kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Friday, April 9, 2010

Kad Kahwin & Aktiviti Wiken

|
Kesinambungan daripada entri ini, ini dan ini..

Sebenarnya sepupu aku nak kahwin ahad ni. Nikah sabtu malam ahad, sanding ahad. Sebab tu aku beli barang² dalam entri yang aku link kan kat atas tu.. Nak pakai g kenduri kawin dia la ni nanti.. hehehehe




Cantik betul design-design kad kahwin zaman sekarang kan? Siap ade karikaturnya yang chumel-chumel ni hahhhh.. Memang chumelll jek bila tengok kad kahwin dia ni..Masa aku dulu, kad dah ade bau-bau wangi sket, bunga-bunga sket tu kira dah cunnn bangetttt lah tu.. Itupun sekeping harga maheiii mencekik. Mesti lebih daripada RM 1 sekeping..

Korang sape yang nak kahwin sekarang ni untunglah, biasanya syarikat percetakan ni dah ade bagi pakej sekali dalam kita punya tempahan tu.. Satu pakej siap dengan rega kad kahwin, kad terima kasih ngan bunting nye sekali.. Untung woooo..

Nak yang lagi berduit, boleh g Indon pilih kad-kad kahwin yang lebih cantik design nya beli kat sana. Kat sana lagi la murah-murah.. tapi kena la sediakan kos nak g sana pulak ye tak?


************


So, hujung minggu aku akan dipenuhi aktiviti ke kenduri kahwin. Malam ini je aku dah nak gerak balik umah MIL, sebab jiran MIL ade wat kenduri kahwin ari esok. Esok petang balik semula ke BG untuk ke Batu Pahat tengok majlis pernikahan sepupu aku pada malamnye. Dan ari ahadnya sekali lagi pergi ke sana untuk majlis persandingannya...



Korang lak, ape aktiviti yang dah direncanakan hujung minggu ni?




P/s : Pakcik aku (ayah kepada bakal pengantin) tibe-tibe diserang strok kelmarin. Sekarang berada di Hospital Batu Pahat. Aku tak dapat lagi perkembangan terkini kesihatannya.. Doakan dia beransur sihat, semuanya selamat dan majlis dapat berjalan dengan lancar ye kawan-kawan...








mrs e

0 comments: