kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Friday, May 28, 2010

Sweet Potato

|
Selama ni kalau g jusco, lalu lalang jek depan dia. Tak pernah terniat nak beli pun. Sekali, bila baca kat blog peej, terasa macam nak rasa makan jugak lah.

So ari tu, lepas wat passport fifi & dina, singgah kat jusco. Dan beli lah sekali.
 




Memang sedap kooo.. Lembuttttt sangat. Memang manis lak tu.. Mak aku pun suka. Sape tak pernah try, boleh la beli n try makan lepas ni :)






mrs e

Gambar Passport Rania

|
Sepatutnya dah boleh collect ari isnin ari tu bermula kul 9 pagi. Tapi adik aku agak kemalasan nak mengulang ke Melaka hari-hari.. Yerla, ahad dah g buat, pastu sebab tak sempat siap, boleh amik keesokkan harinya. Tapi tak koser lah sangat dia tu nak rushing balik sekolah nak g Melaka lak amik passport.

So semalam baru dia p amik. Tu pun memula dia kata nak amik ari rabu, tapi disebabkan ari rabu tu mendung n nak hujan jek, so dia cencel nak g sebab semata-mata nak balik tido, boleh? Sabo jela aku.

Bila tengok gambar Dina ni geram pulak aku.





Mata booooolat, lidah jelir, rambut cacak.. HAHAHAHAHA

Paling tak tahan, tang rambut cacak tu laaaa.. Dah letak minyak banyak-banyak pun, rambut tetap tercacak jugak. Degil sungguh kau rambut ya!!








mrs e

Wesak Day, Aku Keje!

|
Uissshhh.. Seronok ar korang cuti-cuti sakan ek? Aku le yang keje.. tsk tsk tsk T_______T.. Kampeni tempat aku keje ni tak amik cuti sempena ari wesak la korang.. sob sob sob

Syok leeee korang dapat cuti sampai 3 hari ek. Mesti memasing banyak plan nak ke sana sini, kan? Cuma aku nak tujukan la rangkap lagu kat bawah ni untuk korang² yang bercuti sakan

"..dalam korang bergembira.. 
pasti ada yang berduka..
syok bercuti berjalan sini sana..
jangan lupa aku yang bekerjaaaaaaa.."
(ikut melodi lagu raya Rahimah Rahim)


Apepun, kepada yang bercuti-cuti malaysia mahupun yang balik kampung.. Hati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang disayang :))







mrs e
Wednesday, May 26, 2010

Saya Nak Cuti! ;P

|
Eheh. Tajuk kat atas tu macam nak masuk pertandingan blogpost MAS tak lama dulu kan? Hehe.

Dah rasa bowingggggg jek keje. Tiap hari asyik membilang hari dan terfikir-fikir aktiviti yang nak dibuat sepanjang masa bercuti nanti. Dan juga asyik melayari web cari info-info berguna yang boleh diaplikasikan masa bercuti.. ngeeee~ :D


**********

Oh, lupakan lah pasal bercuti kat atas tu. Lama lagi pun nak peginya ;P.

Meh nak citer sket pasal passport antarabangsa aku. Ari tu ade member kat Fb tanye, aku g teman adik aku buat passport kat imigresen apesal aku tak wat sekali?

Untuk pengetahuan, aku dah ade passport antarabangsa ni lama jugak lah. Lepas kahwin dulu aku wat passport sebab mr e ajak g jumpe sedara maranya kat Singapore. Masa tu mana ade dah passport terhad ke Singapore kaler biru macam dulu-dulu punye tu...

Nak buat masa tu terus kena yang 5 tahun punye, 64 muka surat, RM 300. Bukan macam sekarang, dah ade dah yang 2 tahun punye, 32 muka surat, RM 100. Untung berbaloi-baloi kan kalo wat yang 2 tahun punye tu?

