kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, April 6, 2010

Rescue Pagi-Pagi

|
Pagi tadi, aku dah siap-siap dah nak g keje. Dah cun-cunnn dah siap pakai tudung sume, turun bawah letak enbeg, p dapur nak wat air. Macam biasalah, teh-o untuk aku, teh untuk mr e..

Tengah aku senduk gula masuk dalam cawan, tibe-tibe mr e lari-lari kuar umah. Aku pun saspen lah.

"Abang, kenapa? Ada ape?"


"Ade ular.."


"Hah? Kat mana?"

Terus aku pun lari-lari anak dari dapur tu kuar ke beranda. Rescue. Ewwuuuuu ewuuuuu ewwwuuuuuuu..

Rupanya, mak aku dah riuh mulut suruh mr e kuarkan ular tu. Ular tu sebenarnya mak aku yang memula nampak. Mak aku ingatkan tupai ke ape, sebab kepalanya tegak-tegak kat cermin tingkap bilik adik aku nak masuk ke dalam (mak aku masa tu dalam bilik adik aku). Memang selalu lah jugak tupai belakang umah tu jadikan beranda umah aku tu taman permainan dia. (Ewaaahhh.. riang ria sungguh ko yer tupai..). Tu yang mak aku memula selamba jek, tapi sekali tengok betul- betul, lain macam aje, ghupenya ularrrr korangggg!! Uiiiii.. serremmmmmm...

Agak besar & panjang jugaklah ular tu. Boleh dikategorikan sebagai remaja. (Eheh. Ular pun ade kategori remaja ke? Macam tu, boleh masuk Dewi Remaja anjuran majalah Remaja neh..HAHA)

Kalau diteliti dari paras rupa dan faktor kulitnya, rasa-rasanya ular tu anak ular sawa kut. Eiiii, tak dapat aku bayangkan kalau ular ini dah masuk kategori dewasa / warga tua, tentu lagi besar & panjang saiz nyaaaaaa... Takutttttttt

Susah jugak nak halau ular ni kuar dari rumah. Mak aku kata, jangan dibunuh ular tuh. Takut kalau-kalau ianya ular jadian ke hape. So, aku ngan mr e lah menghalau ular tu supaya keluar.. Aku cuma tabur garam kat tempat dia lepaking tu supaya dia lemah. (Bukan halau syoh syohhh syohhh ye.. Haippp.. biasa dia neh halau ular macam gitu)

Lama jugak lepas tu, setelah percubaan ular tu ke sana sini, memanjat grill sliding door dll, akhirnya ia mengaku kalah. Keluar jugak ia dari rumah aku. Fuhhhhhhh.. Lega.. Tapi aku ngan mr e tak biarkan gitu jek, kitorang masih halau ia kat luar rumah tu jugak supaya ia pegi jauh-jauh dan jangan datang-datang lagi sepertinya pergi tak kembali. Dah pasti ia pegi jauh dari umah aku masuk kebun sana, baru rasa selamat dan kitorang pun pulang ke pangkal jalan (eh?) tak tak, balik umah laaaaaa... Apelagi.. Dah lambat ni nak g keje.. Huhu


p/s:
1) Pagi tadi sebelum pukul 7 (masih gelap lagi masa tu), mr e tolong aku sidai kain kat beranda. (Terima kasih, Sayang!) Sib baik takde ape-ape.
2) Selalunya, tingkap bilik adik aku tu kadang-kadang di bukak untuk pengudaraan angin kuar masuk. Tak dapat aku bayangkan kalau tingkap tu terbukak, Irdina tengah tidur dan mak aku wat keje kat dapur.. Eiii.. mintak dijauhkannnn
3) Tak tau dari mana datang ular tu sebenarnya, sebab tibe-tibe jek ia muncul. Ular jadian ke? Wallahualam
4) Ade gambar ular tu sebenarnya (dalam kocoh-kocoh tu sempat gak capai enpon amik gambar..HAHA), tapi aku malas nak tepek sini sebab aku tak suka tengok ular, maka gambarnya pun aku tak nak tengok.. Huhu






mrs e

3 comments:

E said...

http://bit.ly/dcrDvL

puterikurekure said...

Ya Allah naja....ular tuuu.....

huaaa...takutnyeeeee~~

Fardahila Binti Omar said...

ngerinyaaaa............dah la ada baby....sib baik tingkap tutup.. syukur selamat...