kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Friday, May 21, 2010

Angguk-angguk, Geleng-geleng

|
Kebiasaan kalau aku rasa nak makan ari jumaat, aku akan rehat sorang-sorang. Mr e kan rehat sekali ngan solat jumaat kan. Lagipun, aku rehat ari jumaat kul 2.30 petang. Memang la tak dapat makan tengahari bersama-sama di situ.

Selalunya, aku akan kirim mr e makanan dari luar jek. Sesekali nak makan yang advance sket di hari jumaat selain dari masakan kantin ;p

Untuk tadi, aku pesan mr e nasi paprik tapaukan untuk aku. Dan kul 2.30 aku pun panjat lah anak-anak tangga yang cuma ade berapa anak tu ke kantin. Aku pilih untuk duduk di tempat biasa aku makan, meja paling last hujung sebelah sinki.

Aku memang takde masalah pun makan sorang-sorang. Ada sesetengah orang yang menganggap orang yang makan sorang-sorang ni LOSER ye? Macam kera sumbang sebab takde orang pun nak makan bersama tsk tsk T______T

Tapi tidak pada aku. Aku tak kisah. Sorang boleh, berkawan pun boleh. Kalau berkawan tu korang pun taulah kan boleh wat ape sambil makan makan makan dan makan tu. Bersembang, bergelak ketawa. Silap-silap, 'anyam ketupat' pun boleh. (Selalu jugak aku buat.. muahahahaha)

Tapi kalau makan sorang-sorang pun lagi syok woooo.. Boleh menghayati dan menikmati makanan tu sepenuh jiwa, boleh menguyah makanan kita tu sampai 44 kali ikut sunnah Rasulullah (tapi aku lupa lak nak kira tadi). Nak lagi best, boleh BERANGAN.. Haha

Woitt woitt..tajuk lain, cite lain.. ape kes ni weyyy

Hahahaha.. Sori sori ok.. Kat atas tu baru mukadimahnya aje... :D

Ni ha tadi. Tengah syok-syok aku mengunyah makanan, datang sorang budak operator duduk depan aku. Budak ni aku kenal, tapi kenal gitu-gitu aje. Borak pun borak-borak secara am aje.

Sekali boleh pulak dia buka topik pasal keje dia. Tugas-tugas dia. Kawan-kawan se department dia.

Wallawehhhh.. Aku mana la tau pasal skop keje dia tu. Even kawan-kawan dia sume aku tak kenal. Lama weiiii dia duk bergebang tuh.. Haihhhh~

Jadinya cuma aku angguk-angguk, geleng-geleng jelah.. Tibe-tibe teringat lak lagu angguk-angguk geleng-geleng yang popular dulu tu. Jom nyanyi sama-sama.. HAHA








mrs e

0 comments: