kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Thursday, February 25, 2010

Mesin Basuh Punya Hal

|
Haiiihhhhhhhhhh... Lotih acik!

Ari ni aku balik keje lambat, kul 8.30 baru punch card. Ni sume gara-gara ade inventory ari isnin. Data-data nk kena siapkan, sebab esok dah start cuti kannnn..

Dah le balik lambat, sampai umah lambat, makan lambat, sekali masa aku nak basuh baju boleh pulak mesin tu tak kuar air? Hoih? Apekah kenanya ini?

Mesin basuh tu kan otometik, so sepatutnya air tu akan terus terisi bila saje kita tekan butang power. Tapi sebaliknya lah pulak, air yang masuk tu setakat 2 3 titik aje.. Wallaweiii.. Pukul berapa nak siap basuh baju ni? Dah le stok baju kotor dah membukit dalam bakul baju kotor. Takkan aku nak postpone basuh baju pulak. Sampai bila lak kan..Takkan nak kumpul lagi biar baju yang membukit tu jadi menggunung pulak? Kang ade pulak yang ketandusan baju neh..

Nak kata tersumbat, macam tak.. Nak kata tekanan air kecik dan tak kuat, tak jugak.. Sebab bila bukak kat pili paip air biasa, menyembur-nyembur air tu kuar elok jek.. Apa sebab ek?

Tapi yang pasti, aku nampak banyak semut-semut yang berkumpul kat tempat bawah air tu keluar.. Takkan ko buat sarang kat situ lak semut weiiii, aje macam dah takde kat tempat lain ko nak bermastautin..Atau pun, tah-tah ade bendasing yang tersangkut kat situ? Cicak ke? Haaaa... cicak???!!!.. Eeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

Nak tak nak, terpaksa lah ai yang cantik jelita nih (PERASAN!) mengerah tenaga di malam hari membasuh baju. Wuiiii.. lama giler aku tak basuh baju secara manual macam ni tau... Bertahun la jugak sejak mesin basuh tu mula berkhidmat kat umah ni.. Eh, tak, tak.. Ade la jugak sekali sekala aku basuh baju pakai tangan, contohnya kalau baju yang nak dibasuh tu sikit aje ke, atau basuh baju baru ke, atau time tu dalam keadaan terdesak sebab takde letrik ;P

Tuuuu diaaaaa... Saket pinggang aku ni membongkok bilas baju.. Tangan pun dah kuar muscle dah ni weiiii.. Sib baik olimpik musim sejuk ni takde acara bina badan, kalau tak juri tengok muscle aku pun dah tau aku kompem menang pingat emas punyalah..ekekekekekek

Tah camne lah nak 'bela'kan mesin tu.. Nak panggil technician atau beli baru aje..?

Kalau beli baru, aku nak cakap kat tokei kedai tu camni;
"Tokeiiii... Itu mesin basuh 14kg punya ade tak yang boleh ansuran 5 tahun..?"

Kah kah kah kah

Aku sure, kalo tokei kedai ni dengar pertanyaan aku, memang dia terus wat bolayan aje.. Nak jawab pun ngabihkan boreh dia aje.. :))





mrs e

1 comments:

sWeEtdARLiNG said...

uuiiii tak sanggup den!! sorang punya baju takpe laa, ni 2 dewasa 3 kanak2... katakan tidaaaaaaaaaaaaak!