kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Friday, March 26, 2010

Bukan Ke Laut.

|
Semalam ngan semalamnya, takde entri dalam blog nih, bukan bermakna mood aku masih ke laut. Tapi sebenarnya aku tak sempat pun nak mengarang entri ataupun publish kan mana² entri draft aku. Aku betul² tak sempat sungguh!

Hari selasa, masa on the way balik keje, dapat call kata makcik aku meninggal dunia (adik ipar mak aku). Sungguh² aku terkejut, sebab dia sakit pun tak lama, aku sendiri pun tak sempat menziarah dia masa sakitnya. Alih² umurnya tak panjang. (Al-fatihah). Makcik aku ni meninggal kat Hospital Selayang. Ikut kata² pengamal perubatan, makcik aku ni terkena perbuatan orang yang dengkikan dia. Tak tahulah aku, mungkin yang sebenarnya ajalnya dah sampai, cuma itu jek yang nak dijadikan penyebab kematiannya. Wallahualam..

Makcik aku memang tinggal kat Selayang, maka jenazahnya pun dikebumikan kat sana.

Yang aku ni, duk tefikir-fikir. Kalau ade kes kematian, boleh cuti 1 hari (saudara rapat) & 3 hari kalau ahli keluarga (mak, bapak, adik beradik). Tapi nya, ari khamis (semalam) ade inventory, hari rabu memang nak kena prepare sebab khamis memang customer dah datang. Sepatutnya tak boleh cuti atau MC (cuti dibekukan untuk prepare inventory), tapi kes kecemasan camni ni, camne yer? Dahlah, aku yang duduk sama ngan mak aku, maka aku lah yang diharapkan untuk bawak mak aku ke Selayang..

Nak pegi ke tak?

Nak pegi ke tak?

Nak pegi ke tak?

Camne ek?

.................

Last-last aku amik keputusan untuk pegi. Sape lagi nak bawak mak aku kan.. Lagipun masa sakitnya aku tak sempat g menziarah, takkan lah untuk kali terkahir ni aku tak nak pegi. Tentang kerja tu aku tolak jadi perkara no 2, hubungan kekeluargaan lebih penting! Tak mananya kalau aku ngan mr e tak datang, kampeni tu bungkus!

Tapi kitorang cakaplah, akan masuk juga kerja selepas balik n support untuk inventory.

Pagi rabu selepas subuh, kitorang dah gerak dari rumah. Singgah jap kat R&R Seremban, jumpa sepupu aku dari Segamat yang tunggu kat situ. Minum² jap, then gerak semula. Aku ni tak tau jalan, korang tau la jalan KL. Ari ni macam ni, tengok esok, aikkkk.. Dah berubah. Maka harapkan la pada pakcik aku. Mem-follow jelah kat vontottt keta dia. Alih² sesat-barat jugak..Haihhh.. Tergelak-gelak kitorang sebab pakcik aku tu sempat bawak kitorang masuk Batu Caves tu bape kali. Sib baik tak sampai pusingan macam tawaf.. Kekekekeke

Sampai jek Selayang, jenazah dah siap sedia untuk disembahyangkan. Terlambat rupanya. Pakcik aku ade juga cakap pada Pak Imam nya, mintak dibukakan sekejap sejurus lepas solat sebab nak tengok rupanya buat kali yang terakhir. Tapi hampa, sebab tak dapat. Last chance, tengok masa sebelum dimasukkan ke liang lahad jelah. So buru-buru kitorang ikut hantar ke kuburan. Sebab tak tahu dan tak biasa jalan kat situ, maka berpusing-pusing jugak lah lagi kitorang nak sampai kawasan perkuburan. Dah jumpa sebenarnya kawasan perkuburan tu, tapi tak tau nak ikut jalan masuk yang mana sebab jalannya agak merumitkan sikit untuk sampai ke kubur makcik aku. Rupa² nya nak kena pusing lalu taman perumahan dulu kalau kita dari sebelah sini untuk ke sebelah sana. Dah lambat cari jalan tu, akhirnya masa kitorang sampai, jenazah pun dah dimasukkan ke liang lahad. Tak dapat jugakkkkkkkkkk nak tengok untuk kali terkahir. Lebai Malang sungguh la kitorang ari tuh.

Balik dari kubur, g umah makcik aku jap hilangkan penat. Duduk-duduk dengan sedara mara yang ada, pukul 1 aku mintak diri. Tak boleh nak gerak lambat sangat, sebab aku nak masuk keje kan.. Singgah jap makan tengahari kat R&R Seremban, pukul 4 sampai umah.

Lepaskan bersolat asar sekali kat umah siap-siap, baru gerak g keje. Masuk pukul 5 petang, balik sampai umah pukul 12.30++ malam..

Semalam lak balik kul 11 malam, sampai umah kul 11.30++ malam. Niceeeeee..

Penat jangan citerlah, sib baik esok tak keje.. Boleh lah menampal waktu rehat aku mana yang tak cukup tuh. So sebab itulah, takde entri tuk 2 hari semalam nih.. uhuksss



p/s : aku perasan follower blog & networkblogs aku makin bertambah. Tq korangggg.. sudi jadi follower blog aku yang tahapehapetah punya merepek je ni.. hehe ;p








mrs e

3 comments:

puterikurekure said...

innalillahiwaiinailaihirajiun...

takziah buat family makcik naja tu. hari ni balek lambat lagi ke?

mrs e said...

puterikurekure;
ari ni tak tau lagi.. lepas inventory ni biasalah, ade jek benda nak di check sana sini.. bukan dah habis gitu jek..

tapi kalau boleh balik awal, memang nak balik awal je.. letih ar.. huhu~

isya said...

lerr...dtg KL ke..

al fatihah..