kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Monday, February 22, 2010

2 Tahun & 3 Tahun

|
Huishhhh.. lama giler aku tak jumpe ngan kengkawan aku.. Kawan masa sekolah, masa kat IPT.. seb baik la ade kecanggihan teknologi maklumat ni sekarang.. Semuanya di hujung jari anda.. ececececece ;p

Sebelum cuti CNY ari tu, aku ade la berYM ngan suzi.. Kitorang ni dah berkawan sejak masuk form 1 tauuuu.. Dan kitorang yang pompuan ni, ade kelab rakan sendiri iaitu PPC yang bermaksud Pot Pet Club - (mana tak pot pet nya, sebab semua dalam group ni memasing mulut tak reti diam).. Diam tak diam dah menjangkau 17 tahun usia persahabatan & ade jugak yang dalam PPC ni kawan aku dari sekolah rendah (maknanya usia persahabatan tu lagi lebih la kan).. Punyalah lama, kalau ade anak, dah boleh kahwinkan dah kan kan kan..

Ok, ok, back to the story

So masa berYM tu, cakap la ngan suzi kalau sempat nak ajak kawan-kawan semua jumpe together². Suzi oraitt ajek, setkan masa kul 11++ kat KFC BG n kitorang pun beritau la ngan member-member yang lain. Aku publish status kat FB, suzi lak sms bebudak yang mana dia ade no phone dorang.. Ade gak yang aku call, tapi tak dapat la pulak.. tak tau la da tukar no phone ke ape..

Tak semua dapat hadir.. Sob sob sob.. Tonah g Taman Negara (ape ko buat kat situ cikgu Tonah oiiiii.. camping ke satu family), Iza tak dapat balik sebab takde sesapa kat umah kampung, mak dia g umrah & Yanti pulak tak dapat dihubungi.

Yang ade aku ngan suzi jek n hubby memasing with suzi's kids. Cheqer pun memula suzi sms dia tak balas, tapi sib baik last-last tu dia datang jugak.. :)

Korang percaya tak, aku dah lama tak jumpa ngan PPC member ni sebenarnya. Suzi last aku jumpa masa kenduri kahwin aku 2++ tahun lepas, Cheqer lak 3++ tahun yang lepas masa kenduri kahwin iza (kenduri kahwin aku dia tak dapat datang). Itu yang bila berjumpa, sakan berborak tak hengatttt punya.. Gelak terkekeh-kekeh, sampaikan husband suzi cakap ngan mr e yang kitorang ni kalo dah berjumpa, memang tak ingat ape. Sibuk bercerita n gelakkk aje.. Sib baik la husband suzi n mr e memahami.. hihihihi

Lama la jugak spent time kat situ, dari pukul 11.30 gitu sampai kul 1++ lebih kurang..Syok giler dapat berborak n berjumpa :D


aku-ceqer-suzi
ceqer ni wartawan Metro. Kalau terbaca laporan oleh Zaitie Satibi, haaaa dialah tu ;)


kat depan KFC, sebelum balik
alamak, terlupa nak cover perut ku yang moncet itu.. kah kah kah kah


mr e & suzi's hubby with kids


Betul-betul jek kuar KFC nak balik tu, jalan lak tutup sebab ade perarakan brass band sempena CNY. Yang tu aku cerita next entry yer ;p


p/s : zi, next time kita reramai jumpa lagi yer..







mrs e

1 comments:

mama | sarah | syimir said...

ooo sudah semestinya bergumbira bersama2 lagi nnt ye