kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, April 27, 2010

Kisah Aku & Apple

|
Aku sukaaaaa sangat kat apple hijau.. Tapi kat umah pun takdelah aku beli apple untuk stok aku makan ke hapa. Sangat jarang-jarang okeyyy.. Cumanya, kalau tiap kali makan kat luar tu, air apple adalah air pilihan aku selain dari fresh orange (untuk pilihan minuman jus). Tah kenapa, aku macam sukeeeeee sangat bau apple nih.. :)

Bukan itu saja, barang-barang yang aku gunakan sehari-hari banyak berasaskan apple tau. Tak caya korang tengok neh

Cecair pencuci pinggan pun nak wangian dari apple

Even pencuci lantai pon aku nak apple jugakkkkkkkkkk


Bukan itu saja, ubat gigi jugak haruslah ade rasa epalll... nyummmmm :)


Dan kerana itulah, aku telah membeli ini sebagai wangian terbaru aku.. Hurmmm.. wangiiii .. Tehehehehehe~


Sebenarnya bukan dirancang pun, tapi kebetulan. Perfume aku dah habis. Aku bercadang nak guna semula brand polo ralph lauren tu.. Lamaaaaa dah tak guna wangiannya.. Setelah aku guna bermacam-macam brand sebelum ni, kira nak rujuk baliklah dengan ralph lauren tuh. Sekali boleh tak aku tak jumpe kaunter dia & tersangkut kat kaunter si apple nih? HAHAHAHAHA

Pepaham jelah kan, kalau dah tersangkut kat situ, harus SA nye menggodak aku itu dan ini. Dan bila try harumannya, ermmmm.. wangiiiii.. Tapi hati still berbelah bagi. Sebab hati kuat nak ralph lauren kan..

Tapi disebabkan mr e sukeeeeeee sangat bau yang ini, dan dia suh aku beli n cuba pakai yang brand ni pulak, aku pun ok jelah kan. Menurut perintah suami katanya. Hiks ;p. Lagipun, aku pakai pun nak suh dia yang bau, so beli jelah. HAHAHAHAHAHA :D

So, sekarang saya sudah ade wangian yang baruuuuuu :))



P/s : Sesapa yang sedang merancang nak beli perfume, aku rasa elok sangat-sangat lah beli sekarang ni. Sebab sekarang kebanyakan brand tengah wat promotion untuk mother's day. Memang berbaloi sangat-sangattt.. Macam aku hari tu, untuk perfume EDP 50ml sahaja dah RM 200++. Losyen pada rate biasa adalah RM 14+.++ tapi aku dapat kedua-dua perfume & losyen tu pada harga yang sangat berpatutan.. Berbaloi-baloi










mrs e

0 comments: