorang yang sambut CNY jek yang ade makan besar, kitorang pun adee jugekkkk.. hehehe.. Makan besar kitorang lagi awal sehari daripada diorang; lagi advance gitu.. hik hik hik

Sebenarnya, kat kilang nih ade pertandingan mencipta objektif untuk jabatan masing-masing. Objektif yang paling kreatif dan memenuhi kriteria yang ditetapkan pihak juri akan dipilih untuk menjadi pemenang. Pemenang pertama dapat RM 500, kedua RM 300, ketiga lak dapat RM 200.

Tak sangka lak dept aku terpilih jadi pemenang pertama. Padahal, gitu-gitu jek layout nye. Tapi aku akui lah, ade sikit kelainan lah daripada layout dept lain, yang lebih kurang sama jek kebanyakannya.. huhu

Untuk itu, nak raikan kemenangan n leburkan duit 500 tu, kitorang ramai-ramai g makan kat Sabak Awur, Muar. Aku tak pernah pegi situ sebenarnya, agak sesat barat jugalah nak sampai, padahal senang baitu jek nak ke sana. Tapi dah kata tak penah pegi kan, nak lagi aku tak pegi sama-sama ngan dorang yang lain coz aku balik umah dulu mandi n lepaskan solat maghrib kat umah.. Sib baik jumpa jugak akhirnya tempat tu :)

Banyak gak menu yang ade, sotong sambal, cencaru bakar, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, kerang bakar, telur dadar, siakap 3 rasa tapi ini jelah yang aku ingat. Yang lain tak ingat dah.. Air lak fresh orange n tembikai..


Antara menu yang ada


Kami yang hadir


Sekejapan aje dah habis


Aku sorang jek pompuan kat situ.. Dah tentu dept aku ni ade 2 orang jek pompuan, yang sorang lagi tak dapat pegi, aku la bunga diantara kumbang-kumbang di situ.. Tapi aku bunga yang dah ade bodyguard.. Awwwwwwww

Pastu dah namanya yang lain lelaki, lelaki kan kuat makan, ape yang dihidang tu sekelip mata jek dah hilang. Aik? Macam silap mata lah pulak.. Burok lantok betul la diorang ni.. HA HA HA HA HA

Semua sekali kena RM 300++. Oklah tu kan. Sebab aku rasa, makanan nye pun so-so aje. Tak delah sedap n berasa sangat.. Kira kenyang ajelah.. Alhamdulillah..






mrs e

Anak Rusa Nani..

|
"Anak rusa nani..
Baru kembang ekor..
Apa salah kami (saya)..
Kamu tidak tegur..?"




p/s : kadang² pelik dengan perangai & sikap sesetengah orang...






mrs e
Sunday, February 14, 2010

Gong Xi, Gong Xi

|


MEI TIAO DA JIE XIAO XIANG
MEE GE REN DE ZUI LI
JIAN MIAN DI YI JIU HUA
JIU SHI GONG XI GONG XI


GONG XI GONG XI GONG XI NI (3x)


p/s : Happy CNY n selamat bercuti.. B-)






mrs e
Friday, February 12, 2010

Pertama Kali Pakai

|


Inilah first time aku pakai tudung pattern kayak gini g keje. Sebelum-sebelum ni aku memang tak pernah pakai pun! Walaupun tudung jenis ni agak glamer la dikalangan membe sekerja, tapi tak pernah pulak aku terlintas nak memakainya. Baru hari ni aku beranikan diri memakainya.

Bukan tak nak pakai, malahan aku rasa paling senang kalo aku pakai tudung ni, tak payah nak ejas-ejas dah nak lipat tudung nak pin sana sini, tinggal sarung aje.. cumanya, dedulu aku rasa kalo aku pakai tudung camni, muka aku akan bertambah² nampak membulat dan tembam jadi kembang setaman.. ha ha ha ha... Tu sebab aku maleh nak pakai..

Tapi aku rasa, not bad lah kan rupa aku pakai tudung ni ari ni? Korang tak nak puji, biar aku lah yang puji sendiri.. Heeee~

:)


p/s : tersama la pulak ngan intan yang pakai tudung jenis ni ari ni n sama kaler lak tuh ;p. intan, kita ade janji ke? Hiks





mrs e

Dua Kotak

|


Semalam sebelum balik, membe keje aku suh masuk jap kat dalam satu bilik. Ingatkan ade ape, saspennn jek.. Laaaaa... rupa² nya dia tengah wat sesi pengagihan limau-limau untuk bebudak dept aku.. :D

Kitorang dapat sorang sekotak. Dua kotak tu sebab aku ngan mr e kan duk keje 1 dept, so dapatlah 2 kotak.. Maka mengangkat kotak limau lah kitorang petang semalam wak balik umah.. he he he..

