kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Friday, April 30, 2010

Hari Ini..

|


Aku pakai baju kaler biru
=)

P/s : Selamat bercuti hujung minggu & Selamat Hari Pekerja kepada semuaaaaaa









mrs e

Puterikurekure Punya Pasal!

|
Tadi p baca kat blog Intan.. Sangat sadissss okeyyy!!

Aku dah le tengah lapo, lagi lah bertambah-tambah lapo..

Boleh pulak ek siap dia buh gamba double mc chicken tu sekali.. Uwaaaaaaaaaaaa

Dah jadik teringin dah ni..

Lagi sadis, kat sini nan ado mekdi yang terdekat. Paling dekat tu le, kat ayer keroh ngan muo. Tak koser aku semata-mata nak makan beger sampai g sejauh itu. Nak pulak waktu lunch kat sini pendek jek, macam hari normal yang lain. Bukan ade rehat panjang sempena ari jumaat, kecuali untuk orang lelaki la, rehat panjang sket sebab nak solat jumaat kannnn.. Tu pun tak semua, staff aje..

Ermm.. camne ni Intan? Naja dah lapo ni..

Nampaknya Intan kena belanja Naja ni, sebab dah terliurkan Naja kat sini.. Muehehehehehe ;)






mrs e
Thursday, April 29, 2010

Designer Handbag? Pilihan Masing-Masing

|
Baru-baru ni aku ade terbaca tentang individu yang mengutuk sesetengah orang yang sanggup membeli henbeg berjenama tapi tiruan sebenarnya. Yerlah kan, sape lah yang tak teringin nak menyandang henbeg berjenama LV, Gucci, Salvatore Ferragamo, Coach, Prada, Aigner, Fendi dan banyak lagi henbeg berjenama yang lain.

Yang tak tahannya, harganya tu yang beribu-ribu lemon! Pada orang yang bergaji cukup makan (aku le tu.. hehehehe), mungkin mampu membelinya, itupun setelah berdikit-dikit sekian laaaaaaaaama. Untuk yang tak sabar nak pakai cepat, beli jek yang tiruan dari China tu, sume gred ade. Asalkan dapat pakai, betol tak?

Bila difikirkan, kenapa orang yang tak berapa mampu pun nak pakai henbeg jenama mahal? (maksud aku kat sini, macam aku laa.. takleh on the spot nak beli) Aku rasa lah kan, semuanya disebabkan mentaliti orang kita (melayu kebanyakannya) yang suke memandang tinggi pada orang yang memakai sesuatu yang berjenama. Pendek kata, orang yang mampu memakai henbeg yang mahal ribu-riban ni kiranya memang golongan High-Class. So, untuk orang yang sederhana atau biasa-biasa, dia pun nak lah jugak Up kan diri dia, supaya semua orang pun pandang kat dia, sedar kewujudan dia.

Dan pada aku, takde halnya pun kalau seseorang tu nak pakai henbeg tiruan ke apa. Pilihan masing-masing lah kan. Henbeg tiruan tu pun makan beratus-ratus jugak pe harganya. Bukan cikai-cikai punya harga yang boleh dapat kat pasarlambak/pasarmalam tuuuuu. Lainlah kalo beli kat Chow Kit kan ;p

Bagi diri aku sendiri, aku lebih suke pakai jenama yang biasa-biasa saje. Yang memang aku mampu nak membelinya. Yang mr e tak berpinau biji mata tengokkan harganya.. Teheheheehehe~

Biarlah aku pakai henbeg sembonia ke carlo rino ke, tapi asalkan aku puas hati. Aku beli bukan yang ciplak punya. Sebab pada aku, satu kepuasan kalau dapat beli yang betul-betul asli.

Lagipun, setakat sembonia ke carlo rino ni, susah wooooo nak tengok yang tiruan punye dijual merata-rata. Hiks

Cuba pulak kalau tengok LV, Coach, Gucii dll tu, sana sini ade jek orang jual yang tiruan punya. Kalo tak percaya, you google it.

Punyelah penat ko kumpul duit sekian lama nak beli yang authentic punya, sekali orang cakap ko pakai yang replica. Tak ke bengang tuh!



P/s : Bonia aku tak minat. Design henbeg nya tak menepati citarasa aku.







mrs e
Tuesday, April 27, 2010

Teringin Makan Ini..

|


Huk huk huk.. teringin bangetttt makan beefsteak neh. Ari ahad ari tu, borak-borak ngan fifi, cakap nak makan beefsteak. Dah kecur-kecur air liur dah time borak tu. Terus set masa, lepas maghrib nak g makan, tapi tak jadi la pulak sebab Dina takde sape nak jaga. Ate, takkan nak bawak sekali si Dina tu memalam, pastu camne lak fifi nak makan kan.. Susahhh.. susahhh.. Postpone jelah..

Semalam balik keje, ingat nak pekena jugak. Tak kira lah tapau ke ape. Asal dapat makan. (tapi tak bape sedap makan yang tapau kan? sedap makan kat situ jugakkkk) Fifi punya pasal, takpelah, tapau jelah. Kang merajuk lak dia kalau tau aku dah p makan.

Sekaliiiiiiiiiiiiiii... kedai tu tutup okeh! Sob sob sob sob. Tak menahan air liur aku ni dah nak mengalir.

Ari ni pulak, kedai tu memang tutup. Jadual nya memang gitu. Ari selasa memang katup dalam seminggu tu.

Habis tu, bilanya aku nak dapat makan ni? Huhuhuhuhuhu..








mrs e

Kisah Aku & Apple

|
Aku sukaaaaa sangat kat apple hijau.. Tapi kat umah pun takdelah aku beli apple untuk stok aku makan ke hapa. Sangat jarang-jarang okeyyy.. Cumanya, kalau tiap kali makan kat luar tu, air apple adalah air pilihan aku selain dari fresh orange (untuk pilihan minuman jus). Tah kenapa, aku macam sukeeeeee sangat bau apple nih.. :)

Bukan itu saja, barang-barang yang aku gunakan sehari-hari banyak berasaskan apple tau. Tak caya korang tengok neh

Cecair pencuci pinggan pun nak wangian dari apple

Even pencuci lantai pon aku nak apple jugakkkkkkkkkk


Bukan itu saja, ubat gigi jugak haruslah ade rasa epalll... nyummmmm :)


Dan kerana itulah, aku telah membeli ini sebagai wangian terbaru aku.. Hurmmm.. wangiiii .. Tehehehehehe~


Sebenarnya bukan dirancang pun, tapi kebetulan. Perfume aku dah habis. Aku bercadang nak guna semula brand polo ralph lauren tu.. Lamaaaaa dah tak guna wangiannya.. Setelah aku guna bermacam-macam brand sebelum ni, kira nak rujuk baliklah dengan ralph lauren tuh. Sekali boleh tak aku tak jumpe kaunter dia & tersangkut kat kaunter si apple nih? HAHAHAHAHA

Pepaham jelah kan, kalau dah tersangkut kat situ, harus SA nye menggodak aku itu dan ini. Dan bila try harumannya, ermmmm.. wangiiiii.. Tapi hati still berbelah bagi. Sebab hati kuat nak ralph lauren kan..

Tapi disebabkan mr e sukeeeeeee sangat bau yang ini, dan dia suh aku beli n cuba pakai yang brand ni pulak, aku pun ok jelah kan. Menurut perintah suami katanya. Hiks ;p. Lagipun, aku pakai pun nak suh dia yang bau, so beli jelah. HAHAHAHAHAHA :D

So, sekarang saya sudah ade wangian yang baruuuuuu :))



P/s : Sesapa yang sedang merancang nak beli perfume, aku rasa elok sangat-sangat lah beli sekarang ni. Sebab sekarang kebanyakan brand tengah wat promotion untuk mother's day. Memang berbaloi sangat-sangattt.. Macam aku hari tu, untuk perfume EDP 50ml sahaja dah RM 200++. Losyen pada rate biasa adalah RM 14+.++ tapi aku dapat kedua-dua perfume & losyen tu pada harga yang sangat berpatutan.. Berbaloi-baloi










mrs e

Ku Mahu

|
1. Hp baru
2. Henbeg baru (ni dapat lambat sket takpe, sebab aku bajet nak pakai masa raya)
3. Purse baru (ni pun sama, aku target raya nak ade purse baru)
4. Nak g bercuti dalam bulan ♥ kami :) . Teringin nak g tempat-tempat sejuk cam CH. Tapi kalau tak dapat bercuti, dapat outing berdua sehari suntuk, tengok movie, bercanda di pasiran pantai pun dah memadai
5. Nak perfume sebab perfume dah habis (yang ni baruuuuu jek dapat, tq Yayang!)


Alangkah syoknye kalau banyak duit, pastu teringin ape jek terus beli, kan? Chettt, macam lah orang ado-ado jek aku ni boleh beli sume benda dalam satu masa. Memang tak akan lah kannnn..


*Henbeg ngan purse dah survey dah ari tu masa g Pavilion, n dah target nak beli brand ape. (tengoklah kalau tak berubah hati di saat-saat akhir nanti)
*Hp pun dah survey ari tu, macam dah tau nak beli ape, tapi makin lama makin tak tau lak nak beli ape. Aik?
*Suke suke suke sebab dah dapat perfume yang aku sukeeee~






mrs e
Monday, April 26, 2010

Mengapa Wanita Sangat Istimewa.

|
Entri sebelum ni, bukan bermaksud aku nak mengutuk kaum lelaki/suami ke apa. Takde niat pun cenggitu. Cuma aku rasa jadi pompuan/isteri ni memang fikiran tak boleh langsung nak lari dari memikirkan kerja-kerja rumah. Apa yang dah dibuat, apa yang belum..

Tak sangka pulak, kawan aku bagi komen sebegini.. Hiks..




Walaupun bukanlah dia nak marah ke apa, tapi teguran tu sedikit sebanyak buat aku serba salah. Aku takut pulak kalau-kalau kaum lelaki/suami baca entri aku tu dengan tafsiran yang lain.

Oke, kat sini aku pastekan emel yang aku dapat dulu..



Mengapa WANITA sangat  Istimewa......



Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...

sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...

tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak sembahyang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping.... alamak..terlupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...

ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..

ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."

"..yelah nak tido la ni..nak sembahyang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..

gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...

la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...

ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....

ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...

ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus... setkan alarm... setkan program kerja besok... pg kul 9.30 ade meeting..

ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...
Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari Mu Tuhan...

papa pun bangun tutup tv...

"...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."

selang seminit  ...dengar suara papa berkeruh...
Dah agak dah....



So?....apa yang peliknya..??



Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Well, women understand women better... Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...








mrs e
Sunday, April 25, 2010

Surirumah

|
8 malam : (Cita-cita) Nak tido awal malam ni, sebab esok dah keje semula. Lambat tido kang ngantuk esok pagi nak bangun..

9 malam : Masukkan baju dalam mesin. Basuh towel sekali. Sambil tunggu mesin bunyi tanda bilasan kedua untuk masukkan softlan, gosok baju tuk pakai esok. Sepasang kurung moden, tudung, suar slack & uniform keje mr e. Eh, tibe-tibe teringat mr e nak air panas teh tadi.

Turun ke dapur panaskan air. Sambung gosok baju semula.

Siap gosok baju, turun dapur, wat air. Teringat pulak mesin dah berbunyi tanda dah siap mesin. Pikir-pikir, jemur sekalilah malam ni.

Nak jemur towel, ternampak lak kasut yang pakai tadi belum masukkan dalam rak kasut. Jemur towel dulu, then amik kasut, simpan. Kat rak kasut, tenampak lak stokin mr e ada yang belum berbasuh. Amik stokin, masuk umah, basuh stokin.

