kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Thursday, April 8, 2010

Sebak. Tak Tau Nak Letak Tajuk Ape

|
Bateri hp aku kong petang semalam. Tak jadi hal pada aku, sebab mr e ada sama. If ade ape-ape emergency pun, family boleh call mr e lagi. Dan kebetulan aku balik agak lambat semalam, so aku pun tak dapat lah view mana-mana mesej yang masuk sebab hp dah off. Langsung takleh on.

Balik umah, terus cas hp. Pun masih off, aku tak on kan. Bila dah malam nak tido tu, baru aku amik hp letak tepi meja katil sebab senang nak matikan alarm esok paginya. Tibe-tibe ade bunyi mesej masuk..


Salam. Ija ni. Ko sihat?


Dua kali mesej dia masuk. Bila aku tengok details nye, kali pertama dihantar pukul 8++ malam, kali kedua pulak pukul 9++ malam. Mungkin sebab aku tak balas-balas, tu yang dia hantar 2 kali. Disebabkan masa aku nak tido tu dah lewat sangat, dah pukul 12++ malam, so aku fikir aku balas mesej dia pagi esok ajelah. Tak sedap pulak nak ganggu orang malam-malam tengah tido.

So pagi tadi aku balas lah mesej dia..


Salam Ja. Aiseh, sori la aku lambat reply. Semalam bateri hp aku kong. Dah tu aku kuar ngan laki aku. Balik baru cas hp. Aku sihat. Ade berita gembira ke? Ko dah bersalin?


Buat pengetahuan korang, Ija ni kawan sekolah aku. Tak sekelas, tak berapa nak rapat jugak. Cumanya masa sekolah dulu, member laki kelas aku minat kat dia. Kira ade affair lah. Tapi takde jodoh, memasing kawen dengan orang lain.

Lama jugak aku lost contact ngan ija ni, seingat aku lepas sekolah terus takde berhubung. Yang mengeratkan aku dengan dia semula ialah bila kitorang jumpa kat satu kenduri kawen. Masa tu lagi 2 minggu aku nak kawen. Dia pun nak kawen. Dia jemput aku, aku jemput dia. Rupa-rupanya kitorang nikah dan kawen hari yang sama.. :) Maka usia perkahwinan kitorang pun sama, boleh selebret annibersari sama-sama gitu... hiks

Lepas tu, satu perkara lagi yang mengeratkan kitorang ialah, bila dah dekat 2 tahun kahwin, tapi masing-masing belum ade rezeki nak timang baby. Selalu gak bertanya khabar tentang diri memasing. Dah berisi ke belum? Sampailah satu masa masing-masing senyap, dan aku terdengar dari orang kampung dia yang dia dah mengandung. Gembira betul aku dengar, (walaupun dalam hati ade la sedih gakk sebab diri sendiri tak peknen lagi) sebab setelah sekian lama dia dulu yang ade rezeki nak timang baby. Masa tu dia inform aku tarikh jangkaan bersalin dia bulan april.

Sebab tu aku assume dia mesej aku tu sebab nak beritahu dia dah bersalin. Sekali dia reply..


Waalaikumussalam, ade berita sedihlah.. Aku nak anta berita tapi tak sempat. 18/3 ari tu aku p check perut rutin seminggu sekali kat hospital Alor Gajah. Jantung baby aku tak berdegup, baby aku takde dah shima.. Da 37 minggu 4 hari masa tu.. Malam tu baby gerak-gerak lagi, mungkin pagi tu baby lemas. Aku ni bersalin normal n masuk ubat, 21/3 aku bersalin baby boy 2.9kg, comel sangat aku tengok muka dia. Tapi takde rezeki aku nak timang dia. Allah bagi aku pinjam 9 bulan je shima.. Sebelum ni aku mengandung sihat, baby pun sihat.. Aku pun tak tau kenapa?


