kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, February 17, 2010

Saket Badan

|
Uhhhh... saketnya badan+kaki+tangan+betis aku nih.. Ni sume penangan semalam punya pasal..

Dari ari tu, mr e ajak aku p jogging. Bukan jogging g rock garden ke g taman ke apa, tapi jogging sekitar kampung aku je. Lagi bagus ape, sebab boleh hirup udara segar yang nyaman sebab banyak pokok² menghijau kat sekeliling kampung aku. Udara fresh gitu pagi-pagi..

Nak melaksanakan visi dan misi kitorang tuh, maka semalam bangun pagi-pagi, lepas solat subuh terus kitorang gigih pegi berjogging. Hampir ½ kampung kitorang berjogging, sampai kat tetepi highway tu kitorang berlari. Fuhhh.. penat jangan citer. Nak dekat sampai umah tu, hampir pitam aku dibuatnya. Memang dah berpinau-pinau dah pandangan aku. Sib baik ade mr e. Kalau tak, memang dah terjelepuk kat tengah jalan tu..


Mana taknya, aku ni dah laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaamaaa nau tak eksesais korang tau. Last sekali bersenam pun entah bila. Haiii, tak mengamalkan gaya hidup sihat betul aku nih. Balik berjogging tu pulak, sambung menyapu daun-daun kering kat laman umah. Tu pun aku tak larat dah nak sapu semua, lagipun angin makin kuat bertiup bila hari dah makin meninggi..Tu yang susah nak kaut semua sampah tu..


Lepas siap sume, masuk dalam mandi. Masa ni langsung tak rasa ape-ape lagi. Steady jek lagi sampai lah ke malam. Bila bangun jek pagi tadi... Aduhhhhhhhhhh.. sakitnya satu badan. Paling sakit kat bahagian kaki la terutamanya.. Sampaikan aku nak berjalan pun sekarang ni dah macam orang kena belasah. Kena jalan slow-slow ajek..

Macam ni gayanya, alamat kensel lah plan jogging ahad ni!








mrs e

1 comments:

nuraarin-life said...

Jogging saya tolak tepi lah, mmg tak larat sgt

Tapi kalau guna alat senaman okay..

Selamat berjogging yer