Begitulah kehidupan seorang yang bergelar isteri dan surirumah. Kerja tak akan pernah habis dalam sehari.. Betapa mudahnya menjadi seorang lelaki dan suami, kan? Semua siap serba lengkap gituuuu.. Uhuk.


Until now, sampai sekarang aku tak tido lagi.. Huhuhuhuhuhu (Siap boleh apdet blog? ;p)









mrs e
Friday, April 23, 2010

Hantar Ira Balik Asrama

|
Ok, ok. Sebelum tu, aku nak cakap sebenarnya cite ni dah agak lama. Ade dalam 2 minggu lepas kut.. HAHAHAHAHA Korang tau jelah kan, mood nak berblogging aku ni kejap² naik, kejap turun. Ade masanya pulak, time rajin nak berblog, masa lak terhad. So kasi peramm la sume draft yang ade.. huhu

Tapi disebabkan pestime masuk MRSM muar, kenalah aku blogkan jugak. Pestimeeeeeeeeee katakan.. Harus dijadikan kenangan. Ihiks ;p




Balik dari kenduri kahwin sepupu aku kat Batu Pahat ari tu, terus lah menyinggah ke MRSM muo, anta Ira masuk asrama balik. Dia tak boleh bermalam, boleh outing kuar pagi balik petang aje. So masa akak aku nak on the way ke BP tu, dia amik lah sekali anak dia neh, pastu time balik lak aku yang kena anta sebab akak aku terus balik JB. Lagipun, sehala jek ngan jalan aku balik umah. Takde hal lah kan..




Persekitaran


Classroom


Bila sampai, tolong angkatkan barang² dia naik kat bilik, turun semula, amik gambar 2-3 keping, kitorang pun terus balik.


Ira


us; with Ira

Fifi & Dina with Ira


Dah itu aje.

Err.

Ape motif entri ni? Macam takde motif jek? Memang pun entri takde motif... hua hua hua hua hua.. Dush dush dush dush kat diri sendiri ;p








mrs e
Wednesday, April 21, 2010

iPhone Oh iPhone

|
Kalaulahhh.. iPhone ini aku punya..


Bukan ke besttt!!


Tapi malangnya, bukan milik aku.. wuwuwuwuwu~..


Tak mampu den nak beli sekarang ni dek nonnn.. Err, sebenarnya perlu juga untuk cari henpon untuk masa terdekat nih, sebab henpon mr e dah rosak.. (Abang, kalau beli hp baru, make it twoooo.. okeh!)



P/s : sekarang ni orang sume sibuk nak beli iPad pulak kan?







mrs e
Tuesday, April 20, 2010

Resepsi Pihak Lelaki : Mahfuzah & Rushdi

|
Sebenarnya aku tak plan pun nak pegi, sebab ari sabtu ari tu sabtu aku keje. Rasa macam penatlah sangat pulak kalau cuti sehari je ahad tu pastu nak turun g kl lak. Pastu dah penat-penat, ari isnin nak kena keje. Macam tak dapat rehat langsung.

Dah le tu, keta nak kena servis dulu nak jalan jauh ni sebab due nak servis pun dah sampai.

Tapi kalau aku tak pegi, sape pulak yang nak bawak mak aku kan?

So bincang-bincang ngan mr e, on the spot ari sabtu tu mintak ½ day. Tu pun tak berapa nak ½ day sebab kuar dari tempat keje pun lambat jugak. Pukul 2 baru keluar. Pastu terus g tempat servis keta. Mr e dah anta keta ke situ paginya, ingatkan dah siap la pukul 2 tu kan.. Sekali tak siap lagi jugakkkk.. Haiiihhhh.. (-_-")

Pukul 3 lebih kurang camtu baru siap. Terus balik umah, mandi n siap-siap. Packing baju pun main campak-campak aje. Tak dan lah nak lipat-lipat. Selagi boleh sumbat, kita sumbatttt.. Kekekekekeke..

Lepas asar, terus gerak. Kitorang g umah abang aku kat Semenyih. Kira tido sana la malam ahad tuh. Sampai sana dalam pukul 7.30 malam.. Malam tu lepas makan kuar g Metro Kajang jap, jalan-jalan cari pasal.. ;p

Esok paginya, lepas sarapan sume, terus siap. Kena berkumpul kat dewan kul 12 tengahari. Tepat pukul 12 tengahari jugaklah kitorang sampai. Very the punctual kan.. :)

On the way..


Tempat berlangsungnya majlis






Pelaminnya very the cantikkkk!! Ai likeeeee... :)


Muzik gamelan

Berjumpa lah sume sedara mara sepupu sepapat kat sana. Ada yang hari tu tak dapat datang masa majlis kat Batu Pahat, datang kat sini. Borak borak borak, then kul 1.30 petang camtuh pengantin berarak masuk.



Kitorang duduk kat meja No 1

Hubby n Me

Fifi, Nina, Wawa & Kak Cha
Macam berjanji pulak kitorang sume pakai hitam+putih.. Niceeeeeeee~

Tekun makan jelly.. Haha, still naaaakkk jugak suh orang panggil baby, dah tu dia bahasakan diri dia kat Irdina kakak 'Baby'. Baby tu tak hilang. Kalau kitorang panggil nama, langsung taknak menyahut ko!


Ngan 'kakak baby'.. hiks

Ngan Irdina

Mr e dengan 'kakak baby' n Irdina

Acara menepung tawar dari kedua-dua belah pihak pun dimulakan.




Pakcik aku siap nyanyi lagu menginai. Adat johor. Bravo lah..!


Biasalah kan, majlis dalam dewan, gini la acaranya. Lepas tepung tawar, terus makan damai n baru acara potong kek. Pastu sesi bergambar dan bersurai..


Kek


Tapi kitorang tak terus balik, g masuk Pavilion jap. Saje jek cuci-cuci mata. Kata nak membeli-belah tu taklah, mananya aku mampu dek noooonnnnnn... hiks










mrs e
Sunday, April 18, 2010

Achik Spin Meninggal Dunia

|
Betul-betul terkejut bila dapat tau Achik Spin meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihiroji'unnn..

Aku lambat online fb malam ni, sebab maghrib tadi aku baru sampai Semenyih. Sekarang aku ade kat umah abang aku sebab esok aku n family nak g majlis resepsi pihak lelaki kenduri kahwin sepupu aku kat Dewan Tun Rahah, Bangunan Tun Abdul Razak, Jalan Bukit Bintang.

Pastu, pas maghrib tadi kitorang keluar kejap ke Metro Kajang. Dalam pada perjalanan ke sana tu, nampak lah laluan lebuhraya LEKAS (Lebuhraya Kajang-Seremban).

Tak sangka, kat lebuhraya tulah Achik Spin meninggal dunia.. Al-fatihah




P/s : sape ade dapat jemputan ke Dewan Tun Rahah esok? mana la tau kut-kut korang ade yang kenal sepupu aku ni n dapat jemputan dia.. Boleh kita jumpa kat sana :)







mrs e
Thursday, April 15, 2010

Guess What?

|
Ari ni aku tak keje.. Ade sebab-sebab tertentu yang buatkan aku duk umah ari ni..

Yang penting,

.

.

Heaven!! :)



P/s : zi, sebab tu Ym aku tak online ari nih..







mrs e

Part 3 : Pelamin & Hantaran - Mahfuzah & Rushdi

|
Gambar full pelamin..

serba pink

Hantaran pihak perempuan (tema hitam putih)




kesemua barang hantaran


wallet+belt


perfume

kasut


buah-buahan

kemeja


sejadah+kain pelikat


coklat



Hantaran pihak lelaki (tema pink)


keseluruhan barang hantaran

telekung & perfume


cincin tunang+cincin kahwin+gelang

perfume


kasut

handbag






mrs e