TQ boss! Naik raya jangan lupa bagi angpow pulak.. Opssss.. terlebih sudah... HAHA
;p





mrs e
Thursday, February 11, 2010

Selebet

|
 

Inilah rupa aku yang selebet menggayakan selendang putih yang renyuk ari ni.. huhuhu..Selebet kan?
Di harap Intan berpuas hati melihat gambar yours truly yang tak semenggah ni.. :)



p/s : cepat lah 5.40, aku tak sabar nak balik ni..tak sabar nak tanggalkan selendang ni.. uhuksss






mrs e

Renyuk

|
Menyesal sungguh aku pakai selendang putih ni ari ni tau. Susah giler nak menggayakannya..Sampai renyuk dah selendang ni aku duk pusing sana, belit sini.. Sume serba tak kena. Selekeh gilerr aku.. huhuhu~

Pagi tadi dah tak tau nak pakai baju ape, ternampak baju kurung biru. Aku pun rembat jelah. Cari-cari tudung biru takde, cari tudung putih pulak. Tah mana terselit gaknye tudung putih aku, terjumpa lak selendang putih ni. Ahhh, pakai jelah.

Kat umah nak pakai tudung je dah amik masa. Belit jelah, sebab dah lambat. Sampai tempat keje, aku masuk toilet n amik masa lebih 30++ minit nak menggayakan semula selendang ni.. Last² pasrah jelah, asal boleh aje. Kang kalau aku geram aku pin kat tengah je, pastu selempang kiri kanan kang lagi la pulak nampak selekeh..Aiseh..

Mood aku pun ikut merudum gak ari ni. Sebab penampilan diri tak seperti yang diharapkan. Betul kata orang, keyakinan diri kita dipengaruhi dari penampilan diri kita jugak, kan?





mrs e
Wednesday, February 10, 2010

5+1+1-1

|


5+1+1-1 (aku amik makan sebiji) = 6 biji.. [Mari belajar matematik..ahahahahaa :D]

Nak tahun baru cina ni, kampeni aku bagi semua pekerja limau 5 biji seorang. Kilang ni ade lebih kurang ±300 pekerja, takkanlah nak bagi sorang sekotak pulak ye tak. Oklah tu daripada takde kan..Awal jugak limau ni diagih²kan kat kitorang. Sebab dalam 1 kotak limau tu dah banyak yang tak elok. So, untuk mengelakkan limau-limau tu nanti busuk, maka diagih²kan le pada kitorang sume cecepat supaya boleh dimakan cecepat juga.. hiks

Limau yang berbungkus plastik merah tu kawan aku bagi ari tu. Dia pegi the store beli charger PSP, puas menggodak cina kedai tu bagi limau free. Dapatlah 5 biji, bagi kat aku sebiji. Tak tau la tu masam ke tak. Yang lagi sebiji tu pulak, kawan aku lagi sorang bagi. Tah mana tah dia dapat limau sekotak [supplier bagi rasanya], dia bagi-bagi la kitorang kat dept ni sorang satu..

Boss aku chinese kannn, selalunya ade la jugak dia hulur-hulur limau kat kitorang barang sekotak. Ni sonyappppp ajo.. Tak tau la ade ke tak tahun ni. Kotak limau pun aku tak nampak ni haaaaa...






mrs e
Tuesday, February 9, 2010

Isn't Its So Cute?

|



Cuteeeeeeeeeeeeee sangat kan? Gerammmm aje aku tengok tau. Memang rambang mata jek kalo tengok barang baby nih, boleh leka jugak dibuatnya..

Ari tu masa pembukaan baru Jusco bandaraya melaka, aku sempat la curi masa g sana. Tak rancang pun nak ke sana, tapi saje² jek sajes kan kat mr e balik keje nak meninjau-ninjau kejap. Mr e kata orait jek, lepas keje kitorang pun pegi lah ukur keluasan tapak jusco tu.. ha ha ha ha

Fuiyooo.. memang besar sket dari Jusco ayer keroh yang sedia ada.. N banyak la butik² pilihan kat ruang kedai tu. Dari tingkat ke tingkat, hujung ke hujung aku tawaf tau..Aku tak beli ape-ape pun, just jalan² n survey jek.. Tapi sempatlah belikan anak sedara aku stokin kat atas tu..

Memang comelnesss barang² baby ni kan? Aku yang takde baby lagi pun dah siap berangan² dah nak beli itu ini. Kenapa barang² baby cute sangat ek? Sib baik la belum ade lagi dalam perut ni ha, kalau tak, memang aku dah list down dah ape barangan yang nak dibeli setiap bulan untuk anak aku.. hi hi hi hi

Cepat-cepat le ade baby dalam perut nih (Aminnnn), tak sabar dah.. hehe  :)




mrs e

Akaun Baru

|


Kampeni aku dah war-warkan lama dah, nak tukar akaun bank untuk gaji ke akaun bank yang baru. Sebelum ni gaji sume masuk dalam akaun HLB, pastu sekarang ni nak tukar ke akaun AmB lak. Tak tahu kenapa, ikutkan sajork.. Jangan gaji tak masuk udahhhh donggg

Maka berbondong² lah kitorang ke bank untuk ambil buku akaun setelah urusan buka akaun disiapkan oleh pihak kampeni. Makanya, bertambah lah lagi satu akaun bank aku dan kad ATM untuk memenuhkan purse aku ni.. heeee~

Tapi, sampai sekarang, gaji masih masuk dalam akaun bank lama. Apa cerita? Ni tentu disebabkan segelintir pekerja yang wat endah tak endah jek time kampeni suh buka akaun kat AmB.. Sebab tu gaji masih takleh masuk kat situ..Hmpppphhh..






mrs e
Friday, February 5, 2010

Sesungguhnya Mati Itu Pasti

|
Awal² pagi ni bila masuk tempat kerja, aku dikejutkan tentang perkhabaran kematian seorang rakan sekerja di sini. Sungguh-sungguh aku terkejut!

Mulanya aku sangkakan si penyampai berita itu bergurau. Rupa-rupanya tidak. Rakan sekerja itu meninggal dunia akibat kemalangan semasa pergi ke tempat kerja malam tadi (shift malam). Mengucap panjang aku bila mendengarnya..

Innalillahiwainnailaihiroji'un...

Dua kematian yang aku lalui dalam minggu ini. Tapi bagi aku, kematian yang mengejut seperti inilah yang paling memeranjatkan. Sehingga saat ini, hati aku tak henti-henti berdebar. Sungguh aku tak sangka, dia yang sihat tubuh badan, gembira sepanjang masa, amat ramah terhadap kawan-kawan, pergi dulu menghadap Ilahi.

Bukanlah aku mahu memilih, tapi kalau dibandingkan kematian mengejut seperti ini dengan kematian yang kita sudah bersedia, pada aku lebih baik kematian yang kita sudah bersedia. Kematian yang sudah bersedia ni contohnya seseorang itu  memang sakit, jadi dari situ kita dah boleh bersedia dari segi mental dan fizikal untuk ape-ape jua kemungkinan yang berlaku dan sekiranya ianya berakhir dengan kematian. Sekurang-kurangnya, we'll trying for our best untuk dia sementara dia masih ada. Dan kita lebih redha dengan pemergiannya daripada melihat dia menanggung sakit yang lama.

Kematian yang mengejut macam ni pulak memang sungguh tak disangka. Baru semalam bergurau senda, hari ni tinggal terkaku jasadnya. Memang akan rasa kehilangan sangat-sangat.

Walauapapun, tak kira kematian itu akan berlaku macamana, yang penting kita hargai semua orang yang ada di sekeliling kita. Luangkan masa berkualiti bersama-sama sementara mereka (ataupun kita) masih ada. Kita pun tak tahu, mungkinkah kita yang 'dijemput' dulu daripada mereka?

Sesungguhnya mati itu pasti. Semua orang pasti akan melaluinya. Cuma, cepat atau lambat, kita sendiri tak mengetahuinya.

Wallahualam


p/s : Al-Fatihah untuk allahyarhamah Kamsiah..






mrs e
Monday, February 1, 2010

Takziah Untuk Kawan Baikku

|
Aku dapat berita pukul 8++ malam tadi, bapa kepada kawan baikku telah meninggal dunia..

Kepulangan bapanya ke rahmatullah ini menjadikan dia sebagai yatim piatu.. Aku turut merasa sedih dan faham perasaan kehilangan bapa, sebab aku pernah mengalaminya dahulu..

Semoga roh arwah dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Aminn...


Al-Fatihah..





mrs e

Ting Tong

|
Macam tak berapa betul lak aku rasa diri aku ari ni.. Bukan yang tak berapa betul yang tak betul tu yer, tapi.. ishhh ape aku cakap nih? Berpusing² lak ayat.. huhu~

*nampak sangat aku tak betul -sigh-

kepala aku macam ting tong sket, tapi tak lah sangat..
sebab kurang tido ke? atau aku terlebih tido ke? ke sebab stress ke atau sebab lain ke aku pun tak tau..

memang fenin kalo macam ni, dah fenin tapi tak tau fenin tu disebabkan ape..

hurmmm.. aku harapkan ari ni cepat le berlalu..





mrs e