kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Friday, February 5, 2010

Sesungguhnya Mati Itu Pasti

|
Awal² pagi ni bila masuk tempat kerja, aku dikejutkan tentang perkhabaran kematian seorang rakan sekerja di sini. Sungguh-sungguh aku terkejut!

Mulanya aku sangkakan si penyampai berita itu bergurau. Rupa-rupanya tidak. Rakan sekerja itu meninggal dunia akibat kemalangan semasa pergi ke tempat kerja malam tadi (shift malam). Mengucap panjang aku bila mendengarnya..

Innalillahiwainnailaihiroji'un...

Dua kematian yang aku lalui dalam minggu ini. Tapi bagi aku, kematian yang mengejut seperti inilah yang paling memeranjatkan. Sehingga saat ini, hati aku tak henti-henti berdebar. Sungguh aku tak sangka, dia yang sihat tubuh badan, gembira sepanjang masa, amat ramah terhadap kawan-kawan, pergi dulu menghadap Ilahi.

Bukanlah aku mahu memilih, tapi kalau dibandingkan kematian mengejut seperti ini dengan kematian yang kita sudah bersedia, pada aku lebih baik kematian yang kita sudah bersedia. Kematian yang sudah bersedia ni contohnya seseorang itu  memang sakit, jadi dari situ kita dah boleh bersedia dari segi mental dan fizikal untuk ape-ape jua kemungkinan yang berlaku dan sekiranya ianya berakhir dengan kematian. Sekurang-kurangnya, we'll trying for our best untuk dia sementara dia masih ada. Dan kita lebih redha dengan pemergiannya daripada melihat dia menanggung sakit yang lama.

Kematian yang mengejut macam ni pulak memang sungguh tak disangka. Baru semalam bergurau senda, hari ni tinggal terkaku jasadnya. Memang akan rasa kehilangan sangat-sangat.

Walauapapun, tak kira kematian itu akan berlaku macamana, yang penting kita hargai semua orang yang ada di sekeliling kita. Luangkan masa berkualiti bersama-sama sementara mereka (ataupun kita) masih ada. Kita pun tak tahu, mungkinkah kita yang 'dijemput' dulu daripada mereka?

Sesungguhnya mati itu pasti. Semua orang pasti akan melaluinya. Cuma, cepat atau lambat, kita sendiri tak mengetahuinya.

Wallahualam


p/s : Al-Fatihah untuk allahyarhamah Kamsiah..






mrs e

11 comments:

Sz said...

alfatihah...semoga rohnya dicucuri rahmatNya.. :(

DYLA said...

sedehnya naja.... kalau dyla pun terus berdebar2 sbb rakan sekerja.. baik tak ngan naja? maksudnya rapat tak??

moga rohnya dicucuri rahmat. teruk nampaknya kemalangan tu..

sWeEtdARLiNG said...

al-fatihah... moga dicucuri rahmat.. macamana keluarga dia? ada anak2 ke? kesiannya.......

puterikurekure said...

innalillahiwainnailaihiraji'un...

semoga roh arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman. al-fatihah.

rasa ralat kan? bila arwah dikembumikan? naja pi ziarah tak?

me, myself & mbek said...

takziah utk keluarga si mati. bleh aku tau penyebab kematian dia?

mrs e said...

sz;
:'(

dyla;
tu la.. tak keruan rasa hati. arwah memang ramah dengan naja walaupun tak berapa rapat. dulu-dulu arwah n kawan² nya mengaku yang diorang adik angkat mr e..

sweetdarling;
amy.. arwah bujang lagi. baru masuk 28 tahun kalo tak silap. paling kesian tengok maknya lah tadi.. sedih benar dia kehilangan anak bongsu kesayangan.. sayu sangat tengok orang tua menangis macam tu..

puterikurekure;
dah dikebumikan sebelum zohor tadi. alhamdulillah, naja sempat p melwat dan menatap wajahnya buat terakhir kali..

farda said...

kak shima,kamsiah ni org mana? dia sekolah sarsi ke dulu? kot2 kita kenal ke?

mrs e said...

ayun;
dia eksiden masa otw g keje malam tadi. ade orang kata arwah mengelak lembu.. tapi bila orang sekeliling tempat kejadian keluar bila dengar ade eksiden, langsung tak nampak pulak sekor pun lembu..

langgar lari ke apa, aku pun tak tau, sebab agak teruk juga keadaan arwah.. patah tengkuk, kaki & tangan..

wallahualam

mrs e said...

ila;
tak rasanya.. sebab umahnya kat area chincin, melaka..

isya said...

alfatihah..

ArELeEz said...

so sowy to hear 'bout ur fren.. al fatihah..