kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Friday, March 19, 2010

Persandingan Azhar & Adibah

|
Kan aku de cakap sepupu aku kawin ari tu kan.. Haaa.. ni gambar sekitar majlisnya. Tah pe kena tah aku ni, punyalah malas tul nak transfer gambar dalam lappy. Duk terperuk jek dalam kamera. Ni pun suh mr e yang tolong transferkan pagi tadi. HAHA Oleh itu maafkanlah ye kalau entri ini baru kuar hari ini.. (Maafkan kami penunggu gua, maafkan kami penunggu gua..~ tetiba teringat lak dialog dari cite P Ramlee ;p)


Pengantin berarak


Diorang ni sebenarnya nikah dah lama, tak silap aku selepas raya haji tahun lepas. Eh, ke sebelum ek? Alamak, betul² tak ingat lah. Nikah gantung dulu, sebab majlis bersanding belah pompuan nak wat pengantin 4. Ooh, lupa, sepupu aku yang pengantin lelaki tu.


Silat.. eyaah eyahhh cakpong-cakpong (*eh, pesal lak tetiba cak pong masuk nih?)


Disebabkan ade yang kata tak elok adik beradik nikah dalam tahun islam yang sama, tu yang diorang nikah dulu. Nak lagi best, masa kenduri kahwin ni berlangsung, belah pompuan belum wat kenduri lagi. Kenduri belah pengantin pompuan baru nak buat hujung minggu nih. Agak pelik lah kan? Sebab selalunya kan mesti kenduri belah pompuan dulu baru belah pengantin lelaki. 


wawa men'sumbang' kan lagu Selamat Pengantin baru sementara pengantin sedang bersanding


Ala, dah nikah, kenduri belah lelaki dulu ke pompuan dulu, what the hal lah kan? Yang penting, semua berjalan lancar ;p


'Orang Kuat' rewang yang gigih berangkat
Mr e pakai baju pakatan rewang kg aku.. siap ade logo 1 Malaysia lagi youuuu


Lepak nampak si baju merah tu?
Penat yeee bangggg.. hehe


N guess what? Pengantin sebenarnya bukan bersanding berdua, tapi bertiga sebab pengantin pompuan dah peknen masuk 3 bulan.. Alhamdulillah.. Murah rezeki diorang :)






mrs e

2 comments:

noorulaz said...

Mudah2mudahan murah rezeki untuk naja jugak..

puterikurekure said...

pink2 je mata kite ni haaa....
;)