kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, March 30, 2010

TaK Habis Lagi Pasal Inventory!

|
Seharian ko! Masakkkk aku kat SMM semalam. Sob sob sob sob..

Ingatkan dah abis la citer pasal inventory nih, rupa² nya, tidakkkkkkk.. Oh oh oh.. Penat giler mengenangkan perihal inventory. Dari sebelum inventory kena prepare sume data, sampai dah lepas inventory kena check data pulak. Apa taknyeee, diff amount nye punyalah banyak..! Boleh beli banglo sebijik.

Dari petang ahad sebenarnya bos aku suh masuk meeting. Apekejadahnya kan nak masuk meeting ari ahad. Tak koser aku. Ramai jek pun yang dipanggil meeting tak masuk. Har har har. Malas nak layankan kalut bos aku tuh. So, lepas tu dia sms & call, cakap esok pagi kena masuk awal untuk meeting ke SMM. Pulak dahhhhhh.. Tapi tak boleh lah nak bagi alasan lagi kan. Nak tak nak ke terpaksa ke, tetapp jugak lah kena pegi.

Dalam pukul 7 gitu aku masuk kilang, terus siap² dokumen n data untuk bawak ke Sharp. Terus gerak. Bos aku dah gerak dulu dah. Aku naik ngan 2nd man bos aku. Kitorang pegi bertujuh.

Sampai sana terus bukak dokumen, check data. Pung pang pung pang, part aku dah siap sebelum rehat tengahari. Selepas tu duk melanguklah aku menunggu diorang yang lain yang tak siap lagik. Gitu gini, pukul 7.40++ malam baru kuar dari Sharp. Haiyohhhh..




Parts Control Main Office



Bos aku tengah tengok result diff amount yang terkini



Staff nye sume dah balik, tinggal 2-3 orang je



Aku yang dilanda keboringan..huhuhu~


Bukti aku berada di tempat kejadian. Eceh.



Tengah aku membosan-bosan tu aku dapat sms. Ingatkan daripada mr e, rupa² nya dari nombor yang aku tak kenal.

"Hai.. Boleh berkenalan? Ni cikgu Azura ke? Agak² ni sape?"
Cett..Dah le ko aku tak kenal. Pastu salah orang. Nak aku suh teka pulak.

Pikir... Nak balas ke tak ek? Ermm.. bolehlah, abiskan kredit aku tuk sekali sms nih.
"Ni bukan cikgu Azura. Ni Azura yang berlakon dalam filem Azura dengan Jamal Abdillah tu.."
HAHAHAHAHA. Aku ketawa dalam hati. Takleh gerak sensorang, bos aku ade. Kang dikata tak betul lak aku kang :)

"Ermm.. yela tu.. ni cikgu Azura la ni kan.. Ni saya la cikgu, wan. Ni saya guna nombor adik saya.."
..........Aku tak balas

Dia tak puas hati, sms aku lagi.
"Ooo.. dah tau ini wan, terus cikgu taknak reply eh.. Takpe..."
E, eh. Dia macam nak marah pulak dah. Ahhh, malas lah aku nak layan. Kang bila dilayan, panjang berjela jadiknya.

Dah la aku tak kenal, tah sape-sape jek tah. Diamkan aje. TAK PENTING. Yang penting sekarang aku mahu pulang berjumpa dengan kekasih hatiku yang menunggu si dara (dara?) pujaan.. Chewwwwahhhhh.. Kih kih kih kih ;p

On the way balik tu bos aku ajak singgah makan dulu. Dah la hujan lebat, perut berkeroncong tak hengat. Aku order mee goreng, tapi makan separuh jek tak habiskan. Dah tak boleh masuk lah.

Sampai kat Top Empire dekat pukul 10 malam. Letak barang jap, terus gerak balik umah. Penatnyaaaaa.. Aduhaiiiiiiiiiiiiii...







mrs e
Sunday, March 28, 2010

Penat Tak Hengattt

|
Dah lama dah fifi plan nak ajak aku teman dia p shopping. Tujuan utamanya, nak cari baju untuk pakai ke kenduri kahwin. Aku orait aje, asalkan aku dapat angin 'sipi-sipi' hasil penyoppingan nya jadiklah kan.. muahahahaha.. :D

Memandangkan memang aku off-day semalam, fifi ajak shopping. Aku ok jek, tapi mr e tak dapat nak ikut sebab dia kena kerja untuk prepare inventory customer Teac dan Takara pulak (haih.. tak habis-habis inventory!)..

Pergilah kami ke JJBM, sampai kat sana dalam pukul 11, balik sampai ke rumah dekat pukul 8. Haiyohhh.. Sikit punya penat. Mana taknya, sume kedai kitorang masuk dan terjah. Nampak butik CR, masuk. Nampak butik Sembonia, masuk. Sume pun nak dirembatnya. Daripada poket berisi, terus tinggal habuk. Wakakaka..

Gambar memang aku tak amik, sebab sibuk bershoppingan katanya. Nah, aku tunjuk hasil.





Oh ya, sebab balik umah dah malam, aku tak lupa belikan sesuatu untuk mr e. (Bodek beb.. hiks). Itu pun jenuh gak memilih mana yang sesuai ikut citarasa aku. Aku tak suka yang banyak sangat poket, tak suka yang banyak sangat tempat gambar. Aku suka yang simple but nice~





Apepun, walau penat, hati ada seronok.. Shopping kan satu terapi minda bagi orang pompuan ;p. Kalau boleh, ari-ari nak p shopping tau, tapi duitnya ajelah yang tarak.. keh keh keh keh..








mrse
Friday, March 26, 2010

Bukan Ke Laut.

|
Semalam ngan semalamnya, takde entri dalam blog nih, bukan bermakna mood aku masih ke laut. Tapi sebenarnya aku tak sempat pun nak mengarang entri ataupun publish kan mana² entri draft aku. Aku betul² tak sempat sungguh!

Hari selasa, masa on the way balik keje, dapat call kata makcik aku meninggal dunia (adik ipar mak aku). Sungguh² aku terkejut, sebab dia sakit pun tak lama, aku sendiri pun tak sempat menziarah dia masa sakitnya. Alih² umurnya tak panjang. (Al-fatihah). Makcik aku ni meninggal kat Hospital Selayang. Ikut kata² pengamal perubatan, makcik aku ni terkena perbuatan orang yang dengkikan dia. Tak tahulah aku, mungkin yang sebenarnya ajalnya dah sampai, cuma itu jek yang nak dijadikan penyebab kematiannya. Wallahualam..

Makcik aku memang tinggal kat Selayang, maka jenazahnya pun dikebumikan kat sana.

Yang aku ni, duk tefikir-fikir. Kalau ade kes kematian, boleh cuti 1 hari (saudara rapat) & 3 hari kalau ahli keluarga (mak, bapak, adik beradik). Tapi nya, ari khamis (semalam) ade inventory, hari rabu memang nak kena prepare sebab khamis memang customer dah datang. Sepatutnya tak boleh cuti atau MC (cuti dibekukan untuk prepare inventory), tapi kes kecemasan camni ni, camne yer? Dahlah, aku yang duduk sama ngan mak aku, maka aku lah yang diharapkan untuk bawak mak aku ke Selayang..

Nak pegi ke tak?

Nak pegi ke tak?

Nak pegi ke tak?

Camne ek?

.................

Last-last aku amik keputusan untuk pegi. Sape lagi nak bawak mak aku kan.. Lagipun masa sakitnya aku tak sempat g menziarah, takkan lah untuk kali terkahir ni aku tak nak pegi. Tentang kerja tu aku tolak jadi perkara no 2, hubungan kekeluargaan lebih penting! Tak mananya kalau aku ngan mr e tak datang, kampeni tu bungkus!

Tapi kitorang cakaplah, akan masuk juga kerja selepas balik n support untuk inventory.

Pagi rabu selepas subuh, kitorang dah gerak dari rumah. Singgah jap kat R&R Seremban, jumpa sepupu aku dari Segamat yang tunggu kat situ. Minum² jap, then gerak semula. Aku ni tak tau jalan, korang tau la jalan KL. Ari ni macam ni, tengok esok, aikkkk.. Dah berubah. Maka harapkan la pada pakcik aku. Mem-follow jelah kat vontottt keta dia. Alih² sesat-barat jugak..Haihhh.. Tergelak-gelak kitorang sebab pakcik aku tu sempat bawak kitorang masuk Batu Caves tu bape kali. Sib baik tak sampai pusingan macam tawaf.. Kekekekeke

Sampai jek Selayang, jenazah dah siap sedia untuk disembahyangkan. Terlambat rupanya. Pakcik aku ade juga cakap pada Pak Imam nya, mintak dibukakan sekejap sejurus lepas solat sebab nak tengok rupanya buat kali yang terakhir. Tapi hampa, sebab tak dapat. Last chance, tengok masa sebelum dimasukkan ke liang lahad jelah. So buru-buru kitorang ikut hantar ke kuburan. Sebab tak tahu dan tak biasa jalan kat situ, maka berpusing-pusing jugak lah lagi kitorang nak sampai kawasan perkuburan. Dah jumpa sebenarnya kawasan perkuburan tu, tapi tak tau nak ikut jalan masuk yang mana sebab jalannya agak merumitkan sikit untuk sampai ke kubur makcik aku. Rupa² nya nak kena pusing lalu taman perumahan dulu kalau kita dari sebelah sini untuk ke sebelah sana. Dah lambat cari jalan tu, akhirnya masa kitorang sampai, jenazah pun dah dimasukkan ke liang lahad. Tak dapat jugakkkkkkkkkk nak tengok untuk kali terkahir. Lebai Malang sungguh la kitorang ari tuh.