Bukan ape, sebab ape aku rasa tak untung aku punye passport 5 tahun tu? Sebabnya, selama tempoh dekat 3 tahun ni, baru SEKALI aku ke luar negara!!! (tu masa g Singapore pas kawin dulu le tu)

Sangat tak berbaloi-baloi kan?


P/s : Tibe-tibe teringat gambar aku dalam passport biru mak aku untuk ke Singapore dulu (masa tu kan budak bawah 12 tahun disekalikan ngan ibu/bapa/penjaga). Giler punye sememeh weiiiiiii... HAHAHAHA







mrs e
Monday, May 24, 2010

Friendly Blogger

|
Lama jugak dah dapat award ni dari intan, tapi alahaiiiii.. kemain bz aku minggu lepas, tak sempat nak tempek n buat pasal award tu kat sini. Sori bangetttt ya intan, ni ari ni naja tepek.. hehe :)

Ermmm.. friendly ke aku ni? Aku sendiri pun tak tau, sebab penilaian tu terletak di tangan korang sume.. Ececececeh ;P. Tapi kalau dah intan kata aku friendly, frinedly la kut.. ngeh ngeh ngeh~






Oh, bukan dapat award jek  ye.. Tapi kena buat tag sekali..

1. SUKA MELUKIS TAK?
Ermmm.. Biasa-biasa jek kut. Sebab tangan aku ni keras, takde nilai seni. Setakat lukis sawah padi, ade pokok kelapa, ada matahari, ada gunung n ada burung tu selalu la aku lukis. (Selalu lukis ni bila bosan masuk meeting. Bos ingat aku sibuk tulis isi-isi penting.. padahallllll... HAHAHAHA)

2. BOSAN-BOSAN SUKA BUAT APA?
Suka layan tenet.. Baca la apepun yang aku terfikir nak baca. Pastu kalau dah boring, aku tengok tivi. Kalau tengok tivi pun boring, aku suka baca komik/majalah. Pun kalau rasa dah boring sangat, aku tido jela.. Zzzzzzz

3. KENAPA SIPUT BABI JALAN LEMBAP?
Alamak, aku pun tak tau sebab tak pernah tanya. Tapi aku suspek dia lambat sebab dia jalan bukan pakai kaki. Kan siput takde kaki. Takpe, untuk kesahihan, nanti kalau aku jumpa siput tu, aku tanyekan yerrrr.. :)

4. CUTE TAK ORANG YANG BAGI AWARD NI?
Alaaahhaiiiii... memang cute le sangattt.. Rasa nak cubit-cubit jek pipi dia tu tau.. Tunggulah intan, kang kalau jumpe, naja nak cubit pipi tu.. tehehehehehe~ (sukasuki ko je yer nak cubit-cubit pipi orang eh?)


K, aku nak pass lak kat orang len..

  1. http://dylarizadi.blogspot.com/
  2. http://eiskamil.blogspot.com/
  3. http://syimirmikail.blogspot.com/
  4. http://ibuiffah.blogspot.com/
  5. http://fardahila.blogspot.com/







mrs e
Sunday, May 23, 2010

Malacca Immigration

|

Malacca Immigration, originally uploaded by mrshandri.


Pepagi da pegi Imigresen Melaka. Temankan fifi n dina wat passport. Ramai giler orang. Mesti memasing nak gi bercuti cuti sekolah nanti....





mrs e
Friday, May 21, 2010

Angguk-angguk, Geleng-geleng

|
Kebiasaan kalau aku rasa nak makan ari jumaat, aku akan rehat sorang-sorang. Mr e kan rehat sekali ngan solat jumaat kan. Lagipun, aku rehat ari jumaat kul 2.30 petang. Memang la tak dapat makan tengahari bersama-sama di situ.

Selalunya, aku akan kirim mr e makanan dari luar jek. Sesekali nak makan yang advance sket di hari jumaat selain dari masakan kantin ;p

Untuk tadi, aku pesan mr e nasi paprik tapaukan untuk aku. Dan kul 2.30 aku pun panjat lah anak-anak tangga yang cuma ade berapa anak tu ke kantin. Aku pilih untuk duduk di tempat biasa aku makan, meja paling last hujung sebelah sinki.

Aku memang takde masalah pun makan sorang-sorang. Ada sesetengah orang yang menganggap orang yang makan sorang-sorang ni LOSER ye? Macam kera sumbang sebab takde orang pun nak makan bersama tsk tsk T______T

Tapi tidak pada aku. Aku tak kisah. Sorang boleh, berkawan pun boleh. Kalau berkawan tu korang pun taulah kan boleh wat ape sambil makan makan makan dan makan tu. Bersembang, bergelak ketawa. Silap-silap, 'anyam ketupat' pun boleh. (Selalu jugak aku buat.. muahahahaha)

Tapi kalau makan sorang-sorang pun lagi syok woooo.. Boleh menghayati dan menikmati makanan tu sepenuh jiwa, boleh menguyah makanan kita tu sampai 44 kali ikut sunnah Rasulullah (tapi aku lupa lak nak kira tadi). Nak lagi best, boleh BERANGAN.. Haha

Woitt woitt..tajuk lain, cite lain.. ape kes ni weyyy

Hahahaha.. Sori sori ok.. Kat atas tu baru mukadimahnya aje... :D

Ni ha tadi. Tengah syok-syok aku mengunyah makanan, datang sorang budak operator duduk depan aku. Budak ni aku kenal, tapi kenal gitu-gitu aje. Borak pun borak-borak secara am aje.

Sekali boleh pulak dia buka topik pasal keje dia. Tugas-tugas dia. Kawan-kawan se department dia.

Wallawehhhh.. Aku mana la tau pasal skop keje dia tu. Even kawan-kawan dia sume aku tak kenal. Lama weiiii dia duk bergebang tuh.. Haihhhh~

Jadinya cuma aku angguk-angguk, geleng-geleng jelah.. Tibe-tibe teringat lak lagu angguk-angguk geleng-geleng yang popular dulu tu. Jom nyanyi sama-sama.. HAHA








mrs e

At This Moment

|
Aku tersangat-sangat la BZ!!

Banyak keje yang nak kena settlekan cepat-cepat

Here n there
(Tapi masih sempat update blog????!!!)

So, aku siapkan keje aku dulu, kang nanti baru aku update n baca blog korang okeh!

=)







mrs e
Thursday, May 20, 2010

My Lunch Today.

|

My Lunch Today., originally uploaded by mrshandri.

My Lunch Today.

Wednesday, May 19, 2010

Mee Siput, Sebeban

|
Mee Siput

Semalam baca kat blog suzi, dia tunjuk gambar mee siput. Inilah padahnya kan kalau suka baca blog. Bile g blog member, nampak pulak ade gambar makanan, mak aihhhh.. terus terkecur-kecur air liur.


Terus teringin n rasa nak makan dan-dan tu jugak. Tanye-tanye kat member, ade sesape tak yang jual mee siput (sebab dulu ade), sekali rupanya budak tu dah tak jual.. Huhu. Pastu member suggest kan g kat kedai tepi jalan yang jual goreng pisang sebab pernah ternampak ada jual. Erm, bukan kedai pun sebenarnya.. cuma bukak meja n payung..


Beria-ia la aku menapak bawah terik matahari kul 1 tuh. Dekat je pun sebenarnya, tapi disebabkan dah lama tak eksesais ni, agak letih la jugak. Berpeluh badan. HAHA.. Dah berkorban keluarkan segala keringat titisan petani lagaknya, sekali takde pulak dia jual.. "hari ni tak jual kak" kata budak tu.. Adehhhh


Balik nak kena beli gak ni mee siput kat kedai..


PM suzi, tanye dia beli katne. Sebab dia beli masa balik kampung ari tu. Aku taknak la terkena beli mee siput yang digoreng tak kembang sekali lagi. Pernah beli dulu bila digoreng tak kembang, n bila makan habis tercucuk-cucuk daging pipi aku sebab mee siput tu keras.. Aku tengok yang suzi beli tuh elok kembang nya n nampak rangup.


