kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Thursday, April 29, 2010

Designer Handbag? Pilihan Masing-Masing

|
Baru-baru ni aku ade terbaca tentang individu yang mengutuk sesetengah orang yang sanggup membeli henbeg berjenama tapi tiruan sebenarnya. Yerlah kan, sape lah yang tak teringin nak menyandang henbeg berjenama LV, Gucci, Salvatore Ferragamo, Coach, Prada, Aigner, Fendi dan banyak lagi henbeg berjenama yang lain.

Yang tak tahannya, harganya tu yang beribu-ribu lemon! Pada orang yang bergaji cukup makan (aku le tu.. hehehehe), mungkin mampu membelinya, itupun setelah berdikit-dikit sekian laaaaaaaaama. Untuk yang tak sabar nak pakai cepat, beli jek yang tiruan dari China tu, sume gred ade. Asalkan dapat pakai, betol tak?

Bila difikirkan, kenapa orang yang tak berapa mampu pun nak pakai henbeg jenama mahal? (maksud aku kat sini, macam aku laa.. takleh on the spot nak beli) Aku rasa lah kan, semuanya disebabkan mentaliti orang kita (melayu kebanyakannya) yang suke memandang tinggi pada orang yang memakai sesuatu yang berjenama. Pendek kata, orang yang mampu memakai henbeg yang mahal ribu-riban ni kiranya memang golongan High-Class. So, untuk orang yang sederhana atau biasa-biasa, dia pun nak lah jugak Up kan diri dia, supaya semua orang pun pandang kat dia, sedar kewujudan dia.

Dan pada aku, takde halnya pun kalau seseorang tu nak pakai henbeg tiruan ke apa. Pilihan masing-masing lah kan. Henbeg tiruan tu pun makan beratus-ratus jugak pe harganya. Bukan cikai-cikai punya harga yang boleh dapat kat pasarlambak/pasarmalam tuuuuu. Lainlah kalo beli kat Chow Kit kan ;p

Bagi diri aku sendiri, aku lebih suke pakai jenama yang biasa-biasa saje. Yang memang aku mampu nak membelinya. Yang mr e tak berpinau biji mata tengokkan harganya.. Teheheheehehe~

Biarlah aku pakai henbeg sembonia ke carlo rino ke, tapi asalkan aku puas hati. Aku beli bukan yang ciplak punya. Sebab pada aku, satu kepuasan kalau dapat beli yang betul-betul asli.

Lagipun, setakat sembonia ke carlo rino ni, susah wooooo nak tengok yang tiruan punye dijual merata-rata. Hiks

Cuba pulak kalau tengok LV, Coach, Gucii dll tu, sana sini ade jek orang jual yang tiruan punya. Kalo tak percaya, you google it.

Punyelah penat ko kumpul duit sekian lama nak beli yang authentic punya, sekali orang cakap ko pakai yang replica. Tak ke bengang tuh!



P/s : Bonia aku tak minat. Design henbeg nya tak menepati citarasa aku.







mrs e

5 comments:

mama | ayah | sarah | syimir said...

hahaha..tirulah mcm aku, takyah pki henbeg langsung..muehehehe

puterikurekure said...

oh. kite minat carlo rino jugak! dan guess. hehehe~

skang ni cuma ada 1 handbag guess dan 1 purse carlo rino. tgk. itu je yang mampu.

mrs e said...

mama|ayah|sarah|syimir;
aik? yeke ko tak pakai henbeg zi? tak cayalah aku. abis ko g ngajo takkan tak pakai henbeg kut?

puterikurekure;
ha a. naja pun minat :)

sekarang ni dah guna sembonia n carlo rino. baru nak berjinak-jinak ngan guess pulak.. hiks

nuraarin-life said...

Yg penting sekali tgk handbag terus minat... tak kiralah jenama apa (maksud sy bkn harga ribu-riban yer)

Dan yg penting skali, masa pakai beg tu bkn tujuan nak berlagak, apa kes nak berlagak kerana handbag..

Blogger said...

Shop For Authentic Gucci Handbags Online.