Balik dari kubur, g umah makcik aku jap hilangkan penat. Duduk-duduk dengan sedara mara yang ada, pukul 1 aku mintak diri. Tak boleh nak gerak lambat sangat, sebab aku nak masuk keje kan.. Singgah jap makan tengahari kat R&R Seremban, pukul 4 sampai umah.

Lepaskan bersolat asar sekali kat umah siap-siap, baru gerak g keje. Masuk pukul 5 petang, balik sampai umah pukul 12.30++ malam..

Semalam lak balik kul 11 malam, sampai umah kul 11.30++ malam. Niceeeeee..

Penat jangan citerlah, sib baik esok tak keje.. Boleh lah menampal waktu rehat aku mana yang tak cukup tuh. So sebab itulah, takde entri tuk 2 hari semalam nih.. uhuksss



p/s : aku perasan follower blog & networkblogs aku makin bertambah. Tq korangggg.. sudi jadi follower blog aku yang tahapehapetah punya merepek je ni.. hehe ;p








mrs e
Tuesday, March 23, 2010

Ke Laut.

|
Dah kat tengah laut MOOD aku tu..

Tolong! Tolong! Tolong selamatkan MOOD aku tu....

...............................


p/s : camne nak berblogging kalau mood takdek?








mrs e
Monday, March 22, 2010

No Sweat

|
Musim-musim panas gini kan, badan cepat nau berlengas dan berpeluh. Nak-nak lagi tang ketiak kannn.. Kalau dah berpeluh berlengas tu konfemmmmmmmmmm bau bushuk mashemmmmmmmmm sume ade.. Uhukss

Aku paling lemah kalo dekat dengan orang yang ade vauuuu macam gini.. Terus rasa nak uwek-uwek je. Loya anak tekak. E eh, ni bukan lah uwek-uwek ade 'isi' ke ape, ni sebab tak tahan ngan bau mashammm lah ni.. ;p

Aku memang sajeskan kalo korang yang ade masalah kat atas tu gunakan benda seperti gambar yang tertera kat bawah ni.



Bukan nak cakap apelah kan, kalau seseorang tu rupa ade, penampilan menawan, senyuman manis, ade karisma tersendiri yang mengagumkan TAPI kalau bau ketiak masham memang sume ciri-ciri yang kat atas tu memang konpem lah dah terus terjun ke laut. Buat ape kalau kita jaga rupa paras dan penampilan tapi benda yang penting kita tak jaga?

Oleh itu, penggunaan adidas action 3 ni amat-amatlah dialu-alukan. Untuk kesegaran sepanjang hari, memang inilah pilihan yang tepat. Antara ciri-cirinya yang lain adalah:

  1. Melindungi lebih 24 jam daripada peluh
  2. Lebih penyerapan kebasahan dengan sistem New Dry Max
  3. 0% alcohol

Marilah kita semua bersegera membeli dan menggunakan adidas action 3 ni... Baunya sedap lagi menyegarkan. Kita nak wat keje sepanjang hari pun no sweat lah. Takde gangguan punyeee.. Ai likeeeeee..

Tak percaya cakap aku? Hah, balik keje kang, p terjah memana pasaraya n sambar sebotol. Dah pakai baru tau.. Hehe ;p





Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions





mrs e

Belated Wedding Wish

|
Lama dah sebenarnya kawan aku yang sorang ni naik pelamin. Tak silap aku 26 febuari ari tu masa cuti Maulidur Rasul diorang nikah. Asyik lupa jek nak wish diorang kat sini.

Fiza (Afiza) ni sebenarnya kawan yang akrab dengan aku jugak kat itm dulu selain Ina. Fiza ni orang Sarawak, so wedding dia tak dapatlah aku hadirkan diri, jauh bebeno beribu batu kannnn.. sob sob sob.. Takpelah ja, aku doakan kebahagiaan korang dari kejauhan ye! :)

Jom layan gambar outdoor photoshoot diorang ;p















Cantik betul ko ja dalam wedding dress.. Kacak bah!


Yang kesiannya, sekarang ni diorang PJJ husband & wife. Husband keje kat KL, Fiza nye lak masih keje kat Sarawak. Aku doakan fiza ni cecepat la dapat keje kat KL n duduk ngan hasbennya kat sini. Sian diorang menanggung rindu.. :)


p/s : semua gambar² di atas aku amik daripada official photographer diorang. Cantik kan gambar² nya? Boleh klik sini untuk lebih lanjut.







mrs e
Saturday, March 20, 2010

Cahaya Menembusi Awan, Indahnya Ciptaan Tuhan

|




Location : Bukit Gambir


Aku dapat capture momen ni masa on the way balik dari segamat umah MIL aku ke Bukit Gambir.

Cantik kan?

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.





mrs e
Friday, March 19, 2010

Persandingan Azhar & Adibah

|
Kan aku de cakap sepupu aku kawin ari tu kan.. Haaa.. ni gambar sekitar majlisnya. Tah pe kena tah aku ni, punyalah malas tul nak transfer gambar dalam lappy. Duk terperuk jek dalam kamera. Ni pun suh mr e yang tolong transferkan pagi tadi. HAHA Oleh itu maafkanlah ye kalau entri ini baru kuar hari ini.. (Maafkan kami penunggu gua, maafkan kami penunggu gua..~ tetiba teringat lak dialog dari cite P Ramlee ;p)


Pengantin berarak


Diorang ni sebenarnya nikah dah lama, tak silap aku selepas raya haji tahun lepas. Eh, ke sebelum ek? Alamak, betul² tak ingat lah. Nikah gantung dulu, sebab majlis bersanding belah pompuan nak wat pengantin 4. Ooh, lupa, sepupu aku yang pengantin lelaki tu.


Silat.. eyaah eyahhh cakpong-cakpong (*eh, pesal lak tetiba cak pong masuk nih?)


Disebabkan ade yang kata tak elok adik beradik nikah dalam tahun islam yang sama, tu yang diorang nikah dulu. Nak lagi best, masa kenduri kahwin ni berlangsung, belah pompuan belum wat kenduri lagi. Kenduri belah pengantin pompuan baru nak buat hujung minggu nih. Agak pelik lah kan? Sebab selalunya kan mesti kenduri belah pompuan dulu baru belah pengantin lelaki. 


wawa men'sumbang' kan lagu Selamat Pengantin baru sementara pengantin sedang bersanding


Ala, dah nikah, kenduri belah lelaki dulu ke pompuan dulu, what the hal lah kan? Yang penting, semua berjalan lancar ;p


'Orang Kuat' rewang yang gigih berangkat
Mr e pakai baju pakatan rewang kg aku.. siap ade logo 1 Malaysia lagi youuuu


Lepak nampak si baju merah tu?
Penat yeee bangggg.. hehe


N guess what? Pengantin sebenarnya bukan bersanding berdua, tapi bertiga sebab pengantin pompuan dah peknen masuk 3 bulan.. Alhamdulillah.. Murah rezeki diorang :)






mrs e
Wednesday, March 17, 2010

Berubah Kepada Kebaikan.

|
Setiap hari, aku berazam menjadi insan yang lebih baik daripada semalam..

Setiap hari jugak, ade yang azam aku itu tercapai dan ada yang tidak. (MasyaAllah..!)

Bermuhasabah terhadap diri sendiri, selalu aku renungkan ape perkara terbaik yang pernah aku lakukan dalam hidup. Dalam bermusahabah ini, yang selalu aku selalu fikirkan ialah tentang pencapaian aku dalam soal amalan.

Masih banyak amalan aku yang tak cukup. Masih banyak yang lubang di sana sini. Masih banyak yang perlu diperbaiki.

Terdetik di hatiku, kalau lah umur tak panjang, bagaimanakah nanti kehidupan aku di 'alam sana'? Sukar untuk aku bayangkan. Nauzubillah..

Kehidupan akan lebih bermakna jika kita berjaya di dunia & akhirat. Dan ramai orang yang telah berjaya tetapi tidak lupa tuntutan tanggungjawab terhadap hari akhiratnya. Untuk itu, aku bertekad untuk menjadi seorang insan yang lebih bermakna dengan mempunyai keseimbangan kehidupan dunia dan akhirat supaya aku lebih dirahmati oleh Allah s.w.t. Amin.




mrs e
Tuesday, March 16, 2010

Rindu Mereka ;)

|
Aku rindu dengan kawan² yang pernah mewarnai hari-hari aku suatu masa dulu. Kawan² bergelak ketawa, bergurau senda, tak kurang juga berkeluh kesah bersama. Tapi disebabkan kekangan masa dan masing² ade komitmen pada keluarga & kerjaya, maka tak dapatlah kitorang nak berjumpa selalu.. huhuhuhu~

Kalau kat sekolah menengah dulu, masuk form 4 jek kitorang ade kelab sendiri (maybe aku pernah mention kat entri² sebelum nih). PPC nama kelab kitorang, yang membawa maksud Pot Pet Club. Mana tak Pot Pet nya, kalau jek geng kitorang lalu, satu bilik guru dah tau dah sape.. HAHAHAHAHA. Tapi cikgu tak kisah, kawtim baekkkk punya.. hiks. Cikgu-cikgu cakap, asalkan pelajaran okey, diorang ok aje.. =D. PPC ni ade 6 orang; aku, suzi, ceqer, iza, tonah & yanti. Kalau masa belum kahwin dulu, ade la jugak arrangekan masa nak jumpa kalau memasing balik kampung, tapi sekarang dah tak sempat. Dengan nak berbagi masa ke umah mertua, ngan anak² lagi (n suami jugak). Kalau arrange masa nak jumpa pun, kang ade yang ok tapi ade yang clash lak masanya.. haihhh

ceqer, aku, iza, tonah

 PPC (yanti, ceqer, tonah, suzi, aku & iza duduk kat depan)


Masuk poli lak, dalam kelas aku tu tak la ramai sangat budak pompuan. So sume dak pompuan kira geng baik la. Tapi ade seorang yang jadi besfren aku, iaitu Cik Bum. Tah nape, dalam bebanyak klasmet aku yang pompuan tu aku rasa serasi sangat ngan dia. Ape-ape jek pun sume share ngan dia.. Sekarang ni jarang sangat jumpa n dapat berhubung dengan dia. Lagipun dia duk nun jauh di Shah Alam sana, tak selalu online YM, takde Fb. Tu yang susah tu. Adekah jarak dan masa yang memisahkan sebuah persahabatan? Chewwwaaahhh.. ;p

Masa sambung belajar jap kat itm, aku rapat ngan Ina. Dia sama-sama satu poli ngan aku, coursemate tapi lain kelas. Boleh pulak masa kat itm ni kitorang jadi rapat sedangkan kat poli cuma tegur gitu-gitu aje.. he he. G kelas sama-sama, shopping pun sama-sama. Sampaikan Bf dia pun dah jadi macam Bf aku.. keh keh keh keh keh. Tapi semua klasmet aku kat itm ni memang best, walaupun aku kat situ tak lama, tapi masih berhubung sampai sekarang. Fb lah yang mendekatkan kitorang semula.. Best!!


itm klasmet



Hurmmmm.. Rindunya aku kat kawan-kawan sume.. Agaknya, ade tak peluang kita berjumpa lagi?





mrs e

Monday, March 15, 2010

So Sleepy.

|
Rasa mengantuk sangat! Sangattt-sangattttttt..!!!

Berat jek mata aku ni nak celik..Berhujung minggu yang agak penat, inilah selalunya yang berlaku di pagi isnin...

Ari jumaat, hari yang aku rasa tiba² aku menjadi seorang yang sangat sibuk. Tak selalu aku rasa macam ni. Selalu walau banyak mana pun keje, aku tetap dapat merasa ke-santai-annya.. Ini tidak, dari pagi memang aku rasa banyak sangat keje yang menuntut perhatian aku. Itu penting, ini penting. Hinggakan aku terpaksa bekerja sehingga ke 10 malam.. Memang kalut.

Bila balik dah malam, sume aktiviti malam pun tertunda-tunda. Sampai rumah nak mandi, makan, medang.. hampir 2 pagi baru kami tidur...

Pagi sabtu nya pulak, pepagi dah bangun. Mr e bersiap nak g keje, sementara aku menjadi baby-sitter ari ni. Bukan sape jek pun yang aku jaga, anak sedara aku. Selalu tu mak aku yang jaga, tapi sebab mak aku ade rombongan nak anta orang bertunang, maka aku la yang amik alih. Sumenya Ok-Ok aje, tapi by the time budak tu nak tido jek, boleh pulak takde karen. Apelagi, 'menyanyi' lah budak tu kepanasan. Sib baik la wawa ade balik kampung, ekon keta dia la yang menyelamatkan keadaan.  Sampai ke Gersik tu peginya nak menidurkan budak tu. 2 kari trip lak tuuuuuu...

Malam sabtu, ke rumah makcik aku sebab ade kenduri kahwin. Dekat je rumahnya, selang 2 buah rumah dari rumah aku. Balik dari rumah makcik aku dah lewat, tido pun lewat dekat² kul 2 jugak..

Ahad petang, ke rumah makcik aku lagi. Kul 4.30 baru balik. Lepak-lepak kat umah sambil melayan pakcik-makcik aku dari Segamat & Batu Pahat. Malam pulak, lepas isyak, g lagi umah makcik aku yang wat kenduri kahwin tu.. Ade kuda kepang. Dah lama tak tengok, harus tak lepaskan peluang walaupun takut-takut.. Ramai gilerrrr orang yang datang nonton.. Takut bila tengok time diorang dah naik minyak.. Seriauuuuu...

Show kuda kepang abis kul 11.40++ malam. Balik umah gitu gini gitu gini, dekat pukul 1 jugak aku tido..

Berapa malam asyik tido lewat jek, tu yang aku rasa tak cukup tido.

Sikit punya liat nak bangun pagi tadi. Lagi-lagi tengok fifi syokkk je tido tak keje sebab cuti sekolah kannnnn..

Haihhhhh.. (-_-")

Nur Rania Irdina
Aku jadi baby-sitter ini budak oh..






mrs e
Wednesday, March 10, 2010

Soto Ali

|

Soto Ali, originally uploaded by mrshandri.

Soto Ali

Cakap Aje.

|
Setiap kali pagi nak pegi keje, mesti aku cakap ngan mr e

"Ari ni ayang tak nak makan (bfast n lunch), malas nak makan.."
"Ok, tak yah keluar lah macam tu.. (keluar waktu lunch).."

Iyoooo la sangat tu tak nak makan kannnn.. Itu sume statement tak boleh pakai punye.. Hahahahahahahaha. Sebab;

Kul 10.30 pagi.

Nyet nyet nyet nyet nyet nyet...~
"Tengahari soto. Amacam?" - sent~

Dibalas oleh si suami.
"Katne"

"Kat Nasi Ayam Ali (nama kedai). Tak pun kite makan nasi+sup tulang kat Mat Tulang (pun nama kedai jugak). Srup srup"


Keh keh keh keh.. Dush dush dush sket kat diri sendiri. Cakap tak serupa bikin betul lah. Cakap aje tak nak makan, tapi bila perut dah kruk krak kruk krak, kepala ni ligat aje pikir nak makan ape. Walaupun pepagi tadi tak nak makan dengan alasan dah tak tau nak makan ape, balik-balik menu yang sama jek, tapi dah lapar ni pandai pulak otak memerah ingatan apa lagi makanan yang dah lama tak makan kat sekitar sini.. muehehehehehe

Apepun, kata persetujuan telah dicapai. Tengahari ni nak makan soto. Yeayyy..!!





mrs e
Tuesday, March 9, 2010

You Are My Everything

|
Especially dedicated to Mr. H


You're my everything
The sun that shines above you
Makes the bluebirds sing
The stars that twinkle way up in the sky
Tell me I'm in love
When I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my finger tips
And all the while my head is in a spin
Deep within, I'm in love
You're my everything
And nothing really matters but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes
You're my everything
Forever and a day I'm need you close to me
You're my everything
You never have to worry, never fear, for I am near
For my everything
I live up on the land and see the sky above
I swim within her ocean sweet and warm
There's no storm, my love
You're my everything no nothing really matters
But the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes,
You're my everything
Forever and a day I'm need you close to near
You're my everything
You never have to worry, never fear, for I am near
When I hold you tight
There's nothing that can harm you in the lonely night
I'll come to you and keep you save and warm
Yet so strong, my love
When I kiss you lips
I feel the rolling thunder to my fingertips
And all the while my head is in a spin
Deep within
I'm in love





...coz u're really mean to me..




mrs e
Saturday, March 6, 2010

Beginilah..

|
..kalau bekerja di hari sabtu.


Sangat MEMBOSANKAN!.. huhuhuhu~



Takde mood nak wat keje..(buat jugak sebenarnya, tapi dengan tahap ketangkasan paling minimum..uhuksss).. Boss pulak masuk awal sebab nak balik awal. Dan dah balik pun. Yeayyyy..!! *boleh berjoget

Tapi tak bermakna jugak. Sebab kalo dah boring, hati ade kat umah, suakan apa kat sini pun dah tak jadi ape. Dah tu wawa ngan abang aku sefamili balik kampung (umah) ari ni. Lagi la hati ni asyik teringat-ingat ape la yang diorang wat kat umah tu yer.. Seronoknya berkumpul dan berborak ramai-ramai.. Ahkakkkkkkk jugak yang keboringan di sini..

Tak sabar nak balik. Lambatnya masa berlalu..

Ohh.. balik nanti nak kena beli pulak barang-barang aku yang dah banyak sold out. Macam tau-tau jek benda² ni timing dia nak abis awal² bulan macam ni time aku nak gaji kannnnnn...






mrs e
Friday, March 5, 2010

Sling Bag Itu ;P

|
Antara sling bag yang sempat di 'posing'kan oleh aku.. Layan je la gambar k... Zasssss..!!!

 

  

  

  

  

  


Beli tak beli lain kira, asal dah dapat menggayakannya.. hehehehehe ;)









mrs e
Thursday, March 4, 2010

Beruntung.

|
Beruntung nya kamu semua yang senang nak dapat apa yang dihajati..



