kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, March 16, 2010

Rindu Mereka ;)

|
Aku rindu dengan kawan² yang pernah mewarnai hari-hari aku suatu masa dulu. Kawan² bergelak ketawa, bergurau senda, tak kurang juga berkeluh kesah bersama. Tapi disebabkan kekangan masa dan masing² ade komitmen pada keluarga & kerjaya, maka tak dapatlah kitorang nak berjumpa selalu.. huhuhuhu~

Kalau kat sekolah menengah dulu, masuk form 4 jek kitorang ade kelab sendiri (maybe aku pernah mention kat entri² sebelum nih). PPC nama kelab kitorang, yang membawa maksud Pot Pet Club. Mana tak Pot Pet nya, kalau jek geng kitorang lalu, satu bilik guru dah tau dah sape.. HAHAHAHAHA. Tapi cikgu tak kisah, kawtim baekkkk punya.. hiks. Cikgu-cikgu cakap, asalkan pelajaran okey, diorang ok aje.. =D. PPC ni ade 6 orang; aku, suzi, ceqer, iza, tonah & yanti. Kalau masa belum kahwin dulu, ade la jugak arrangekan masa nak jumpa kalau memasing balik kampung, tapi sekarang dah tak sempat. Dengan nak berbagi masa ke umah mertua, ngan anak² lagi (n suami jugak). Kalau arrange masa nak jumpa pun, kang ade yang ok tapi ade yang clash lak masanya.. haihhh

ceqer, aku, iza, tonah

 PPC (yanti, ceqer, tonah, suzi, aku & iza duduk kat depan)


Masuk poli lak, dalam kelas aku tu tak la ramai sangat budak pompuan. So sume dak pompuan kira geng baik la. Tapi ade seorang yang jadi besfren aku, iaitu Cik Bum. Tah nape, dalam bebanyak klasmet aku yang pompuan tu aku rasa serasi sangat ngan dia. Ape-ape jek pun sume share ngan dia.. Sekarang ni jarang sangat jumpa n dapat berhubung dengan dia. Lagipun dia duk nun jauh di Shah Alam sana, tak selalu online YM, takde Fb. Tu yang susah tu. Adekah jarak dan masa yang memisahkan sebuah persahabatan? Chewwwaaahhh.. ;p

Masa sambung belajar jap kat itm, aku rapat ngan Ina. Dia sama-sama satu poli ngan aku, coursemate tapi lain kelas. Boleh pulak masa kat itm ni kitorang jadi rapat sedangkan kat poli cuma tegur gitu-gitu aje.. he he. G kelas sama-sama, shopping pun sama-sama. Sampaikan Bf dia pun dah jadi macam Bf aku.. keh keh keh keh keh. Tapi semua klasmet aku kat itm ni memang best, walaupun aku kat situ tak lama, tapi masih berhubung sampai sekarang. Fb lah yang mendekatkan kitorang semula.. Best!!


itm klasmet



Hurmmmm.. Rindunya aku kat kawan-kawan sume.. Agaknya, ade tak peluang kita berjumpa lagi?





mrs e

4 comments:

mama | sarah | syimir said...

ooo sudah semestinya ku merindui semua memori2 indah yg kita lalui bersama ma!

DYLA said...

mama sarah syimir ni kawan naja ke?

mama | sarah | syimir said...

a'a cik dyla...kawan sehidup semati tu..hehehe

mrs e said...

dyla;
ha a.. kawan dari sekolah menengah sampai sekarang. memang geng PPC la ni.. hihi

mama|sarah|syimir;
tq zi, ko dah jawabkan untuk aku.. hehehe ;)