kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, May 19, 2010

Mee Siput, Sebeban

|
Mee Siput

Semalam baca kat blog suzi, dia tunjuk gambar mee siput. Inilah padahnya kan kalau suka baca blog. Bile g blog member, nampak pulak ade gambar makanan, mak aihhhh.. terus terkecur-kecur air liur.


Terus teringin n rasa nak makan dan-dan tu jugak. Tanye-tanye kat member, ade sesape tak yang jual mee siput (sebab dulu ade), sekali rupanya budak tu dah tak jual.. Huhu. Pastu member suggest kan g kat kedai tepi jalan yang jual goreng pisang sebab pernah ternampak ada jual. Erm, bukan kedai pun sebenarnya.. cuma bukak meja n payung..


Beria-ia la aku menapak bawah terik matahari kul 1 tuh. Dekat je pun sebenarnya, tapi disebabkan dah lama tak eksesais ni, agak letih la jugak. Berpeluh badan. HAHA.. Dah berkorban keluarkan segala keringat titisan petani lagaknya, sekali takde pulak dia jual.. "hari ni tak jual kak" kata budak tu.. Adehhhh


Balik nak kena beli gak ni mee siput kat kedai..


PM suzi, tanye dia beli katne. Sebab dia beli masa balik kampung ari tu. Aku taknak la terkena beli mee siput yang digoreng tak kembang sekali lagi. Pernah beli dulu bila digoreng tak kembang, n bila makan habis tercucuk-cucuk daging pipi aku sebab mee siput tu keras.. Aku tengok yang suzi beli tuh elok kembang nya n nampak rangup.


Bla bla bla ngan suzi, YM, PM n fesbuk, ok, roger. Dah tau kedainya. Balik terjahhhhhhhhh


Mee siput setel, sambal tumis camne lak ek. Kalau balik dah malam sampai umah, sempat ke aku nak wat sambalnye neh? Camne camne camne


Tingggggg!!


Amik henpon,

"Dik ko cakap kat mak, boleh tak watkan sambal tumis. Teringin ar nak makan mee siput. Kalau mak taknak takpe, nanti balik aku buat. Tanye kan aje.." ~ ceh, ayat konon tak kisah, padahal memang mengahrap mak aku buatkan.. tehehehehe :)


"K, nanti aku cakapkan kat mak. Mak kat dapur tu. Tak tau lah mak nak watkan ke tak, mak penat tu.."


"K.." ~ dalam hati, mintak-mintak la mak buatkan untuk aku.. aminnnnn


Balik tu, terus ke BG beli mee siput. Sampai umah turun jek keta, dah bau dah sambal tumis.. Yeayyyyy.. Sukenya.. Alhamdulillah.. ade rezeki aku nak makan mee siput.. ;)


Ari ni pun aku siap bawak g keje ko! Ade sesapa nak? Hehehehehe



P/s : ade jugak yang panggil mee siput ni mee sanggul ya?




Sebeban

Huiii.. ari ni maybe aku tak sempat sangat nak jengah blog korang.. Takpe, akan aku marathon kan waktu lunch nanti.


Aku ade lebih 6 bulan punya dokumen yang kena difailkan. Diulangi ----> 6 bulannn!! Haihhhh.. Femalasnyaaaa aku ni kan. Ala, tak kisah pun sebenarnya, sebab dokumen-dokumen tu hanya aku yang guna dan untuk rujukan aku SAHAJA.


Tapi kalau dah nak cari dokumen tu dah nak kena selak satu persatu, tak ke membuang masa tu? Daripada cari 2-3 minit dah dapat, dah jadi berpuluh-puluh minit.


So, untuk kesenangan aku jugak, aku fikir lebih baiklah aku merajinkan diri sendiri failkan semua dokumen tu ikut susunan untuk kemudahan aku di masa hadapan..


Till then... daaaaaaaaa









mrs e

8 comments:

puterikurekure said...

huwaaaa!!!!
my faveret tuuuu~
NAKKKK!!!!!!!!!!!

mrs e said...

puterikurekure;
nak eh? ade dua nih.. k naja bagi intan satu k.. :)

eis said...
This comment has been removed by the author.
eis said...

sori, komen atas tu typos. so delete sendirik :)

napa tak ambik gambar mee siput home made tu?? dokumen 6 bulan?? menakutkan..

mrs e said...

eis,
alahaiiii.. naja ni sekarang pemalas yang hamattttt nak amik gamba.. tu yang takde gamba tu

tu la.. ni dah pening dah nak susun ikut kategorinya.. jap jap benti, jap jap bentii.. huhu

sz | m.a.s.s said...

hahaha...igtkan beli mee siput sebeban,...dasatt...

puterikurekure said...

yang,ada award untuk awak. amek eh.

http://princesstortoise2.blogspot.com/2010/05/friendly-blogger-award.html

mrs e said...

puterikurekure;
ok ok.. nanti naja amik k.. by the way, tq yanggggggggggggg :)