Pagi ni teringin makan daging rusa, tengahari dah dapat makan..
Hari ni teringin nak melancong, esok dah pegi..
Baru disebut tengah merancang nak dapat anak/tambah anak, bulan depan dah mengandung..



Bertuahnya kamu semua yang tergolong dalam golongan kat atas tu.. Macam senang aje nak dapat sesuatu, kan? Macam setiap ape yang dilontarkan dari mulut, terus dapat tercapai dalam masa yang singkat.. Bersyukurlah kamu semua.. Bersyukur la sangat-sangattttt...!

Hurmmm.. aku jugak yang sabar menanti. Menanti bilakah giliran aku pula nak dapat rezeki... :[


p/s : sori, kalau entri aku ni agak emo-emo sket... Biasalah, 'bestfren' tgh ade ni kan, hati memang sensitip sket.. Ditambah pulak ngan sakit pinggang.. Adehh dehh dehhhh..







mrs e

Melepek.

|
Aku tak sihat 2-3 ari ni.. Dimulai dengan batuk-batuk, pastu terus aku demam semalam nya.. Dan semalam aku MC. Mr e masuk lambat sket, anta aku g klinik dulu..

G klinik kerajaan. Pegi awal, supaya dapat giliran awal. Ingatkan tak la ramai orang sangat, sekali amik kauuu.. Fuhhh.. berduyunnnn.. Dengan warga emasnya yang ade wat pemeriksaan mingguan/bulanan. Memang penuh. Aku ni dah le jarang-jarang g klinik kesihatan kerajaan, mana la nak tau kalo ari rabu tu memang ade pemeriksaan kesihatan untuk warga tua. Kalo aku tau, konpem aku g klinik swasta jek.

Err, tapi, kalo g klinik swasta, kena g sendiri. Dah tentu paling awal klinik tu bukak pukul 9-9.30. Mr e tak kasi aku g klinik sensorang, yelah dengan badan aku yang lemah n batuk-batuk, tentu dia risau.. heeeeee~

Walaupun ramai, tapi seb baik cepat jugak selesai urusan. Sampai umah, mr e drop aku n dia terus g keje. Aku pulak, masuk umah, tukar baju n terus tido.. Sampai la tengahari. Bangun jap, solat zohor, n sambung tido sampai ke petang.

Tak bermaya sungguh. Melepek aje. Nak makan pun takde selera. Rasa bisa-bisa jek seluruh badan. Dah petang tu bila bangun baru terasa ok sikit. Bangun n mandi segarkan badan, baru terasa lapar, n terus makan.

Malam tadi pun aku tido cepat. Pukul 9.30 aku dah tido. Sangat pecah rekod..!! Bangun pagi ni badan rasa masih lemah, tapi ape nak buat, dapat MC satu hari jek. Kena la g keje kekdahya.. huhuhuhuhu~


p/s : ingatkan aku ni demam sebab demam nak 'berisi', tapi tak jugakkkk.. petang semalam my bestfren cik 'P' dah datang menjengah.. hua hua hua.. N congrats tu suzi, sebab syimir dah nak dapat adik yer? Tak bagitau aku punnnn :((





mrs e
Tuesday, March 2, 2010

Cuti 3 Hari

|
Jumaat.

Aku memang tertunggu-tunggu nak ari jumaat masa minggu lepas. Maklumlah, dapat cuti jumaat, sabtu & ahad. Seb baik la sabtu tu memang off day, so dapat lah cuti 3 hari berturut dan panjang sket.. :D

Lagi satu yang aku suka, sebab dapat pegi pasarlambak (pasar pagi) kat BG.. Kalau sesapa penah baca entri aku sebelum ni, aku memang la suka pegi pasarlambak dari kekecik lagi (mengekor mak aku). Walaupun tak beli apepun, mesti nak pegi jugak. Macam satu kemestian gituuuu...

Lagilah sekarang ni dah kerja kan, bila cuti umum terkena ari jumaat macam ni, aku pun tak lepaskan peluang!

Semua pun yang ade kat umah aku pegi, tapi beli barang-barang yang perlu ajelah..


Havoc! Semua orang pun balik kg dan ramai-ramai g pasarlambak ;P


Balik daripada pasarlambak tu, masak-masak, makan n lepas solat jumaat aku, fifi, mak, ida & kak yati bersiap pulak keluar ke JJ Bandaraya Melaka (JJBM). Pegi satu kereta jek, sebab nak cepat. Zakiah tak ikut sebab dia baru sampai dari Sg Buloh dengan kepenatan melampau sebab penat menekan pedal clutch highway yang jammed kat seremban..