Ya Allah, hanya Tuhan yang tau betapa sebaknya aku dengan berita yang aku dapat ni. Meremang-remang bulu roma aku. Sungguh aku bersimpati dengan ujian yang Allah berikan pada dia. Bayangkan lah, selama 9 bulan membawa anaknya dalam kandungan ke sana ke mari, selama 9 bulan takde apa-apa masalah dan komplikasi dalam kandungan, selama dalam kandungan dapat merasa gerakan & tendangannya, selama berbulan dah membuat segala persiapan untuk kelahirannya, TAPI... di saat-saat dan detik untuk menunggu kelahirannya, dia dah pergi dulu..

Aku dapat bayangkan, betapa sedihnya aku kalau berada di tempat dia. Lebih malah berlebih lebih sedihnya kalau nak dibandingkan sedihnya aku yang belum ade rezeki mengandung ini. Tak tertanggung rasanya berada dalam pantang, segala makan minum dicatu dan dijaga, barang-barang baby ade di mana-mana, tapi baby nya tiada.. :'(

Menambahkan sedih lagi kawan aku ini, 3 orang dalam family nya mengandung serentak dengan dia dan dijangka sama-sama melahirkan anak masing-masing dalam jarak yang tak lama. Dan sekarang ini, dia berpantang di rumah mak mentuanya kerana di rumah emaknya sendiri emaknya sedang menjaga adik iparnya dalam pantang (mak adik iparnya dah meninggal dunia). Dia tak sanggup mendengar tangisan seorang bayi buat masa ini dan perlukan ketenangan. Kerana itulah dia memilih untuk berpantang di sana. Bayangkanlah betapa hebat tekanan yang dia hadapi. Pasti bila melihat anak kepada adik-adiknya, dia akan terbayangkan bayinya yang sudah tiada yang pasti akan meruntun jiwa juga merentap-rentap tangkai hatinya.

Ape yang aku harapkan, semoga dia tabah dan diberi sepenuah kekuatan untuk melalui semua ini. Aku tau ko kuat ja..Aku sentiasa doakan semua yang baik untuk ko..

Berat ujian aku, rupanya berat lagi ujian untuk dia yang Allah berikan..


Aku insaf. Di dunia ini semua hanya pinjaman. Bila tiba masanya, kita semua perlu pulang kepada PenciptaNya.



P/s : Dan kepada bakal-bakal ibu yang sedang mengandung, yang mana kamu segera dapat rezeki mengandung awal, janganlah memandang sinis kepada kami yang belum ade rezeki ini. Allah itu maha adil, apa-apa juga yang tak terjangka oleh kamu boleh terjadi. Bila-bila masa Allah boleh tarik rezeki yang diberi. Bukanlah aku mengharapkan sesuatu yang tidak baik, cumanya TOLONG lah jangan sombong dengan aku sebab kau dah mengandung. Aku doakan yang terbaik buat korang.. :) - kepada yang berkenaan sahaja.









mrs e

4 comments:

mama | sarah | syimir said...

ya Allah ...sedih sangat..nk menangis aku baca ni..sibbaik dlm lab..kirim salam takziah utk ija ye...InsyaAllah ada hikmah di sebalik kejadian Allah...syukur ija dah ada bidadari di syurga yg mendoakan dia...apa yg kita ada skrg ni mmg pinjaman Allah, kun fa ya kun....

nornazliana said...

al fatihah..tuk baby tu yer..n takziah d ucapkn kat kawan awaak tue..lumrah kehidupan..

mrs e said...

mama|sarah|syimir;
tu la zi.. sebak sangat aku bila dapat tau berita ni.. kesiannn ija.. aku ingat ujian Allah pada aku ni dah berat, rupanya berat lagi dugaan ija..

nornazliana;
insyaAllah.. nanti saya sampaikan. ana jaga diri n kandungan baik² ok :)

monstorious wife said...

Takziah buat kawan uolls.. Kita cuma merancang tuhan yang tentukan..