Bla bla bla ngan suzi, YM, PM n fesbuk, ok, roger. Dah tau kedainya. Balik terjahhhhhhhhh


Mee siput setel, sambal tumis camne lak ek. Kalau balik dah malam sampai umah, sempat ke aku nak wat sambalnye neh? Camne camne camne


Tingggggg!!


Amik henpon,

"Dik ko cakap kat mak, boleh tak watkan sambal tumis. Teringin ar nak makan mee siput. Kalau mak taknak takpe, nanti balik aku buat. Tanye kan aje.." ~ ceh, ayat konon tak kisah, padahal memang mengahrap mak aku buatkan.. tehehehehe :)


"K, nanti aku cakapkan kat mak. Mak kat dapur tu. Tak tau lah mak nak watkan ke tak, mak penat tu.."


"K.." ~ dalam hati, mintak-mintak la mak buatkan untuk aku.. aminnnnn


Balik tu, terus ke BG beli mee siput. Sampai umah turun jek keta, dah bau dah sambal tumis.. Yeayyyyy.. Sukenya.. Alhamdulillah.. ade rezeki aku nak makan mee siput.. ;)


Ari ni pun aku siap bawak g keje ko! Ade sesapa nak? Hehehehehe



P/s : ade jugak yang panggil mee siput ni mee sanggul ya?




Sebeban

Huiii.. ari ni maybe aku tak sempat sangat nak jengah blog korang.. Takpe, akan aku marathon kan waktu lunch nanti.


Aku ade lebih 6 bulan punya dokumen yang kena difailkan. Diulangi ----> 6 bulannn!! Haihhhh.. Femalasnyaaaa aku ni kan. Ala, tak kisah pun sebenarnya, sebab dokumen-dokumen tu hanya aku yang guna dan untuk rujukan aku SAHAJA.


Tapi kalau dah nak cari dokumen tu dah nak kena selak satu persatu, tak ke membuang masa tu? Daripada cari 2-3 minit dah dapat, dah jadi berpuluh-puluh minit.


So, untuk kesenangan aku jugak, aku fikir lebih baiklah aku merajinkan diri sendiri failkan semua dokumen tu ikut susunan untuk kemudahan aku di masa hadapan..


Till then... daaaaaaaaa









mrs e
Monday, May 17, 2010

Ape Nak Tulis?

|
Hai semuaaaaaa... 
Rindu saya takkkkkk?
(tehehehehe.. tiru gaya amani/mia sara)


HAHA. Dah lama blog ni sepi kan? Last entri ari khamis ari tu. Pastu nan ado. Sonyaaaappp yo lah.. Aiseh, tah pe kena tah, malas satu badan.. HEHE. Macam terasa kaku pulak jari jemari ni nak menaip. Hiks :)


Ape korang punye aktiviti last wiken? Aku tak kemana pun, lepak kat umah aje.. Sesekali dapat duk kat umah sambil melakukan kerja-kerja sebagai seorang surirumah SEPENUH jiwa, macam terasa seronok juga ya? Macam, alahaiiii.. seronoknya kalau hari-hari takyah g keje, duk kat umah je.. Tapi tak dapatlah kan nak wat camtu buat masa ni.. -_-" haihh..


Hmmphh.. tapi, I bet, kalau kita dah hari-hari buat keje yang sama, kita akan bosan juga sebab aktiviti tu dah jadi rutin kita. Cam sekarang, hari-hari g keje, cam bosan jek. Time ni la rasa seronok nyeeee kalau dapat duk kat umah, jadi surirumah jek. Tapi kalau kita dah jadi surirumah hari-hari, mesti boring jugak kan? Tentu perasaan kita pun ikut terbalik masa tu, rasa macam seronok pulak tengok orang len g keje.. haiyohhh..