Sesaje jek pun pegi, bukan ade tujuan sangat. Kak Yati la yang beria mengajak sebab nak pegi JJBM yang baru bukak ni. Kitorang ok sajork, dah memang kaki jalan (bak kata mak aku), memang sukeeeee aje le kalo diajak jalan.. he he he he

Sampai JJBM dekat pukul 4 petang, jalan-jalan pusing-pusing keluar masuk kedai yang ade.. Owhhhhh.. aku dah terkenan kat satu sling bag nih, tapi reganya amat la aku tak berkenan pulak.. Sayang luit ooooo.. Beh baik aku gunakan duit tu kat menda lain daripada dapat benda tu satu jek..



aku & kak yati


aku & fifi


food avenue yang meletupss dulu masih under maintenaince


Kitorang balik dalam pukul 7++ malam. Sempat jugak la hilangkan dahaga dulu kat PH sebelum balik tu..Apepun, sampai umah, aku asik la terkenang-kenang sling bag itu.. Nehi nehi nehi.. jangan biarkan kehendak mengatasi keperluan.. Maheii sangat tu weiiii... Kalo nak beli pun, kena cara rega yang affordable gitu... huhuhuhu~


Hasil borongan ;P


Sabtu.


Sabtu aku pepagi g pasar ngan mak aku, fifi n zakiah. Balik umah seperti biasa, acara memasak. Lepas masak, siap-siap nak keluar lagi ke melaka. Kali ni zakiah yang beria nak pegi, sebab dah meroyan semalam nya tak dapat ikut. Bukannya kitorang yang tak bagi ikut, tapi dia yang malas nak drive sebab kalo dia pegi, dah tentu kena bawak 2 keta, dia pulak malas sebab dah sakit kaki tekan clutch katanya.

Aku n fifi ok saje, kan kaki jalan.. HA HA HA HA.. Kuar dari umah pun lebih kurang waktu semalamnya, n sampai melaka pun lebih kurang jugak semalam.. Tapi kali ni kitorang tak pegi JJBM, kitorang g Mahkota Parade (MP). Dah lama tak datang MP, wuiiii.. dah banyak berubah dahhh.. terutamanya parking lot nya.. dah lebih besar dan banyak space.. i likeeee... hehehe

 
yours truly :)

Sama macam semalam jugak, bukan beli ape pun.. Hahahaha.. Ukur je MP pulak kih kih kih kih.. Tapi ade la jugak beli few things.. heeeee~


 Lepak kepenatan


Lepas dah abis tawaf, dalam kul 6++, pulang semula ke rumah.. Burung pun tau nak balik ke sarang, takkanlah kitorang ni tak reti-reti pulak nak balik..


Eh, tetiba lak aku tak reti nak buat penutup. Ok, habis kat sini.








mrs e
Monday, March 1, 2010

Tak Sempat & Isu Tua

|
Aku nak sangat wat entri baru untuk ari ni dari ari tu lagi, tapi masa tak mengizinkan. 3 hari cuti; 2 hari aku berjalan sakan ke Melaka. 1 hari pulak, aku abiskan untuk wat keje aku yang kena wat dari rumah untuk di submit awal pagi tadi..

Kebetulan, malam tadi, sepupu mr e all the way from Singapore datang ke rumah. Lepas tetamu pulang, aku sambung lagi wat data aku sampai la pukul 2.30 aku berjaga. Tak siap jugak sebenarnya, tapi sebab dah tak tahan mata dah ngantuk sangat², aku lantakkan aje. Janji dah 75% jugak yang siap..

Tu yang aku tak sempat pun nak draft entri untuk ari ni. Jadinya, aku tak la cukup tido sangat² sehinggakan eye bag aku ni jelas ketara.

Sampaikan boleh pulak budak junior aku tegur, muka aku nampak tua hari ni.. Pergghhhh.. gile punya bengang akak dek noooonnnnn... Mula² rasa macam dak junior tu kurang ajar, cakap secara terus terang tanpa segan silu dah takde tapis² lagi dah nak menjaga hati aku yang sensitip ni. Terasa nak menyentap jugaklah kejap tadi..

Tapi bila sampai umah, duk belek muka kat cermin, ha a.. betullah kata budak tu.. Memang muka aku nampak kusam & tak bermaya sangat; sampaikan rasa nak sorok muka dalam tudung pun ade. Tu yang mungkin budak tu cuba nak sampaikan tadi. Sebab muka aku muka letih tak cukup tido..

So, untuk rolling semula supaya semuanya kembali normal, aku dah tanamkan dalam hati siap-siap dari tadi malam ni nak tido awal..

Hahahahahahampehhh.... hahahaha..sebab sampai sekarang pun aku tak tido-tido lagi! ;P






mrs e