kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, April 14, 2010

Part 1: Pernikahan Mahfuzah & Rushdi

|
Fuhhhh.. punyalah banyak gambar dalam folder, tak larat aku nak cite n upload sume sekali harung. So, aku buat part by part la ye.. Lagipun, kalo dah banyak sangat gambar, takut korang pulak terloya-loya kang tengok gambar jek.. HAHA

Sabtu petang, lepas balik dari kenduri kahwin umah jiran MIL tu, kemas-kemas baju, packing bag n terus balik ke BG semula. Sampai-sampai umah, dah ade kak yati.. Rupanya dia pun baru sampai dari JB. Masuk umah, tengok-tengok, dah ade anak-anak abang aku jugak.. Ohh.. abang aku pun da sampai, cuma dia bawak mak aku keluar semula cari ubat sebab mak aku tak berapa sihat. Selsema+batuk+nak demam.. Yerlaaaa.. dengan cuaca yang tak menetu macam ni kannnn.. Kalau panas, panas sangatttt.. tapi kalau time hujan, hujan lebatttttt pulak..

Sesambil borak-borak, terus p iron baju. Mandi manda, sebab nak gerak lepas maghrib. Tapi paham-paham jelah kan, kalau dah orangnya ramai, terhegeh-hegeh la jugak nak siapnya. Nak mandi pun main cop-cop ikut turn. Tu pun sib baik bebudak kecik tak ikut, tinggal kat umah ngan abang ipar aku. Kalau takkkkk.. sendiri mau ingat lah ngan kerenah bebudak yang itu ini, nak mandi ramai-ramai la, apela,  tu pun belum amik masa diorang main air dalam bilik mandi lagi tu.. huhuhu

Sudahnya, pukul 8 jugak baru gerak dari rumah. Kitorang g dua kenderaan, naik kenderaan abang aku (full) dan wawa n zakiah (anak sedara aku) naik keta fifi sebab dah tak muat..

Amik masa dalam 1½ jam jugak nak sampai umah makcik aku tu.. Sampai-sampai tu, kitorang ingatkan nikah kat masjid, tapi tengok masjid kosonggggg jek. Gelap gelita lak tuh. Rupanya wat majlis nikah kat umah. Bila tanye makcik aku kenapa, dia kata sebab nanti taknak lah ade tragedi tak diingini macam yang berlaku tahun lepas.. kih kih kih kih ;p


Masuk umah makcik aku, majlis pernikahan baru nak mula. Ni time bebetul aku sampai..

Jurunikah tengah mintak persetujuan daripada pengantin perempuan



Mahfuzah.. berdebar-debar menunggu saat gelaran bertukar daripada 'cik' kepada 'puan'


Dua kali lafaz (kut?) baru lah sah sebagai suami isteri. Aku pun tak berapa perasan dan tak dapat nak capture momen tu sebab tengah sebok ngambek gambar dalam bilik... HAHA


Rushdi tenanggg jek saat nak melafazkan akad.. Tapi dalam hati tu sape yang tau? Gedebak gedebuk kalah kompang yang dipalu.. muehehehehe ;p



 Sah sebagai suami isterii...



Pastu terus g makan. Lapar beb. Da terhentak-hentak dalam kereta tadi, semua makanan dalam perut pun dah turun ke bawah untuk diproses.. Muehehehehe...


Gambar waktu makan. Sebenarnya aku pun tak tau sape yang amik gambar ni..
Alih-alih ade je dalam kamera. Bergoyang bergegar macam ade gempa bumi lak gambar ni. Sebab ini aje gambar yang ada masa makan, so kasi tepek jelah


Lepas makan, terus balik, tak tunggu majlis berinai pun sebab si Irdina dah mengamuk nak tido.. Sampai sini dulu ek..Letih dah jari aku menaip








mrs e

2 comments:

puterikurekure said...

sempoi pelamin ada gambar besar2. hehehe~

isya said...

lawa la pelamin tu..