Eh, apelah yang aku melalut ni kan? Tahapehape jek.. tehehehehe :)


Oh, by the way, aku baru jek nak aktif-aktif sket guna twitter sekarang ni (setelah daftar akaun tu agak lama jugak) Bukan tak nak aktif dari dulu, tapi kan, aku ni sebenarnya cam konpius sket tentang kegunaannya. Cuma tweet tweet ape yang kita suke, dah. Pastu, boleh follow mana-mana member yang kita nak follow, tapi kalau dia tak follow kita, ape yang kita reply kat tweet dia tu, dia tak dapat eh? Tahlah, aku pun tak berapa tau..


Ada sesapa yang boleh terangkan kat sini? (",)




P/s : Happy birthday to you abang, Mr Zaki bin Mohd Ikram :)











mrs e
Thursday, May 13, 2010

Asing-Asing

|
Hari ni aku ngan mr e g keje asing-asing
mr e bawak moto, aku naik keta
Oh, bukan, bukan kitorang bergaduh yerrrr
Cuma, aku nak balik cepat ari ni..
Nak balik on time orang kata
Cukup time 5.40, aku nak cabut..

Semua adalah disebabkan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hari ni episod terkahir Adamaya..!!!!
HAHAHAHAHAHA
=D








mrs e
Wednesday, May 12, 2010

Adeh, Sakit Kepalaku

|
Dari tadi pagi aku rasa kepala macam tak berapa betul. Sakit semacam jek. Rasa bengal lah. Salah urat ke? Aku dah patahkan tengkuk pun masih tak ok lagi.. Masih tak lega rasanya

Nak kata salah bantal, iye ke salah bantal? Bantal aku tu pun statik je sepanjang aku tido..

Ke aku ni yang keja kuat sangat? Dah dua ari OT neh.. muehehehehehehehe (Hari-hari OT, kayanye tak jugaaaaaaakkkkk.. HAHA)



=)






mrs e

Aku Je Ke Atau Korang Pun Sama?

|
Tah ape kena tah, dari tadi malam hp aku tade line.. Line di sini bukan bermaksud GARISAN yer kawan-kawan.. HAHAHAHAHAHA. Ok, stop joking. =D

Dia tunjuk kat screen tuh "No access to network"

Memula mr e tanye aku, nape hp dia takde line. Ingatkan hp dia problem lagi. Sekali bila tengok hp aku pun sama.. Laaaaa... ni mesti network dia ni yang bengong..

Untuk pengetahuan korang semua, kitorang ni pengguna talian max*s.. Jarang je pun kena macam ni sebenarnya sebelum-sebelum nih..


Korang ade alami macam aku jugak tak?


Eh, jap, jap. Aku nak try restart semula lah hp ni. Mana tau kut-kut boleh.. Heeeee~



***Update on 9.45 am -----> Dah oklah lepas aku restart hp ni tadi.. Nak kena restart aje rupanya.. hehehehe :)









mrs e
Tuesday, May 11, 2010

Menarik Ke Blog Neh?

|
Terima kasih isya, bagi naja award ni.. Ermm.. takdelah interesting sangat pun blog ni pada pandangan pemiliknya, tapi diberikan penghargaan ini dah cukup untuk meng'interesting' kan lagi blog aku.. hwa hwa hwa.. (interesting ke? ayat tadi tu pun dah berputar belit ;P)

Meh, aku tempek gambar award nye..






Cam biasa, aku pun nak pass kat member lain..
1. puterikurekure
2. mama | ayah | sarah | syimir aka sz
3. seri dewi malam
4. eis
5. tulipthewhitestar aka bibi intan suraya mama kepada Aisya Zara


Amik, jangan tak amik.. Peace! :D












mrs e
Sunday, May 9, 2010

Khas Untuk Semua Ibu

|
Lagu ni amat meruntun jiwa aku.. Terkesan sungguh dalam hati.. Aku tujukan untuk semua yang bergelar ibu.. Semoga kamu semua  (ibu-ibu) sentiasa dirahmati olehNya..




Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku







mrs e

9th of May.. Happy Mothers Day

|
Kata-kata yang dipetik melalui fesbuk..



Allah memberikan mereka ‘rahim’ kerana mereka kaya dengan kasih sayang . Dalam belaian mereka kita bernafas, dalam kasih mereka kita bernadi dan dalam pengorbanan mereka kita ada pada hari ini.


Hukum alam mewartakan, ketika kita sedang berada di puncak putaran hidup, mereka pula meratah usia kian tua. Mereka tidak lagi bernafsu untuk makan atau hiburan lain sepertimana kita, kegembiraan begitu tercatu buat mereka pada usia begini.




Namun mereka punya memori indah dengan kita. Kita yang digomol sewaktu kecil sehingga dengannya kita tidak merasa kesunyian. Ketika demam mereka tidak tidur sepanjang malam berjaga. Ketika ketakutan mereka memeluk erat menenangkan kita sehingga boleh melelapkan mata. Ketika dalam proses membesar, kita meminta itu dan ini. Kita mungkin mendapat semua atau sebahagiannya, tetapi kita tidak pernah tahu cerita di sebalik semua itu mungkin ada kesukaran yang tak diceritakan.

Tetapi malangnya memori itu hanya di pihak mereka sedangkan kita tidak mengingatinya lagi kerana sedang sibuk dengan urusan dunia yang tak pernah habis-habis.




Di titik perselisihan inilah menjadikan mereka terabai. Mereka melalui hari-hari yang kosong tanpa ingatan anak-anak, melalui malam-malam sepi tanpa sinar belaian cahaya mata dan mereka berada di penjuru dunia yang terasing membilang saki baki hari dengan butir tasbih sunyi sebelum berangkat pergi ke daerah barzakh di alam lain buat selama-lamanya. Peritnya mereka di penghujung usia sedang warna hidup kita meriah sekali dengan derai tawa ria rakan-rakan dan limpahan kesenangan yang gemerlapan. Marilah dengan jujur bertanya,




Bilakah kali terakhir kita menghubungi mereka?




Bilakah kali akhir kita mendoakan mereka setulus hati?




Bilakah kali akhir kita menuturkan sayang dan rindu pada mereka ?




Bilakah kali akhir kita ambil berat tentang masalah mereka ?




Bilakah kali akhir kita berjenaka dan mereka ketawa ?




Bilakah kali akhir mereka bercerita sedang kita mendengar dengan tekun dan mereka seperti tidak mahu mengakhirinya kerana pendengar itu sangat berminat untuk mendengar ?




Bilakah kali terakhir kita bersalaman untuk pulang, mereka memeluk dan di dalam hati mereka ada getar begitu sukar melepaskan kita pergi?




Carilah jawapan dalam selaut rasa, biarkan hati yang berbicara bukan sesiapa memaksa, semoga nanti kita menghargai sesuatu yang paling bernilai...hati seorang ibu dan perasaan seorang bapa!


 

P/s I : Selamat hari Ibu kepada ibu-ibu semua. Hargailah ibu kita sementara mereka masih ada..

P/s II : Selamat hari ibu, emak.. Pengorbanan emak selama ini tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.. Walau berjuta patah perkataan pun yang cuba ditaip untuk senaraikan tentang segala pengorbanan emak, tapi masih tidak dapat merangkumi kesemuanya. Terima kasih emak.. Love you..








mrs e
Saturday, May 8, 2010

Mengelat Sikit :P

|
Dapat tag ini daripada eis. Asyik lupa jek nak membuatnya. K, here we go..

