kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Monday, April 12, 2010

Bebelan Rawak

|
Seronoknya kalau ari ni masih cuti. Dapat lepak-lepak kat umah, rileks-rileks tengok tivi lepas kemas umah+basuh baju+masak semua... Alahaiiiiiii.. seronoknya kalau dapat macam tu..

Gini la aku. Kalau masuk keje ari isnin jek mesti mood ke laut. Malas bercakap, layan blues diri sendiri jek sambil buat keje. Macam aku wat keje sorang-sorang. Takde kewujudan orang lain. Orang wat lawak pun aku malas nak layan. Cakap pun bile perlu dan kalau betul-betul penting yang memerlukan aku bukak mulut jek..Haih (-_-")

Mungkin jugak sebab badan masih penat dengan aktiviti wiken aku yang ke sana sini g kenduri kahwin. Kaki masih lenguh-lenguh (mana tak lenguhnya, perasan nak bergaya cam model-model pakai heels yang tinggi tak hengat punya.. ;p). Tu yang takde mood..

Oh ya, cakap pasal kenduri kahwin, memang akan ade soalan-soalan atau kata-kata negatif yang akan diutarakan. Contohnya, macam sepupu aku yang belum kahwin, bila sepupu yang lain dah kahwin dan satu persatu menunggu giliran, dia pulak yang akan jadi sasaran. Ini yang dia tulis dalam Fb dia..





Hurmmm.. kenapa la masyarakat macam ni ek? Suke wat pertanyaan berkali-kali sampai orang yang nak jawap pun sakit hati.

Itu takpe lagi. Aku kena lagi teruk. Aku g kenduri kahwin jiran MIL ari tu, ade la sorang kakak ni bertanya pada MIL aku, aku ni siapa. Mungkin tak berapa cam kut sebab aku pun jarang kuar rumah kalau balik sana (dan mungkin dia pun jarang balik kampung). Belum sempat MIL nak jawab, tup-tup si A ni dah tolong jawabkan


"Ni menantu Cik Yah.. Kahwin dah lamaaaaaaaaaa.. Dah bape tahun dahhhhhhh, tapi anak tak dapat-dapat.."


Kalau korang berada kat tempat aku, ape perasaan korang? Dengan mulut terjuih-juih si A tu bercakap. Rasa nak panggggggg sekali pun ade..! Nasib baik la aku ni kenangkan MIL ngan mr e. Kalau tak dah lama dah si A tu kena sedas dengan aku. Walau tak kena penampar, kena tarbiyah dengan aku 15 minit cukuplah.

Rasa nak menitis air mata aku jam-jam tu jugak. Sebak tak boleh tahan. Terus sms mr e ajak balik. Kang kalau tunggu lama kang, ade yang hujan sampai banjir kenduri kahwin orang lak.

Aku tak faham dengan orang yang sebegini. Tak tau ke kamu wahai si A? Semua tu rezeki dari Allah. Kalau Allah belum nak bagi, ko ingat aku boleh senang-senang masukkan anak tu dalam perut aku? Ataupun aku buat sendiri bayi yang punyalah comel, putih melepak, gebu, berlesung pipit, bulu mata melentik, hidung mancung dan claim yang baby tu aku punye. Ko ingat boleh? Ha, boleh ke? Anak patung bolehlahhhh..

Lagi satu, bila gadis-gadis yang asyik sibuk bertanya tepi kain aku apesal aku tak peknen-peknen lagi? Tak buat usaha itu ini ke? Kadang-kadang, aku malas nak jawab. Diorang ni bertanya macam taknak berfikir dahulu. Tak timbang buruk baiknya kepada si penerima soalan.. Terguris ke, terasa ke hatinya ke.. Main sedap mulut jeeeee...

Takkanlah aku nak bercerita kepada ko semua, aku wat itu, aku g sini, aku makan itu, aku usaha ini. Aku rasa lagi banyak yang ko buat ketupat pasal aku kalau aku cerita semua pasal aku tapi masih lum ade rezeki lagi nak dapat baby. Heh. Jangan asyik nak cakap pasal orang, rezeki ko tu pun ko tak tau lagi macamana nanti. Cepat ke, lambat ke.. Hanya Allah yang tau.

Maafkanlah aku kalau bahasa aku agak brutal sket kali ini. Bukan aku nak luahkan rasa tak puas hati kepada orang-orang tertentu ke hapa, tapi cuma meluahkan ape yang terpendam dalam hati aku selama ni.. Itu aje..

Memang patutlah kalau kawan-kawan aku yang alami nasib macam aku ni seboleh-bolehnya nak elakkan g ke kenduri kahwin ataupun majlis keramaian.

Yelah, daripada dapat sakit hati dengan soalan-soalan berapi macam ni, baik le duduk rumah lepak diam-diam. Hati senang, badan pun tak penat.. :)











mrs e

8 comments:

puterikurekure said...

tu la kan naja. mulut orang ni ikut sedap dia je nak cakap apa pon. haihhh~

mrs e said...

puterikurekure;
tu lah pasal intan.. diorang ni tak fikir perasaan orang lain.. suka-suki je nak cakap!

nuraarin-life said...

apa yg boleh kita buat mmg sabar..aarin pun susah juga org asyik tanya bile nak kahwin.. nanti bila dah kahwin org tanya bila nak dpt bb pula..

tak boleh ke mereka sembang benda lain, pasal kerja, ekonomi negara yg makin merundum ni ker.. kenapa nak tahu pasal tepi kain org lain...

luahan perasaan dari aarin juga!!

mama | sarah | syimir said...

ooo sgt susah nak menjaga mulut org ni ma..sbb tu ada pepatah (ke peribahasa?), mulut tempayan boleh ditutup tp mulut orang? ...
byk2 sabar, try tebalkan shj telinga itu wpun bukan mudah...diorg ni kalo beranak tiap2 tahun blh jadik isu...

Fardahila Binti Omar said...

mmg nak kena cili mulut si A ni..babap nanti...sabar ye kak shima... kalau asik nak dgr je sindiran org kita boleh sakit jiwa.. sekali sekala bagi la sedas dua.. yg dah ada ank plak, katanya asik ngandung jer..ank kecik2 lagi..anak selang setahun...arghhh..tak ada ank salah, ada ank pun salah.. haishh...

isya said...

hmm...agaknya org tu dah takda ayat nak bercerita..

biasala naja, mcm isya pun dah ada anak 1, tp masih lg ada yg tanya bila nak tambah? sorang cukup ke??
ntah pape ntah diorang ni.. nyampah tul!

mrs e said...

aarin-sz-ila-isya;
tulah kan.. manusia ni ade jek yang tak kena ek.. belum kahwin dikata,lum ade anak dikata, dah ade anak sorang disoal bila nak tambah lagi, ada anak rapat punnnnn boleh dijadikan isu jugakk..

Grrrr.. gerammmm betol lahhhh!!

DYLA said...

ish jahatnya mulut.... apa la org mcm tu tak baik betul..