kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, March 30, 2010

TaK Habis Lagi Pasal Inventory!

|
Seharian ko! Masakkkk aku kat SMM semalam. Sob sob sob sob..

Ingatkan dah abis la citer pasal inventory nih, rupa² nya, tidakkkkkkk.. Oh oh oh.. Penat giler mengenangkan perihal inventory. Dari sebelum inventory kena prepare sume data, sampai dah lepas inventory kena check data pulak. Apa taknyeee, diff amount nye punyalah banyak..! Boleh beli banglo sebijik.

Dari petang ahad sebenarnya bos aku suh masuk meeting. Apekejadahnya kan nak masuk meeting ari ahad. Tak koser aku. Ramai jek pun yang dipanggil meeting tak masuk. Har har har. Malas nak layankan kalut bos aku tuh. So, lepas tu dia sms & call, cakap esok pagi kena masuk awal untuk meeting ke SMM. Pulak dahhhhhh.. Tapi tak boleh lah nak bagi alasan lagi kan. Nak tak nak ke terpaksa ke, tetapp jugak lah kena pegi.

Dalam pukul 7 gitu aku masuk kilang, terus siap² dokumen n data untuk bawak ke Sharp. Terus gerak. Bos aku dah gerak dulu dah. Aku naik ngan 2nd man bos aku. Kitorang pegi bertujuh.

Sampai sana terus bukak dokumen, check data. Pung pang pung pang, part aku dah siap sebelum rehat tengahari. Selepas tu duk melanguklah aku menunggu diorang yang lain yang tak siap lagik. Gitu gini, pukul 7.40++ malam baru kuar dari Sharp. Haiyohhhh..




Parts Control Main Office



Bos aku tengah tengok result diff amount yang terkini



Staff nye sume dah balik, tinggal 2-3 orang je



Aku yang dilanda keboringan..huhuhu~


Bukti aku berada di tempat kejadian. Eceh.



Tengah aku membosan-bosan tu aku dapat sms. Ingatkan daripada mr e, rupa² nya dari nombor yang aku tak kenal.

"Hai.. Boleh berkenalan? Ni cikgu Azura ke? Agak² ni sape?"
Cett..Dah le ko aku tak kenal. Pastu salah orang. Nak aku suh teka pulak.

Pikir... Nak balas ke tak ek? Ermm.. bolehlah, abiskan kredit aku tuk sekali sms nih.
"Ni bukan cikgu Azura. Ni Azura yang berlakon dalam filem Azura dengan Jamal Abdillah tu.."
HAHAHAHAHA. Aku ketawa dalam hati. Takleh gerak sensorang, bos aku ade. Kang dikata tak betul lak aku kang :)

"Ermm.. yela tu.. ni cikgu Azura la ni kan.. Ni saya la cikgu, wan. Ni saya guna nombor adik saya.."
..........Aku tak balas

Dia tak puas hati, sms aku lagi.
"Ooo.. dah tau ini wan, terus cikgu taknak reply eh.. Takpe..."
E, eh. Dia macam nak marah pulak dah. Ahhh, malas lah aku nak layan. Kang bila dilayan, panjang berjela jadiknya.

Dah la aku tak kenal, tah sape-sape jek tah. Diamkan aje. TAK PENTING. Yang penting sekarang aku mahu pulang berjumpa dengan kekasih hatiku yang menunggu si dara (dara?) pujaan.. Chewwwwahhhhh.. Kih kih kih kih ;p

On the way balik tu bos aku ajak singgah makan dulu. Dah la hujan lebat, perut berkeroncong tak hengat. Aku order mee goreng, tapi makan separuh jek tak habiskan. Dah tak boleh masuk lah.

Sampai kat Top Empire dekat pukul 10 malam. Letak barang jap, terus gerak balik umah. Penatnyaaaaa.. Aduhaiiiiiiiiiiiiii...







mrs e

2 comments:

eis said...

nasib baik ada sms sesat penghilang bosan ye. hehe kelakar.

mamaairis said...

dara?? ye la tuh...hehehe