Instructions :

1. Go to your photo files. Select the 8th photo folder.

2. Select the 8th photo in that folder.

3. Post that photo along with the story behind it.


***Aku mengelat. Aku tak suka nombor 8, aku suka nombor 7.  So aku amik folder yang ke 7 dan gambar yang ke 7.. Kira aci la ye.. ngeh ngeh ngeh..~





A story behind it (tengok tuh, 7 jugakkk aku kasi =P)
1. Gambar ni masa benti isi minyak on the way CCM ke Penang tahun lepas.
2. Dalam gambar ni, aku ngan anak sedara aku, Fauzan Hafiz.
3. Kereta dalam gambar ini adalah keta wawa. Yup, kitorang naik keta dia masa tu.
4. Kat belakang keta tu, nampak mr e tengah isi minyak ;p
5. Shawl yang aku pakai tu, pestaim pakai masa tu.. sib baik 'menjadi' n tak susah membentuknya
6. Buat simbol pis, konon cool lah tu.. ahahahaha
7. Tak tau dah nak letak point ape pasal gambar tu.. hahahahaha






mrs e
Friday, May 7, 2010

Yang Terindah

|
Sejak citer Adamaya ni jadi top n hangat, lagu temanya pun jadi hits jugak kan.. Lembut mendayu-dayuuuuuu jek beralun kat telinga, memang mengasyikkan!

Dah lah citernya best, watak-watak dalam tu sume berjaya dibawakan dengan baik oleh pelakonnya, lagunya best, pendek kata, memang malatoppppsss lah citer nih..

So, jom layan lagu nih, sambil tengok aksi-aksi adam n maya yang romantik.. ;p







P/s : terpikat sungguh aku dengan watak adam yang so charming, gentleman, penyabar dan baikkkkkkkkkkk hatiii sangat-sangattt... (darling hubby jangan jeles ya, ni cuma watak dalam drama jek.. hehehehe)










mrs e
Thursday, May 6, 2010

Akaun Anda Telah Dikunci.

|
From   :  Public Bank Berhad [pbebnkverify@ppla.com]
To       :  undisclosed-recipients:
Cc       :
Subject:  Akaun anda telah dikunci


*sila klik untuk tumbesaran*


Muahahahahahaha... Nak tergelak aku baca email nih.. Paling tak tahan tu, bab 'ketidaknyamanan' dalam ayat tu.. Kalau nak menipu pun agak-agaklah kan.. Kita baca pun tau dah rasa-rasa orang mana yang buat kerja-kerja macam ni.. ;p



P/s : Nak lagi best, akaun public bank aku tu tah ade lagi tah tidak. Memang dah takde lah aku ingat. Guna sekejap jek dulu, tu pun dah 7 tahun yang sudah.. agagagagagagagagagaga..







mrs e
Tuesday, May 4, 2010

Tak S A B A R.

|
Aku memang tengah tak sabar sangat sekarang ni. Sangat-sangat tidak sabar!


Dalam hati membuak-buak perasaan tak sabar tuh. Menyesak dada.

.

.

.


If only I could..



BUT



...............  :(





P/s : Sabarlah wahai hati.. "Ya Allah, sabarkanlah hati hambaMu ini.."









mrs e

Tipu Tertipah

|
Biasanya, kalau nak lunch kat kantin tempat keje, kena g cepat-cepat. Cepat-cepat kat sini bermaksud awal lah kan. Sebelum waktu rehat yang sebenarnya. Sebab eh, kalau g lambat, lauk dah habis. Diorang kat sini, kul 10.30 dah ready dah lauk tuk makan tengahari.

Kat dept aku ni, nasib baik waktu untuk minum pagi, rehat tengahari n minum petang diberi kelonggaran. Kira boleh jek rehat tak ikut waktu yang ditetapkan, asalkan masa rehat tuh betul-betul ikut jangkamasa yang diberikan. Sebabnya, kengkadang tu kitorang ni terkejar-kejar nak siapkan urgent shipment la, issue part la, contact customer la dan sebagainya.

So, selalunya, kalau aku rehat kat kantin, aku akan pegi pukul 11 pagi. Waktu untuk rehat minum pagi aku tak amik, aku sekaliharungkan dengan rehat tengahari.

Dah sekian lama jugak lah aku tak makan kat kantin. Bukan ape, aku ni cepat boring. Dalam seminggu tu, memang dah tau dah menu lauk ape. Abis dah kalau tetiap minggu asyik lauk sama jek, lama-lama aku pun dah tak lalu nak makan.

Jadinya, selalu tu, aku memang akan makan kat luar ngan mr e. Tu pun boring jugak sebenarnya. Balik-balik tempat yang sama. Penyudahnya, kadang-kadang aku tak makan pun.. Diet katanyeee.. keh keh keh keh



Kebetulan,




Ari ni mr e ada urusan famili sket. So dia mintak pelepasan keluar kejap nak balik Segamat. Maka, ari ni nan ado lah teman seia sekata sehati sejiwa aku nak makan bersama..

Memula tu, memang aku ingat nak skip jelah makan tengahari. Tadi pagi pun aku dah makan sarapan pau dua ketul kat umah.

Tetiba, aku terdengar lak perbualan membe lelaki aku dengan sorang akak kat sini kul 10++ tadi..



"Mah, ari ni pakcik masak lauk kaki ayam.." ~ pakcik tu merujuk pada tukang masak kat kantin

"Yeke? Kaki ayam beso-beso ke kecik-kecik?"

"Beso-beso.. wahhh engkau, suke yang beso-beso sajeee.."



Tetttttt.. perbualan selepas itu aku malas nak rakamkan, sebab dah melalut-lalut lah pulak. Biasalah kan, orang laki ni kalo tak korner baring time bercakap memang tak sah!

Yang aku ni dah mula la terfikir-fikir.. "Nak makan kat kantin ke tak? Nak makan ke tak ek? Ishhh.. kalo makan ni pun sedap jugak, dah lama tak rasa makan kaki ayam masakan pakcik tu.. Kalau makan dengan nasi panas, memang sedap neh.."

Dalam hati tengah berkira-kira tu, akhirnya aku pegi la jugak... Beria-ia aku pegi ke kantin dengan membawa harapan yang besar nak makan kaki ayam..




Sekali..




Tak ade ko kaki ayam tuuu!!!! Perghhhhh.. menyirap..!!!


Penat haku manjat tangga naik ke kantin neh, sekali rupanya tipu tertipah. Hampehhhssss tolll.. Sesedap mulut jek budak laki tu tadi cakap kaki ayam ade. Huh!

Dah alang-alang naik kantin, aku makan jelah ape yang ade. At last, aku amik nasik separuh ngan ikan keli masak lemak cili padi.. Buat alas perut..

Alhamdulillah... kenyang gak perut aku.. Syukur
(Kena sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang kita dapat.. :D)






mrs e
Monday, May 3, 2010

Cantik Itu Subjektif

|
Aku dapat award ni daripada cik puan seti. Terima kasih la ya bagi naja award ni..

Sebenarnya cantik itu adalah sesuatu yang sangat subjektif. Cantik seseorang itu tersembunyi pada sudut-sudut tertentu dan ditakrifkan pada pandangan mata penilainya yang tersendiri.

Kita semua dilahirkan cantik, dengan cukup sempurna sifat segala segi.. Oleh itu, janganlah kita lupa untuk sentiasa bersyukur di atas anugerahNya yang tak terhingga ni :)



Untuk itu, aku pun nak lah memanjangkan award ni kepada semua followers aku. Harap sudi untuk ditempek di blog masing-masing ya!







mrs e

Isnin

|
Asal hari isnin jek, mesti mood takde.. Rasa malas bebetul nak wat keje..


Masuk keje mata pun mengantuk, muka langsung takde garis senyum.. Macam dah lupe lak nak senyum tu camne pun ade. HAHA


Serius, aku betul-betul cam bosssssssssssaaannn sekarang ni. Ni baru pukul 10, ade lebih kurang 7 jam lagi sebelum boleh balik.. wuwuwuwu~




P/s : aku rasa kalau ari isnin ari gaji, mungkin takle rasa takde mood sangat macam ni kut.. hiks :)








mrs e