kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, March 2, 2010

Cuti 3 Hari

|
Jumaat.

Aku memang tertunggu-tunggu nak ari jumaat masa minggu lepas. Maklumlah, dapat cuti jumaat, sabtu & ahad. Seb baik la sabtu tu memang off day, so dapat lah cuti 3 hari berturut dan panjang sket.. :D

Lagi satu yang aku suka, sebab dapat pegi pasarlambak (pasar pagi) kat BG.. Kalau sesapa penah baca entri aku sebelum ni, aku memang la suka pegi pasarlambak dari kekecik lagi (mengekor mak aku). Walaupun tak beli apepun, mesti nak pegi jugak. Macam satu kemestian gituuuu...

Lagilah sekarang ni dah kerja kan, bila cuti umum terkena ari jumaat macam ni, aku pun tak lepaskan peluang!

Semua pun yang ade kat umah aku pegi, tapi beli barang-barang yang perlu ajelah..


Havoc! Semua orang pun balik kg dan ramai-ramai g pasarlambak ;P


Balik daripada pasarlambak tu, masak-masak, makan n lepas solat jumaat aku, fifi, mak, ida & kak yati bersiap pulak keluar ke JJ Bandaraya Melaka (JJBM). Pegi satu kereta jek, sebab nak cepat. Zakiah tak ikut sebab dia baru sampai dari Sg Buloh dengan kepenatan melampau sebab penat menekan pedal clutch highway yang jammed kat seremban..

Sesaje jek pun pegi, bukan ade tujuan sangat. Kak Yati la yang beria mengajak sebab nak pegi JJBM yang baru bukak ni. Kitorang ok sajork, dah memang kaki jalan (bak kata mak aku), memang sukeeeee aje le kalo diajak jalan.. he he he he

Sampai JJBM dekat pukul 4 petang, jalan-jalan pusing-pusing keluar masuk kedai yang ade.. Owhhhhh.. aku dah terkenan kat satu sling bag nih, tapi reganya amat la aku tak berkenan pulak.. Sayang luit ooooo.. Beh baik aku gunakan duit tu kat menda lain daripada dapat benda tu satu jek..



aku & kak yati


aku & fifi


food avenue yang meletupss dulu masih under maintenaince


Kitorang balik dalam pukul 7++ malam. Sempat jugak la hilangkan dahaga dulu kat PH sebelum balik tu..Apepun, sampai umah, aku asik la terkenang-kenang sling bag itu.. Nehi nehi nehi.. jangan biarkan kehendak mengatasi keperluan.. Maheii sangat tu weiiii... Kalo nak beli pun, kena cara rega yang affordable gitu... huhuhuhu~


Hasil borongan ;P


Sabtu.


Sabtu aku pepagi g pasar ngan mak aku, fifi n zakiah. Balik umah seperti biasa, acara memasak. Lepas masak, siap-siap nak keluar lagi ke melaka. Kali ni zakiah yang beria nak pegi, sebab dah meroyan semalam nya tak dapat ikut. Bukannya kitorang yang tak bagi ikut, tapi dia yang malas nak drive sebab kalo dia pegi, dah tentu kena bawak 2 keta, dia pulak malas sebab dah sakit kaki tekan clutch katanya.

Aku n fifi ok saje, kan kaki jalan.. HA HA HA HA.. Kuar dari umah pun lebih kurang waktu semalamnya, n sampai melaka pun lebih kurang jugak semalam.. Tapi kali ni kitorang tak pegi JJBM, kitorang g Mahkota Parade (MP). Dah lama tak datang MP, wuiiii.. dah banyak berubah dahhh.. terutamanya parking lot nya.. dah lebih besar dan banyak space.. i likeeee... hehehe

 
yours truly :)

Sama macam semalam jugak, bukan beli ape pun.. Hahahaha.. Ukur je MP pulak kih kih kih kih.. Tapi ade la jugak beli few things.. heeeee~


 Lepak kepenatan


Lepas dah abis tawaf, dalam kul 6++, pulang semula ke rumah.. Burung pun tau nak balik ke sarang, takkanlah kitorang ni tak reti-reti pulak nak balik..


Eh, tetiba lak aku tak reti nak buat penutup. Ok, habis kat sini.








mrs e

1 comments:

eis said...

bestnya berjalan2. header lawa la :)