kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, March 17, 2010

Berubah Kepada Kebaikan.

|
Setiap hari, aku berazam menjadi insan yang lebih baik daripada semalam..

Setiap hari jugak, ade yang azam aku itu tercapai dan ada yang tidak. (MasyaAllah..!)

Bermuhasabah terhadap diri sendiri, selalu aku renungkan ape perkara terbaik yang pernah aku lakukan dalam hidup. Dalam bermusahabah ini, yang selalu aku selalu fikirkan ialah tentang pencapaian aku dalam soal amalan.

Masih banyak amalan aku yang tak cukup. Masih banyak yang lubang di sana sini. Masih banyak yang perlu diperbaiki.

Terdetik di hatiku, kalau lah umur tak panjang, bagaimanakah nanti kehidupan aku di 'alam sana'? Sukar untuk aku bayangkan. Nauzubillah..

Kehidupan akan lebih bermakna jika kita berjaya di dunia & akhirat. Dan ramai orang yang telah berjaya tetapi tidak lupa tuntutan tanggungjawab terhadap hari akhiratnya. Untuk itu, aku bertekad untuk menjadi seorang insan yang lebih bermakna dengan mempunyai keseimbangan kehidupan dunia dan akhirat supaya aku lebih dirahmati oleh Allah s.w.t. Amin.




mrs e

4 comments:

eis said...

eis kamil 'like' this
(blogger takdak button like)

mrs e said...

eis;
tq eis.. =)

ArELeEz said...

semoga segalanye dip'mudahkan.. aminn..

isya said...

betul2..

sokong!